Bila Harus Memilih 1




HARI ini hari Isnin. Minggu ke dua Rudy Riskandar berada di kolej. Selepas sebulan tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri pertama bagi tahun ini sebulan lalu. Dia terus sahaja mendapat panggilan untuk menyambung pelajarannya di kolej ini. Sebuah kolej swasta yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Di bawah naungan Institut Teknologi Pertama. Sebuah institusi pengajian tinggi seratus peratus milik swasta.

Bukanlah dia tidak mahu memohon ke institusi pengajian tinggi awam. Malangnya, rezekinya tiada. Permohonan UPUnya juga tidak berjaya. Almaklumlah, di zaman era ini, pelajar-pelajar yang bergelar ‘pelajar pintar’ sudah ramai. Semuanya di IPTA-IPTA terkemuka. Dia yang hanya mendapat hanya satu A2 di dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysianya, membuatkan dia sukar untuk menyambung pelajarannya ke mana-mana IPTA yang ada.



Kecerahan siang dari arah tingkap sudah menyinar memenuhi ruang bilik yang hanya bersaiz lima kali lapan meter itu. Hanya ada sebuah loker berkembar, katil dua tingkat, dan dua meja belajar. Bilik yang agak sempit dan hanya sekadar selesa untuk mengulang kaji.

Selimut sudah sampai ke hujung kaki. Mata masih kering dek mengantuk. Telefon bimbit di tepi bantal dicapai. Dilihat jam digitalnya. Sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kelas pertamanya hari ini bermula jam lapan pagi. Bagi subjek Introduction to Technical Communication. Sabjek yang wajib di ambil oleh semua pelajar satu batch dengannya.

Rudy Riskandar menjuntaikan kaki di katil. Mata ditenyeh-tenyeh dengan sesiku telunjuk. Cuba membasahkan bebola matanya yang terasa kesat. Kepala di jengulkan ke katil tingkat atas. Rakan sebiliknya sudah tiada di atas tilam. Sekejap kemudian kedengaran bunyi hentakkan air pada jubin bilik air. Sah, rakan sebiliknya sedang mandi.

Tuala di kaki katil dicapai lalu disangkut pada bahu. Dia melangkah ke tepi tingkap. Pagi masih belum cerah. Cahaya mentari juga masih belum memancar. Terasa damai keadaan ini. Biliknya yang berada di aras tiga blok SS01 itu betul-betul mengadap dewan kuliah tiga tingkat yang tersergam indan di depannya. Keadaan jalan utama untuk ke dewan kuliah masih lengang. Masih sunyi sepi. Kedengaran juga bunyi kicauan burung murai berkicau sana sini.

Belakang kepala yang tiba-tiba gatal digaru kasar. Mulut terbuka luas melepaskan nguapan sepuasnya. Boxernya dibetul-betulkan. Terasa payau mulutnya yang masih belum dicuci. Bilik air tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Mungkin rakan sebiliknya sudah selesai mandi. Itu andaiannya. Beberapa saat kemudian pintu bilik air dibuka. Keluar rakan sebiliknya yang hanya bertuala separas pusat.

“Dah bangun dah?” Tanya Fhysal, rakan sebiliknya tersipu-sipu malu.

Rudy Riskandar hanya sekadar mengukir senyuman. Walaupun sudah seminggu mereka sebilik, masing-masing masih terasa janggal. Mereka perlukan sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing sebagai rakan sebilik.

“Kau dah siap mandi ke?” Tanya Rudy Riskandar pula lalu dia membuka singletnya dan dimasukkan ke dalam bakul kain kotor ditepi loker.
Berlenging dia buat seketika. Tubuhnya yang kian berotot kelihatan kekar. Maklumlah, Rudy Riskandar seorang pemain bola sepak handalan semasa di sekolah menengah setahun lalu. Jadi, badannya memang dengan sendirinya membentuk dengan cantik. Bahasa yang lebih mudah, dia berbadan seorang atelit sukan. Sehingga kini dia masih aktif dengan sukan kegemarannya itu. Setiap petang dia akan ke padang kolej untuk bermain bola sepak dengan rakan-rakan barunya di kolej ini.

“Dah.” Jawab Fhysal tersipu-sipu. Melihatkan keadaan Rudy Riskandar yang tidak berbaju di depannya membuatkan dia berasa malu sendiri. Keadaan itu terasa janggal untuknya.

