Kebahagiaan Dalam Perpisahan




Semilir angin yang kencang membuatkan Asrar terjaga dari lenanya yang panjang. Usai matanya terbuka, dia memandang sekeliling biliknya dengan pandangan yang berat. Matanya tertancap pada jendela yang masih tidak ditutup yang memberikan ruang pada sang angin untuk berhembus mesra memasuki ruang kamarnya.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa melayangkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Pantas sahaja dia bangkit dari kamarnya dan terus meluru ke arah jendela. Bebola matanya menatap dada langit yang indah dihiasi dengan suraya-suraya yang bergemerlapan ditambah dengan buruj-buruj yang beraneka rupa. Terdetik rasa tenang tatkala melihat keindahan alam ciptaan Tuhan pada malam hari begini. Asrar melihat jam yang tergantung di dinding, lazimnya dia tidak akan tidur kembali selepas terjaga pada malam hari. Dia akan membuat perkara yang dia gemar lakukan.
‘Baru jam empat pagi. Sejuk pula angin yang berhembus dari laut ini. Sebaiknya aku tutup tingkap ini.’ Asrar berkata-kata sendiri. Pantas tangannya menarik tingkapnya yang terbuka luas dan menutup kembali dengan rapat. Kawasan rumahnya yang terletak di pinggir laut itu memberikannya ruang  untuk dia merasai angin dari laut dan desiran ombak yang tenang
Setelah menutup jendelanya, Asrar melangkah keluar dari kamarnya dengan langkah yang perlahan. Jarinya lekas menghidupkan suis lampu di dinding. Pancaran cahaya putih kesan dari lampu pendaflour menyilaukan bebola mata Asrar, lampu itu segera ditutupnya kembali. Asrar memulas tombol pintunya dan dengan pantas dia melangkah keluar ke ruang tamu. Daun pintu biliknya berkuak.
‘Ya Allah, televisyen terpasang seolah-olah ada orang yang menontonnya pula.’ Asrar mengomel di dalam hati. Dilihatnya Nazihah sedang nyenyak tidur di atas sofa yang empuk sambil memeluk patung Patrick yang berwarna merah jambu. Karektor yang berasal dari siri kartun Spongebob Squarepants itu sangat digemari oleh Nazihah. Lihat sahaja pada pajama yang dipakainya tika ini, jika bukan gambar dari karektor Patrick, tidak lenalah tidur Nazihah. Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya ligat mencari alat kawalan jauh televisyen di sekeliling tempat. Tidak sampai beberapa minit, alat kawalan jauh televisyen itu sudah berada pada genggaman tangan Asrar. Butang merah ditekannya perlahan.
‘Kalau aku tidak tutup, pasti bil elektrik akan melambung.’ Getus Asrar di dalam hati. Sejak dari dulu lagi dia sudah mengamalkan sikap jimat cermat. Dia tidak mahu menjadi insan yang suka membazir. Walaupun dia lahir dari keluarga yang kaya, namun dia tidak gemar amalkan sikap pembaziran. Asrar mengoyang-goyangkan bahu Nazihah, mengejutnya supaya berkalih ke dalam bilik.
Nazihah merupakan rakan serumah Asrar sejak setahun yang lalu. Sebelum ini, Asrar hanya menetap seorang diri di Pontian. Asrar telah menyewakan salah satu bilik dari rumahnya buat sama-sama menjadi temannya. Apa yang tidak disukai Asrar ialah sikap malas Nazihah. Namun begitu, dia masih betah bertahan dengan Nazihah walaupun wanita itu jarang membuat kerja rumah. Nazihah telah dianggap sebagai adik beradiknya sendiri.
“Naz, bangun. Pergi masuk dalam. Selalu aje macam ni.. Tak pernah nak tidur dalam bilik. Habiskan masa berjam-jam tengok drama Korea. Last-last menangis, selepas itu tidur. Itulah kerja awak tiap-tiap hari. Drama Korea pun drama yang sama aje.” Asrar mengejutkan Nazihah sambil membebel. Nazihah mengeliat. Pedih cuping telinganya apabila dibebel pada waktu begini. Saat dia sedang lena diulit mimpi yang indah.
