Kasih Tercipta 1


“Hawa cepatlah naik dari sungai tu, Hafiz lapar la... Nak balik makan!”jerit Hafiz kepada aku.
“Sabarlah Hafiz, Hawa baru aje nak mandi dekat sungai ni, Hafiz dah ajak balik..”kata aku kepada Hafiz.
“Jomlah! Hafiz lapar sangat ni...”jerit Hafiz lagi kepada aku dari atas..
Iyelah-iyelah..”rajuk aku lalu bangun menuju ke Hafiz.
“Kau ni macam perempuan lah Hafiz, aku yang perempuan pun tak macam kau tau...”marah Hidayah yang juga teman baik aku.
“Perempuan ke apa ke... aku nak balik sekarang jugak!”marah Hafiz kepada Hidayah.
Aku pun pulang bersama Hafiz dalam keadaan basah kuyup. Balik sahaja daripada sungai dekat hujung lorong itu, mama terus memarahi aku.
“Ini kenapa basah kuyup ni?!”tanya mama sambil membuat muka masamnya itu.
“Hawa ajak Hafiz mandi sungai tadi mama, mama jangan marah Hafiz, dia tak bersalah pun..”kata aku sambil senyum kepada mama dan Hafiz.

“Eh, kenapa ini Hawa?” tanya Kak Leha yang juga pembantu rumah aku sambil meletakkan dulang yang berisi air di atas meja runag tamu.
“Hawa ajak Hafiz mandi tadi dekat sungai tepi itu..”kata aku.
“Orang marah dia, dia boleh senyum pula, masuk dalam tukar baju..” kata mama sambil memarahi aku. Itulah sikap mama yang aku suka, suka sangat ambil berat tentang diri aku. Dari jauh aku mendengar suara mama bercakap dengan Hafiz di luar rumah.
“Hafiz, pergi naik atas tukar baju ya, nanti aunty suruh Hawa bawakan baju untuk Hafiz..”kata mama dengan lembut. Aku sangka mama akan memarahi Hafiz juga, rupanya jauh terpesong agakku.
“Hawa, apa yang tercegat dekat tangga itu, pergi naik atas tukar baju selepas itu ambilkan baju untuk Hafiz tukar, nanti malam aunty Sal nak ambil dia.” Kata mama kepada aku yang masih melihat Hafiz yang berwajah muram. Setelah aku siap tukar baju, aku mengambil baju Hafiz yang aku letak di atas katil. Segera aku serahkan kepadanya yang sedang menaiki tangga menuju ke bilikku. Semasa sedang memberinya baju sempat pula dia memarahi aku.
“Kalau Hafiz kena marah dengan Ibu, siap Hawa..” katanya sambil memberi senyuman amaran kepada aku.
“Semuanya under control lah...” jawab aku kepada Hafiz. Dalam pada itu tiba-tiba tanpa aku sedari ada seseorang mengetuk bahu aku.
“Cik Hawa!” jerit Aliya kepada aku..
“Astaghfirullahhalazim.. terkejut saya tau..” kata aku sambil mengurut-ngurut dada aku. Aku tersedar apabila mendengar Aliya menjerit kepada aku. Rupa-rupanya aku mengelamun tadi.
“Abis itu, saya ketuk pintu tak jawab, saya masuk sahajalah, tengok-tengok, cik Hawa tengah berangan, saya dah cuba panggil Cik tapi tak menyaut itu yang saya jerit..”jelasnya pada aku dengan penuh perasaan.
“Sudahlah, saya bukannya berangan, teringat tentang peristiwa sepuluh tahun lepas, ini ada apa? Nampak macam penting aje..” tanya aku kepada Aliya.
“Encik Haris suruh Cik Hawa tandatangan fail-fail ini, dia mahu ada di mejanya esok pagi.” Kata Aliya.
“Baiklah...” jawab aku sambil senyum kepadanya. Aliya seorang pembantu aku. Aku pun baru menjalankan tugas sebagai pengurus pentadbiran syarikat Adania Berhad. Itu pun mama yang kenalkan aku dengan clientnya, barulah aku mendapat kerja ini, kalau tidak, tanam anggur saja aku. Okeylah tukar topik. Biasalah dengan tugas pembantu mesti ada sahaja kerja yang diberi, kadang-kadang sampai tertidur aku dibuatnya tetapi bila aku sedar ada selimut yang menyelimuti diri aku. Jangan salah sangka tau, aku masih berbaju... tapi siapa yang menyelimut aku?. Soalan itu masih bermain di fikiran aku yang sarat dengan hal-hal pejabat. Ahhh! Biarlah aku dengan labu-labu aku. Aku meneruskan kerja yang diberikan Aliya. Tangan aku seolah-olah suka menari-nari di papan komputer ini. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilikku.
“Masuk.” Arah ku.
“Cik Hawa tidak mahu makan tengah hari lagikah...”tanya Aliya kepada aku.
“Sudah tengah hari ke?”tanya aku kepada Aliya sambil melihat jam tangan aku.
“Buat kerja sampai tak ingat nak makan.”katanya yang memerli aku.
Iyelah-iyelah,  jom pergi makan, saya pun tengah lapar ini.” Kata aku sampil menutup komputer riba aku. Memanglah pejabat menyediakan komputer tetapi aku lebih senang memakai komputer riba aku. Aku dan Aliya menuju ke lif. Lif itu macam mengetahui sahaja kami mahu turun langsung terbuka. Aku lihat ada seorang lelaki yang memakai baju kemeja dan tali leher yang berwarna biru gelap bersama briefcase ditangan kirinya.
“Selamat tengah hari Tuan Adam...”kata Aliya yang menguis tangan aku untuk berkata sepertinya.
“Selamat tengah hari.”kata lelaki itu yang merenungku dengan senyuman.
“Selamat tengah hari Tuan Adam...”kata aku yang sedikit ada getaran di bibir aku selepas melihat senyumannya itu.
“Selamat tengah hari.... saya tidak pernah melihat awak sebelum ini, awak kerja di unit mana?”tanya lelaki itu kepada aku. Kata pengarah takkan tak tahu siapa aku kot..
“Saya bekerja di unit pentadbiran.”kata aku yang terus mengendahkan kehadirannya di dalam lif itu. Aku mendengarnya berbual bersama Aliya.
So, Aliya,makan tengah hari di mana?”tanya lelaki itu sambil memberikan senyuman kepada Aliya.
“Saya makan di food court sahaja.”jawab Aliya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku menarik lengan Aliya, langsung keluar daripada lif itu tanpa memikirkan keadaan lelaki itu.