“Kalau macam tu aku mandi pulak ye?” Kata Rudy Riskandar lagi lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa menyedari, bola mata Fhysal tidak duduk diam memadang ke arah tubuhnya dari atas ke bawah berulang kali.
Bila pintu bilik air sudah ditutup, Fhysal menghela nafasnya panjang. Meredakan degupan jantungnya yang alih-alih berdegup laju sebentar tadi tatkala Rudy Riskandar membuka singlet di depannya. Tidak menyangka dia akan melihat keadaan itu. Hatinya mula berbunga dan gembira kerana memiliki rakan sebilik seperti Rudy Riskandar. Sudahlah kacak, berbadan sasa pula. Insan seperti inilah yang dia harap-harapkan akan menjadi rakan sebiliknya selama ini. Ternyata harapannya itu mengena.

***

CERMIN empat segi tepat bersaiz 8 kali 16 inci yang digantung betul-betul dibawah kipas dinding ditatap. Baju kemeja biru tua berjalur merah menegak dari Bonia cuba dipadankan dengan tali leher dari Velentino Rudy berwarna biru tua pekat. Nampak sepadan dengan bajunya. Sedondon dengan seluar sleknya yang sejenama dengan tali lehernya.

“Fhysal, kelas kita pagi ni kat mana ek?” Tanya Rudy Riskandar sambil menyimpul tali lehernya. Terlupa pula untuk melihat jadual kelasnya tadi.

“Kat dewan kuliah A 1/1.” Jawab Fhysal yang sudah selesai bersiap.

Setiap pelajar di kolej ini diwajibkan memakai pakaian korporat setiap hari Isnin. Mesti lengkap. Jika tidak, ada saja denda yang akan dikenakan di pintu masuk untuk ke dewan kuliah nanti.

“Kat mana tu?” Tanya Rudy Riskandar lagi. Dia masih baru di kolej ini. Belum mahir dengan selok belok di kolej ini. Kedudukan dewan kuliah yang ada pun masih belum diketahui.

“Ntah, aku pun tak tahu. Nanti kita cari sama-samalah. Kau ni pun, tanya aku dah macam aku senior kau je kan?” Perli Fhysal sambil melewe-lewekan bibirnya.

Rudy Riskandar tertawa kecil. Dalam pada itu, dia hairan. Cara cakap Fhysal seolah ada yang tidak kena. Nadanya banyak yang dilenggok-lenggokan. Dia seolah dapat mengagak sesuatu mengenai Fhysal.

Stoking dari Renoma di dalam loker dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik. Empat lagi rakan serumahnya yang lain sudah bersiap-siap dimuka pintu untuk ke dewan kuliah.

“Hai, baru siap ke?” Tanya Fakhran yang sedang menunggu Irwansyah yang sedang menyarung kasut hitam berkilatnya di muka pintu.

Rudy Riskandar hanya tersengeh sumbeng lalu dia mencapai kasut hitamnya. Fail plastik diletakkan di atas lantai lalu dia duduk mencangkung untuk menyarung stokingnya. Selesai sahaja, kasut hitamnya pula di sarung.

“Mana Fhysal?” Tanya Fakhran lagi.

“Ada tu ha.” Jawab Rudy Riskandar sambil menjuihkan bibir ke arah biliknya. Kelihatan Fhysal sedang mengunci pintu.

“Eh, korang. Tunggulah aku.” Rengek Fhysal manja sambil terkedek-kedek memakai kasut.

Rudy Riskandar menjeling hairan pada Fhysal. Sekali lagi dia melihat Fhysal merengek manja seperti perempuan. Dia mula menangkap personaliti sebenar Fhysal yang cuba diselindungkan.

Mereka berenam termasuk Hazim dan Radzi, dua lagi rakan serumahnya yang lain mula menuruni anak tangga hostel lima tingkat itu. Sampai sahaja di simpang jalan untuk keluar dari kawasan hostel, dapat dilihat, jalan utama untuk menuju ke dewan kuliah mula sesak dengan pelajar-pelajarnya.

Masing-masing berjalan dalam kumpulan masing-masing menuju ke dewan kuliah. Memandangkan jarak dewan kuliah tidak sampai pun 50 meter, mereka semua lebih senang berjalan kaki dari berkenderaan. Termasuk Rudy Riskandar dan lima lagi rakan serumahnya yang lain turut berjalan kaki untuk ke dewan kuliah. Jimat! Lagi pun masing-masing masih tidak ada kenderaan sendiri.