“Asrar! Awak ni jangan kejutkan saya sambil membebel boleh tak? Saya pening la. Dahlah tak cukup tidur. Boleh pulak awak membebel dengan saya. Pening tau?” Nazihah bingkas bangun seraya memarahi Asrar. Bengang dengan tindakan Asrar yang memarahinya itu. Wajah Asrar tampak berkerut.
 ‘Eh, kita marah dia. Dia pulak marah kita.’ Ujar Asrar. Setelah Nazihah melangkah masuk ke dalam kamarnya, Asrar mengemas ruang tamu yang berselerakan. Botol-botol bertaburan, manakala tisu berada di semua arah. Asrar memicit-micit kepalanya.
‘Ini sahaja kerjanya. Buang tisu buang air mata. Pelik betul perangai Naz ni..” Asrar mengeluh, dikerlingnya jam yang tergantung di dinding. Jam menunjukkan ke nombor empat. Bermakna sekarang sudah pukul empat pagi.
Setelah mengemas ruang tamu, Asrar melangkah ke dapur. Perutnya berbunyi-bunyi sedari tadi, tekaknya pun sudah kering. Lampu dapur dibuka, dan segera Asrar melangkah ke peti sejuk. Pelbagai makanan ada di dalamnya, tetapi semuanya perlu dimasak. Asrar menutup kembali pintu peti sejuk dan memutuskan untuk memasak mi segera sahaja.. lebih cepat dan pantas. Daripada membuang waktu, dan membuatkan perutnya sengsara.
‘Aduh. Hari ni nak jumpa dengan Azie. Kena siap awal-awal.’ Asrar berkata sendiri sambil menepuk dahinya. Sudah beberapa hari dia berjanji dengan Azie untuk bertemu, tetapi ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan. Akhirnya, Asrar menangguh. Tangguh dan bertangguh. Sehinggalah dua minggu lamanya. Semalam baru sahaja Azie menelefonnya sehingga dia ketiduran. Nada yang dituturkan Azie di corong telefon tampak marah dan sakit hati. Kecut Asrar dibuatnya.
“Senang awak jumpa saya bila saya dikebumikan aje Asrar. Tak payah janji-janji. Tak pun awak jumpa saya dekat kubur saya.” Ujar Azie di talian semalam. Terngiang-ngiang kata-kata Azie itu di cuping telinga Asrar. Sinis sekali kata-kata itu membuatkan Asrar terasa hati. Dia tahu Azie marah. Oleh sebab itu dia berjanji akan menemui Azie hari ini, tidak kira jika dia perlu membatalkan segala aturcaranya hari ini.
 Biarlah, dia perlu menjaga hubungan persahabatannya dengan Azie. Persahabatan itu penting bagi dirinya. Jaraknya dengan kediaman Azie tidaklah begitu jauh, hanya beberapa puluh kilometer sahaja.
Azie tinggal di Johor Bahru. Mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan bandar. Manakala Asrar pula tinggal di Pontian sebagai seorang pereka grafik di kedai miliknya sendiri. Jadual harian Azie yang sentiasa padat dengan mengajar menghalangnya untuk menemui Asrar di Pontian, sebaliknya Asrar mempunyai lebih banyak masa berbanding Azie memandangkan Asrar bekerja sendiri.
Asrar mengangkat mi segera yang sudah siap di masak di dalam periuk dan memindahkan ke dalam mangkuk, setelah itu Asrar berlalu ke meja makan.  Saat dia menjamu selera, dia teringat pergaduhannya dengan Ruslan, kekasihnya yang tinggal di Johor Bahru. Ruslan juga sahabat Azie. Cuma Ruslan jarang bertemu dengan Azie di Johor Bahru walaupun mereka tinggal tidak jauh. Sudah hampir seminggu dia bertelingkah dengan Ruslan, semuanya gara-gara salah faham. Ada sahaja modal yang dibangkitkan oleh Ruslan untuk bergaduh dengannya. Kadangkala Asrar terasa bosan dengan perangai kekasihnya itu. Tidak ubah seperti kanak-kanak kecil. Sentiasa marah. Seolah-olah ada sahaja kesalahan pada dirinya.