****

“Cik Hawa kenal tak lelaki yang bersama kita tadi?” tanya Aliya kepada aku yang sedang menjamu nasi goreng Padprik kegemaran aku.
“Tak pun, siapa dia?”tanya aku sambil makan. Tiba-tiba ada seseorang yang menghulurkan tangannya kepada aku. Tersedak aku. Lantas aku mendapatkan air Teh O Ais Limau aku.
“Nama saya Adam bin Datuk Haji Elyas. Pengarah syarikat Adania...”katanya kepada aku. Entah sejak bila dia muncul, aku pun tak tahu.
“Nama saya.. Ssss...Nur..pembantu pengurus tadbir bahagian pentadbiran..”sahut aku yang langsung melihat reaksi Aliya dan lelaki itu yang agak aneh. Tapi kuendahkan sahaja dia. Aku tipu dia aje, tipu sunat tak apa kan...
“Tuan buat apa disini?”tanya Aliya.
“Sahaja nak rasa masakan disini, tiba-tiba terlihat kalian, saya pun singgah sebentar..”katanya sambil duduk disebelah aku dengan nasi Goreng Padprik dan Teh O Ais Limau nya... Kejap, tadi aku kata nasi Goreng Padprik dan Teh O Ais Limau kan...
“Cik.... NUR dah berapa lama kerja disini?”tanyanya kepada aku dengan nada yang kurang pasti.
“Baru dua bulan sahaja...”jawab aku sambil menguis-nguis nasi Padprik aku.
“Cik Ha... Nur, saya pergi ke ladies sebentar ya..”kata Aliya dengan nada menyindir nama samaran aku.
“Baiklah...”kata aku dengan nada geram. Dia ini macam tahu-tahu saja.. Tak boleh jadi ini. Segera aku melihat jam tangan aku.
“Cik Nur, nampaknya kita berdua sahaja disini, Cik Nur seronok tak bekerja di sini?” tanyanya kepada aku dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya sejak dari tadi. Banyak pula pertanyaannya itu.
“Maaflah, bukan Cik Nur tapi Puan Nur...”kata aku yang tak mengendahkan solannya itu.
“Tapi tadi....”belum sempat dia menghabiskan kata-katanya itu, aku terus memangkas.
“Aliya tersasul tadi tu...”kata aku.
“Baiklah Puan Nur, saya rasa macam nak habiskan makanan tapi bila lihat muka Nur saja kenyang pula rasanya...”katanya sambil melihat aku. Aku pula geram mendengar kata-katanya itu. Dia tak sedarkah yang nama aku ‘Puan’...
“Maafkan saya Tuan Adam, saya terpaksa pergi ke pejabat semula untuk menyambung tugas....” kata aku yang terus mencapai beg galas aku dan langsung ke kaunter bayaran. Food court itu memang begitu, lepas makan baru bayar...
“Cik... Opsss.. Puan Nur, saya dah bayarkan tadi..”katanya dengan senyuman apabila melihat aku ke kaunter bayaran.
“Terima kasihlah ya...”jawab aku terus ke luar food court. Tiba-tiba aku melihat Aliya.
“Cik Hawa nak kemana itu?”tanyanya kepada aku.
“Saya naik ke pejabat dahulu, soal makan, lelaki itu yang belanja.”Aku terus berlalu. Sedang aku menyimpan beg duit comel aku kedalam tas tangan tiba-tiba aku terlanggar seorang lelaki.
“Hoi! Buta ke?”marahnya kepada aku. Sambil memandang kebawah.
“Maafkan saya, saya tak sedar tadi...”kata aku kembali. Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku hamburkan kata-kata yang kurang enak didengar, tapi aku kawal perasaan aku. Jadi budak baik pula.
“Kau mimpi ke...”marahnya sambil mengangkat muka untuk melihat aku. Kata-katanya terhenti begitu sahaja.
“Encik tak apa-apakan?”tanya aku.
“Tak mengapalah. Lain kali jalan tengok hadapan..”katanya.
“Maafkan saya, saya terpaksa ke pejabat kerana ada hal, saya minta diri dulu...”kata aku mengundurkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk berkenalan dengan aku.