***

CAHAYA mentari sudah mendaki ke dada langit. Memancarkan cahaya jingga yang masih malap. Bahangnya masih belum terasa menyengat kulit. Indah cahaya ini yang dipancarkan dari ufuk timur. Menandakan hari baru mula membentangkan tabirnya. Bermulalah satu lagi episod kehidupan untuk setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. Bukan sahaja mereka berenam sahaja yang bersesak-sesak di jalan ini. Tapi ramai lagi pelajar-pelajar lain yang sedang melangkah longlai di belakang mereka.

Masing-masing kelihatan sungguh bergaya dengan pakaian korporat masing-masing. Ada yang ringkas. Ada juga yang siap berkod tebal. “Ya ALLAH, tak panas ke budak tu?” Gumam Rudy Riskandar di dalam hati sambil menutup mulutnya menahan gelak. Sekali imbas, seperi Yang Berhormat pula.

“Kau apa hal Ris?” Tanya Fhysal bila dia terlihat gelagat Rudy Riskandar itu.

Kelam kabut Rudy Riskandar mengawal ketawanya.

“Cuba kau tegok lelaki tu?” Arah Rudy Riskandar ke arah seorang budak lelaki yang kebetulan sedang melangkah laju memotong perjalanan mereka.

Seperti Rudy Riskandar tadi. Fhysal juga turut tergalak. Fakhran, Irwansyah, Hazim dan Radzi yang turut mendengar perbualan mereka bedua turut mentertawakan lelaki yang tidak bersalah itu.

“Gilalah mamat tu. Dah macam bakal Pedana Menteri Malaysia yang keenam pulak.” Fakhran memerli sambil tergelak-gelak kecil.

“Tak baik kau cakap macam tu. Dia tengah berangan nak jadi pengerusi MPP tu.” Irwansyah mencelah. Terburai mereka berenam tertawa.

“Hish, korang ni tak baik tau?” Fhysal cuba membela lelaki itu.

Sekali lagi Rudy Riskandar pelik. Pelik dengan nada suara Fhysal yang dilewe-lewekan itu.

Mereka meneruskan langkah sambil berbual kosong. Selepas penat melangkah mencari dewan kuliah, akhirnya ditemui juga dimana letakkan dewan kuliah yang tertera DKA 1/1 itu. Fakhran orang pertama yang menguak daun pintu.

Melangkah sahaja Rudy Riskandar ke dalam dewan kuliah, terdengar suara riuh rendahnya. Keadaan dalam dewan kuliah sudah padat dengan pelajar-pelajarnya. Yang menghairankan, hanya tempat duduk dibahagian belakang sahaja penuh. Sedangkan, dibahagian depan masih banyak ruang kosong.

Struktur kerusi yang ada di dewan kulian itu disusun meninggi kebelakang. Bertujuan agar semua pelajar dapat melihat pensyarah di depan dengan jelas. Ini kali pertama Rudy Riskandar menjejakkan kaki di dewan kuliah. Sekali imbas seolah berada di dalam panggung wayang pula bila melihat tempat duduknya yang turut dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu di kiri, kanan dan di tengah. Hanya tempat duduk di bahagian tengah sahaja yang kelihatan sudah penuh. Itupun hampir kesemuanya pelajar perempuan.

Mata masing-masing meliar mencari tempat duduk kosong yang boleh di duduki oleh mereka berenam. Selepas puas mencari, hanya kerusi yang dibahagian tepi dan baris ke dua dari depan sahaja yang kelihatan banyak kosong. Mereka berenam menuju ke kerusi itu.

“Weh korang, depan sangat ni. Nanti muka kita je yang kena jawab soalan dari pensyarah.” Rungut Fhysal gedik sambil membentuk-bentukkan bibirnya.

“Kalau kau nak duduk tempat lain, silakan. Kita orang nak duduk sini.” Fakhran yang sudah duduk di kerusi hujung di tepi dinding menjawab.

Irwansyah, Hazim dan Radzi juga turut melabuhkan punggung masing-masing ke atas kerusi yang ada. Kerusi itu cukup-cukup sebaris untuk mereka berenam. Baru sahaja Rudy Riskandar ingin melabuhkan punggungnya di sebelah Radzi, lekas Fhysal mencelah lalu duduk dikerusi itu.