Asrar masih boleh bertahan jika Ruslan memarahinya sekali sekala, tetapi siapa boleh tahan jika setiap kali dia ingin berbaik dengan Ruslan, lelaki itu sentiasa memarahi dirinya? Dia juga manusia, dia bukan patung yang tak punya perasaan. Kalau hampir setiap hari dimarahi tanpa sebab, dia akan naik angin juga. Setiap kali perbincangan dengannya, pasti akan timbul perbalahan. Ruslan tidak pernah mengalah. Kadang-kadang hampir setiap hari juga Asrar menangis kerana perbuatan kekasihnya itu. Sering menengking dirinya, sudah hilangkah rasa sayang Ruslan terhadap dirinya? Ke>mana pergi kata-kata yang manis pada dirinya yang ditabur lapan purnama lalu?
‘Bodohkah aku kerana mencintai dia?’ suara hati Asrar berbisik. Mangkuk yang kotor diletakkan di dalam sinki, lantas dicuci. Lama mindanya menerawang mengingatkan kekasihnya itu. Tanpa sedar, mangkuk di tangannya terlepas.
PRANNG!
Mangkuk yang sedang dipegangnya jatuh berkecai di lantai. Asrar tersentak. Cuai benar dia malam ini membasuh mangkuk tersebut. Kerana teringatkan Ruslan, mangkuk yang dicucinya pecah berderai. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Mungkinkah pinggan yang pecah ini suatu petanda perkara yang tidak baik akan berlaku? Asrar berdoa di dalam hati. Meminta supaya perkara yang tidak baik dijauhkan.

****

“Akim, kau free tak hari ni?” Tanya Ruslan kepada sahabatnya, Akim di corong telefon. Masa yang terluang di pejabat, dibazirkannya dengan menelefon sahabat baiknya itu. Suasana di sekitar pejabat dipandangnya, ke kiri dan ke kanan. Bimbang jika perbualannya didengari oleh pekerja yang lain. Setelah lama menanti jawapan dari Akim, Ruslan bersuara lagi. Bertanya soalan yang sama, tetapi kali ini nadanya ditegaskan.
“Ya? Sorry. Aku tak dengar kau cakap apa tadi. Apa kau tanya?” jawab Akim pendek. Nadanya kedengaran sedih dan hambar. Ruslan terkesima dengan nada Akim. Mahu sahaja dia bertanya mengapa sahabatnya itu kelihatan bermuram durja. Tetapi diurungkan niatnya itu. Bimbang dianggap busybody oleh sahabatnya itu.
“Tak ada apa. Aku Cuma Tanya kau free ke tak hari ni. Kalau tak free tak apalah.” Ruslan mengulangi soalannya dengan perlahan. Terdetik rasa menyesal kerana menelefon Akim pada saat-saat begini. Di saat sahabatnya itu sedang muram.
“Aku free sekejap lagi. Memang aku ingat nak jumpa kau. Aku ada masalah.” Akim berterus-terang. Biarlah dia berkongsi masalahnya itu dengan Ruslan. Sekurang-kurangnya hilanglah sedikit rasa beban dalam dirinya. Daripada dia memendam masalahnya sendiri, kelak kepalanya juga akan bertambah serabut.
“Masalah? Masalah apa ni Akim? Selama ni kau tak pernah ada masalah. Aku tengok kau selalu happy aje.” Ruslan memberikan komen. Memang benar apa yang dikatakannya, selama ini Akim tidak pernah menghadapi masalah. Dia bijak mengawal masalahnya. Tapi mengapa hari ini Akim kedengaran sedang dilanda masalah yang besar sekali. Seakan sahabatnya itu baru sahaja dilanda tsunami yang hebat.
“Nantilah aku cerita. Sekarang aku sudah pening. Macam hendak bunuh diri pun ada.” Jawab Akim, laju sekali dia menuturkan. Seakan-akan tidak tahu hukum agama pula. Ruslan terkejut dengan kata-kata Akim yang dianggapnya ekstrem itu.
“Gila kau. Jangan sampai bunuh diri. Hilang nanti kawan baik aku.” Jawab Ruslan, berpura-pura dungu, walaupun hakikatnya dia tahu Akim tidak akan melakukan perkara itu. Sengaja dia berkata begitu.
“Iya. Dahlah. Jumpa nanti aje okey?” pinta Akim. Ruslan mengangguk seraya membalas kata-kata Akim di hujung talian.
KLIK!                  
Ruslan menutup telefon bimbitnya lantas memandang kembali skrin computer, menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh.