“Nama saya Mohd Hafiz, panggil sahaja Hafiz..”katanya sambil tersenyum. Aduhai mamat ni, tadi bukan main marah sekarang senyum pula.
Nice to meet you, Encik Hafiz, sorry I have to go now, bye..” senyumku..
“Nanti dulu, awak tak beritahu pun nama awak?”kata nya sambil mengangkat kening.
“Tak penting pun...” jawab aku sambil menuju ke arah lif. Aku melihatnya seperti hendak menaiki satu lif dengan ku tapi pintu lif tertutup tanpa sempat dia menekan butang lif.
Naik sahaja aku ke atas, aku melihat Harsiah melihat aku seperti harimau menunggu mangsa untuk diterkam. Lantas aku bersuara...
“Ada apa-apa ke Harsiah?”tanya aku dengan selamba badak. Aku tau, kalau ada cerita panas, mesti si Harsiah ini bawa dulu. Itu yang aku tegur.
“Tak ada apa-apalah Cik Hawa...”jawabnya kembali dengan nada yang bergetar sedikit.
Aku memasuki ruang kerja aku dan meneruskan kerja aku tanpa mengira waktu. Aku melihat jam sudah pukul 8.00 malam, saja aku buat-buat tidur sebaik mendengar ada orang menuju ke arah bilikku. Aku dengar pintu bilikku dibuka. Aku tak menghiraukannya lagi. Setelah ada kain yang menyelimuti aku, aku apalagi, terus menyambar tangan yang menyelimuti aku.
“Ha!... dapat tangkap...”kata aku tanpa sedar yang kain menutup muka aku. Setelah itu, aku buka kain dengan perlahan-lahan, kemudian aku menjerit...
“HAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!”menjerit...
“Awak tak mengapa-ngapa ke?”tanya seorang lelaki yang sedang menutup mulut aku untuk berhenti menjerit. Sebaik di lepaskan, aku pun bertanya.
“Tuaaannnn... bu....bu..at.. apa...di...si...ni?” tanya aku. Lelaki itu ketawa besar dengan pertanyaan aku. Kelakarkah?
“Saya selalu nampak awak tidur disini jadi saya hari-hari bawa selimut untuk awak, takut awak kesejukan.”katanya dengan sisa tawa. Tergamam aku dengan sikap prihatinnya itu.
“Awak tak mengapakan?”tanyanya kepada aku untuk mendapatkan kepastian daripada aku yang sedang melihatnya.
“Tak apa-apa pun, cuma terkejut sedikit..”kata aku sambil senyum.
“Awak kerja sampai lewat malam, pergilah pulang... Saya kesian tengok awak. Hari-hari balik lambat.. Suami awak tak ambilkah?”katanya dengan nada kerisauan sambil melihat nama di meja aku yang tertulis ‘CIK SITI HAWA PENGURUS PENTADBIRAN SYARIKAT’ lalu dia melihat aku semula sambil menunjukkan mukanya yang agak aneh sedikit tetapi comel...
“Tak mengapalah Tuan Adam, lagipun sebentar lagi saya akan pulang.”jelas aku kepada lelaki itu. Malunya aku!!!
“Saya nak awak tutup komputer sekarang dan balik, saya tunggu awak dekat depan.”katanya dengan tegas. Buat apa dia nak tunggu aku??... Aku pun tutup komputer dan menye ‘save’ kan program yang aku buat sebentar tadi. Aku mengambil briefcase aku lalu keluar, dan aku melihat dia menunggu aku.
“Sudah?”tanyanya.
“Sudah Tuan Adam.”jawab aku yang hendak menekan butang lif untuknya. Semasa aku hendak menekan butang lif itu, tiba-tiba dia menepis tangan aku, lalu ditekannya butang itu. Lif pun terbuka, dan aku masuk bersamanya. Dia sedar muka aku penuh dengan tanda tanya, dia pun mula bersuara.
“Saya minta maaf sebab tepis tangan awak tadi..”katanya sambil melihat aku.
“Tak mengapalah...”jawab aku sambil menyedekahkan seyuman kepadanya. Sebaik sahaja lif terbuka, aku keluar menuju ke bus stop untuk menunggu teksi yang kadangkala jalan disitu. Selalunya mama yang mengambil aku, tapi kata mama, mama ada urusan sebentar, lalu dia mnyuruh aku menaiki teksi. Sedang asyik mengelamun. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Estima putih bercermin gelap berhenti di hadapan aku. Perlahan-lahan tingkap kereta diturunkan.