Rudy Riskandar terkejut. Tanpa banyak cakap dia beralah. Nak tak nak dia terpaksa duduk dibahagian hujung yang bersebelahan dengan kumpulan tengah. Dijeling ke arah Fhysal di sebelahnya. Fhysal kelihatan selamba tanpa ada rasa bersalah pun kerana telah merampas tempat duduknya tadi.

Selepas fail diletakkan di atas meja, Rudy Riskandar memandang sekilas ke arah belakang dewan kuliah. Semakin sesak dan sudah dipenuhi dengan pelajarnya. Dia terpandang Iqram dan Amir rakan sepasukanya dipadang sedang duduk nun dibelakang dewan kuliah. Rudy Riskandar mengukir senyuman sambil mengangkat tangan ke arah mereka berdua. Iqram dan Amir turut berbuat perkara yang sama. Sekadar menyapa dari jauh.

Rudy Riskandar kembali memandang ke depan. Walaupun jam sudah menunjuk pukul 8.15 pagi, pensyarah mereka masih belum kelihatan lagi. Keadaan dewan kuliah semakin hingar bingar sehingga membingitkan telinga.

Fhysal dilihat sedang rancak berbual dengan Radzi. Malas untuk dia menyampuk perbualan rancak itu. Dia kembali memandang ke depan. Sekilas dia terpandang Tengku Hasnia yang duduk betul-betul dibahagian depan memandang ke arahnya. Gadis yang dikenali pada minggu induksi seminggu lalu itu sering menegurnya jika mereka terserempak atau berselisih di mana-mana.

Rudy Riskandar membalas senyuman itu biasa. Sekadar ingin berlaku mesra agar diri tidak dipandang sombong. Lama Tengku Hasnia yang berasal dari Pahang itu memandangnya. Terangguk-angguk Rudy Riskandar memandang pandangan itu. Senyuman yang dihadiahkan tadi mula terasa janggalnya. Kekok dengan pandangan Tengku Hasnia itu yang terlalu lama. Tanpa di sedari, ada insan lain yang turut memandang senyuman Tengku Hasnia itu.

“Fhysal.” Tiba-tiba muncul seorang lelaki di sebelah Rudy Riskandar memanggil rakan sebiliknya. Terkejut dia buat seketika. Serta merta pandangan Tengku Hasnia tadi terabai.

“Apa hal?” Fhysal di sebelah kanannya menjawab.

“Nanti aku nak datang bilik kau.” Lelaki itu bersuara lagi.

Rudy Riskandar berasa kurang selesa kerana dia berada di antara mereka berdua.

“Apasal pulak kau nak datang bilik aku?” Fhysal menanya balik.

“Suka akulah aku nak datang. Bluwek.” Jawab lelaki itu mengada-ngada lalu dia kembali ke tempat duduknya.

“Suka hati dia je. Orang tak sudi lagi nak paksa-paksa pulak.” Rungut Fhysal seolah protes. Kurang senang dengan permintaan kawannya itu.

Rudy Riskandar tidak mahu menyampuk. Apa yang pasti, lenggok percakapan Fhysal dan kawannya tadi sama. Tidak seperti rakan-rakan lelakinya yang lain. Tiba-tiba dia teringatkan pada seseorang.

***

TEKOCOH-KOCOH langkah Nazrul Aliff menuju ke dewan Kuliah DKA 1/1. Terlewat pula bangun pagi tadi. Mujurlah dia tidak terlajak tidur terlalu jauh. Jika tidak, rekod kedatangannya pasti hitam. Almaklumlah, ini kelas pertamanya semenjak dia menjejakkan kaki di kolej ini. Pasti dia akan di nilai sebagai seorang yang tidak berdisiplin dalam kedatangan jika dia ponteng kelas pertamanya hari ini.

Nasrul Aliff menjengah-jengah pada cermin lutsinar pada daun pintu. Cuba memandang ke dalam dewan kuliah dalam keadaan kesamaran cermin yang kian berhabuk itu. Dapat dilihat, keadaan dalam dewan kuliah sudah di padati dengan pelajar-pelajarnya.

Dia mengeluh halus kerana tidak terpandang kerusi kosong untuknya duduk. Melilau bola matanya cuba mencari kerusi kosong dan akhirnya dia jumpa. Dia membetulkan nafasnya terlebih dahulu. Terasa gerun pula untuk melangkah masuk. Pasti dia akan menjadi tumpuan semua yang ada di dalam dewam kuliah itu.