****
Nazihah melangkah keluar dari biliknya dengan langkah yang perlahan. Dirinya tiba-tiba terasa letih. Mungkin akibat tidur lewat semalam, getusnya sendiri. Dilihatnya suasana rumah sunyi, dia pasti Asrar sudah keluar ke bandar Johor Bahru, seperti yang dia katakan semalam. Tanpa membuang masa, Nazihah melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Badannya masih terasa letih lagi. Lama juga dia berjaga semalam, menonton drama Korea sambil bergayut di telefon dengan kekasih hatinya. Disebabkan lama berbual, matanya menjadi segar.
Setelah mandi, Nazihah mencapai telefon bimbitnya di atas almari solek. Jarinya laju menekan menekan nombor telefon si kekasih hati. Hari ini dia akan menemui kekasihnya, mereka mahu menonton wayang bersama, setelah lama berhubungan melalui telefon. Hari ini mereka akan bersua, melampiaskan rasa rindu yang kian menebal di hati. Hati Nazihah berbunga riang, tidak sabar menatap wajah kekasih tersayang.
“Hai sayang! Jadikan hari ini temujanji kita?” sapa Nazihah setelah panggilannya dijawab. Suara kekasihnya kedengaran di corong telefon, menjawab dengan nada yang kurang sihat. Nazihah jadi rungsing, hatinya kuat mengatakan bahawa temujanji hari ini pasti akan dibatalkan. Seperti mahu menitiskan air mata rasanya.
“Maaf. Saya rasa macam tidak jadi. Keadaan saya kurang sihat.” Jawab kekasih Nazihah dengan suara yang ditahan-tahan. Nazihah memegang dadanya, menahan sabar. Kata-kata yang disulami dengan benang penipuan! Bentak hati Nazihah. Semalam kekasihnya itu beria mahu mengajaknya keluar. Bila siang menjelma, segala janji-janjinya hilang berterabur di bawa angin. Nazihah merengus bengang. Talian telefon dimatikan tanpa menunggu penjelasan dari sang kekasih. Nazihah melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil.
Sudah pasti dia tahu mengapa kekasihnya itu tidak jadi bertemunya. Ada insan lain yang menghalang pertemuan ini. Perasaan benci mulai hadir di nubari seterusnya mula mencengkam di lubuk hati. Pabila difikir kembali, dia harus sabar, belum tiba masanya dia bertindak untuk melempiaskan segala rasa amarahnya itu. Seeloknya dia bertindak secara diam.
Nazhah melangkah keluar dari biliknya dan mengambil kunci kereta yang tergantung di dinding, dengan pantas pintu rumahnya ditutup dan enjin kereta dihidupkan. Cuaca yang panas membuatkan kulit Nazihah yang putih mulus itu seolah terbakar seperti udang yang panas. Alat pendingin hawa dihidupkan bagi meredakan kebahangan di dalam kereta. Setelah itu, Nazihah pantas memecut laju keretanya menuju ke pusat  bandar.

****

Seulas senyuman terbit di bibir merah milik Azie, hatinya terasa senang tatkala melihat kelibat Asrar yang hadir ke rumahnya. Mujurlah hari ini sahabatnya itu tidak menanam tebu di tepi bibir, apa yang dijanjikannya ternyata benar. Dia faham benar dengan sifat takut Asrar. Takut untuk menyakiti orang lain, bukan takut kepada benda-benda halus. Azie keluar dari rumahnya dan menjemput Asrar masuk dengan mesra. Wajah manis Asrar ditatapnya dengan rasa rindu yang lama bertukil di hati. Tanpa berfikir panjang, Azie memeluk Asrar dengan erat sekali. Asrar tampak terkejut dengan kelakuan sahabatnya itu.
“Eh, kenapa ini Azie? Awak okey?” soal Asrar setelah lama dia dipeluk oleh Azie. Terasa rimas pula walaupun dia tahu Azie merindui dirinya.
“Saya rindu awak Asrar!” ucap Azie dengan kuat. Suaranya sengaja dikuatkan, memberi penegasan. Asrar tersenyum gembira. Gembira kerana ada juga orang yang merinduinya.
“Sudahlah itu. Lama awak peluk saya. Nanti patah pula tulang saya.” Ujar Asrar berjenaka. Azie tertawa mendengar kata-kata sahabatnya itu seraya melepaskan pelukan. Dia mempelawa Asrar masuk ke dalam rumahnya. Asrar bersetuju. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah sembari berbual-bual kosong.