“Awak pulang naik apa?”tanyanya dengan senyuman.
“Teksi..”jawab aku sepatah sambil menjenguk kalau-kalau ada teksi.
“Tak payah naik teksi, naik kereta saya sahaja, naiklah..”katanya.
“Saya pulang naik teksi sahajalah, susahkan Tuan Adam sahaja..”kata aku. Dia turun lalu membukakan pintu di sebelah pemandu.
“Awak masuk sekarang...”katanya..
“Tak apa lah Tuan Adam...”kata aku.
“Malam-malam ini, ramai penjahat yang berkeliaran, baik awak tumpang saya lagipun malam-malam ni susah nak dapatkan teksi tau..”katanya dengan sedikit senyuman yang mula lekang dari bibirnya ketika aku menolak permintaannya itu.
“Ermmmm, tak apa ke kalau saya tumpang Tuan?”tanya aku kembali. Takut pulak bila dengar Tuan Adam cakap macam itu.
“Kalau saya yang nak tumpangkan memang tak apa pun, naiklah..”katanya kembali senyum kepada aku. Aku pun naik. Suasana dalam kereta agak sepi sebab kami tak berbual pun. Kalau dia tanya sepatah aku pun jawab sepatah. Tiba-tiba dia mengeluarkan kata-kata yang membuat aku terasa malu.
“Cik Hawa sejukkah?...”tanya Tuan Adam kepada aku. Bagaimana aku nak sembunyikan muka aku ini???, sudahlah aku tipu dia, ini pula dia yang tumpangkan aku.
“Taklah Tuan...”suara aku sedikit bergetar kerana kesejukan. Aku saja tipu Tuan Adam sebab ya lah orang dah tumpangkan takkan nak mengada-ngada pula.
“Kalau awak sejuk, saya tutup aircond kereta...”katanya sambil melihat aku.
“Tak apalah..”kata aku.
“Kenapa awak tipu saya?”katanya dengan nada yang serius.
“Tipu apa Tuan?”tanya aku kembali walaupun aku mengetahui apa yang dimaksudkan olehnya itu.
“Awak kata nama awak Puan Nur, tapi saya lihat nama awak di meja tadi Cik Hawa?”jawabnya kembali.
“Saya minta maaf Tuan Adam, tak bermaksud saya nak menipu Tuan tadi.”jawab aku kembali. Katanya malam-malam selalu dia bawa selimut untukku tapi takkan dia tidak perasan nama aku di atas meja. Huish! Tak boleh jadi ini.
“Lain kali jangan buat begitu, saya ini cuma nak kenal dengan pekerja syarikat saya sahaja...”katanya.
“Saya tak kenal Tuan Adam masa itu, itulah yang saya tipu... Opsss..”jawabku. Mengapalah mulut ini gatal memberitahu Tuan Adam.
“Tak mengapalah.. Lagipun saya tahu awak memang tipu saya pun..”jawabnya kembali. Kelihatan rumah aku tidak jauh lagi. Lega hati aku bila sampai dirumah.
“Terima kasih Tuan Adam, sebab tumpangkan saya tadi.”kata aku yang hendak menutup pintu kereta.
“Kasih diterima....”katanya dengan senyuman yang manis. Siapa pun yang melihatnya, memang cair habis kecuali aku. Sebaik sahaja dia berkata begitu, aku terus menutup pintu kereta dan kereta Toyota Estima putih itu perlahan-lahan bergerak meninggalkan rumah aku.


Nur Fitrya merupakan seorang pelajar yang baru berusia 16 tahun. Menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangar Pulai. Karya ini merupakan percubaan pertama beliau di dalam bidang penulisan novel.

3 Response to "Kasih Tercipta 1"

  1. BeSt2...mCm...noVeL SIApAKah diHATiKu....

    Shahir says:

    keep on supporting penulis! =D

    Anonymous says:

    bgs la..suke100000000kali.......

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!