Lambat-lambat daun pintu ditolak ke dalam. Dewan kuliah yang tadinya hingar bingar tiba-tiba menjadi senyap sepi. Semua mata memandang ke arahnya. Nasrul Aliff terpempan seketika. Dia menelan liurnya kesat. Dia dipandang seolah seorang pesalah. Terkebil-kebil matanya memandang keseluruhan dewan kuliah itu.

Lambat-lambat dia munudukkan kepalanya lalu langkah terus disusun laju menuju ke kerusi kosong yang dilihatnya tadi. Semua yang ada di dalam dewan kuliah itu masih tertumpu padanya. Hal itu membuatkan langkahnya bersimpang siuh.

Ntah macam mana, lagi selangkah dia ingin sampai ke kerusi kosong itu, dia tersandung kakinya sendiri. Fail plastik dalam dakapannya terlepas dari tangan. Terpelanting ke bawah kerusi seorang lelaki di depannya. Pelajar-pelajar lain yang ada di dalam dewan kuliah itu saling berpandangan. Sekejap kemudian masing-masing tertawa berdekah-dekah.

Merona merah pipi Nasrul Aliff menahan malu. Lambat-lambat dia bangun.

“Nah fail kau.” Lelaki yang sedang duduk di depannya menghulurkan fail plastiknya yang tercampak di bawah kerusi lelaki itu.

“Terima kasih.” Ucap Nasrul Aliff lalu dicapai fail itu. Kelam kabut dia duduk dikerusi kosong yang betul-betul dibelakang tempat duduk lelaki itu.

Malunya masih bersisa. Matanya cuba mengelak dari diterjah oleh mata-mata perlekeh ke arahnya. Hari baru yang malang. Permulaan hidupnya di kolej ini disambut dengan satu tragedi memalukan yang tidak mungkin bisa dia melupakan.

“Nasrul, macam mana kau boleh tergolek dok ni?” Tanya seorang rakannya yang duduk di kerusi depan.

Nasrul Aliff masih malu-malu. Terasa janggal bila rakan sekelas yang duduk disebelahnya memandang-mandang ke arahnya. Tiada jawapan diberikan hanya sekadar senyuman kelat sahaja dilemparkan. Dapat dilihat, kawannya itu masih bersisa tawanya. Sakit hatinya melihatkan tawaan sembunyi-sembunyi itu.

Lelaki yang duduk di depannya menoleh ke belakang. “Kau abaikan je budak-budak ni. Dia orang ni memang poyo. Pantang nampak orang salah sikit. Ada je yang nak dibuat bahan gelak.” Jelas lelaki itu seolah cuba memujuk hati Nasrul Aliff yang masih kembang menahan malu.

Nasrul Aliff hanya tertunduk-tunduk akur. Hanya lelaki itu sahajalah yang tidak turut mentertawakannya tadi. “It’s okey. Thanks.” Ucap Nasrul Aliff ramah.

Tiba-tiba daun pintu dewan kuliah dikuak. Muncul seorang wanita India bercermin mata di muka pintu. Keadaan dewan kuliah kembali sunyi sepi. Masing-masing memandang wanita itu. Wanita India itu melangkah ke meja pensyarah.

“Good morning guys. I’m Miss Shanty. Saya akan mengajar anda semua subject ini. Sorry, I lambat masuk kelas hari ni.” Pohon wanita India itu. Jelas tiada secarik senyuman pada segenap bibir hitamnya. Kali ini barulah mereka percaya wanita itu adalah pensyarah mereka dan bukannya pelajar seperti Nasrul Aliff tadi.

“Heeh, muka dah macam mak cik - mak cik pun, still Miss lagi? Andartu ke apa perempuan ni?” Kedengaran dua budak perempun di kerusi sebeleh bebisik.

Mendengarkan perbualan itu membuatkan Nasrul Aliff tergelak sendiri. Wajah Miss Shanty kelihatan seolah wanita yang sudah berkahwin. Tidak sangka pula dia masih anak dara. Pasti anak dara telajaklah tu. Bisik di dalam hati Nasrul Aliff sendirian. Beberapa minit kemudian, kuliah dimulakan.

0 Response to "Bila Harus Memilih 1"

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!