Asrar melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk yang berona biru muda. Lembut. Badannya disandar pada sofa, walaupun perjalanannya tidaklah sejauh mana, tetapi dia tetap merasai kepenatan itu. Azie pula telah melangkah ke dapur, menyiapkan minuman untuk dihidangkan. Dia tahu Asrar pasti haus, ditambah lagi dengan cuaca panas yang hangat membakar ubun-ubun kepala. Pasti sahaja akan membuatkan tekak menjadi kering. Justeru dia menyiapkan air limau ditambah dengan ais bagi menghilangkan kebahangan matahari.
“Nah, minum dulu. Saya tahu awak penat.” Azie menghidangkan air minuman yang telah siap disiapkannya sebentar tadi. Matanya mencerlung pada sosok tubuh Asrar yang kecil itu. Asrar mengangguk. Tidak sampai beberapa minit sahaja air yang disediakan habis diminum oleh Asrar. Bahana kebahangan matahari. Azie menguatkan kipas rumahnya, membantu Asrar reda dari kepanasan.
“So, macam mana? Apa cerita?” Azie melemparkan soalan yang pertama setelah dilihatnya Asrar mulai reda. Asrar kebingungan, lurah kerutan hadir di dahinya. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan oleh Azie. Azie mengulangi soalannya sekali lagi, tetapi kali ini dengan diselangi tawa. Tahulah dia sahabatnya itu tidak mengerti dengan soalannya.
“Cerita awak dengan Ruslanlah!” kata Azie pantas. Bantal kecil yang berada di sebelahnya dibaling ke arah Asrar dengan perlahan. Asrar menangkap, cekap.
“Entahlah. Dah seminggu saya tak hubungi dia. Kadang-kadang saya bosan dengan perangai dia tu.” Ujar Asrar dengan perasaan yang sedih sekali. Azie kini berkalih tempat, dia kini duduk bersebelahan dengan Asrar, mahu mendengar masalah sebenar sahabatnya itu. Siapa tahu dia dapat membantu.
“Cuba cerita dengan saya, mungkin saya bisa membantu masalah awak. Ingat, Ruslan itu pun sahabat saya.” Azie mempelawa dirinya menjadi pendengar masalah. Asrar tersenyum hambar. Dia tahu, walaupun dia berkongsi masalahnya dengan Azie, pasti masalah itu tidak akan menemui jalan penyelesaian.
“Saya sendiri tak tahu nak ceritakan macam mana. Saya tak tahu dimana letaknya silap saya. Saya manusia biasa, jika saya buat kesalahan, dia seharusnya menasihati saya. Menegur saya. Bukan dengan cara memarahi saya saban waktu. Saya juga punya perasaan. Saya bukan boneka yang mudah dicampak sesuka hati sahaja. Diguna apabila diperlukan, dibuang kala diri senang. Boleh awak bayangkan? Setiap kali saya cuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik, pasti akan timbul hal yang lain. Seolah-olah dia sengaja mencari fasal. Pasti, setiap kali penyelesaian akan jadi perbalahan. Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya meninggalkan dirinya!” Asrar melepaskan segala perasaan yang terbuku di hatinya. Tanpa disedarinya, air jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.
Azie memegang belakang Asrar, sambil menenangkan sahabatnya itu. Sesungguhnya, dia juga buntu dengan konflik yang melanda Asrar tika ini. Ibarat taufan yang melanda secara tiba-tiba, perhubungan yang lama mekar rapi tanpa ada pergaduhan ini bertukar musim. Lewat kebelakangan ini, Asrar sering mengadu dengannya tentang sifat Ruslan menjengkelkan.
Apalah dayanya untuk membantu, andai dia dikurniakan kudrat seperti seorang lelaki, pasti dia akan memukul insan yang telah melukakan hati sahabatnya itu. Namun dia bukan superhero, dia bukan superwoman. Hanya untaian kata-kata semangat yang mampu dia hulurkan tika ini. Azie menarik nafas sedalam-dalamnya. Menyusun kata dengan rapi.
“Sabarlah. Sesungguhnya bukan dia sahaja yang ada di dalam dunia ini. Cekalkan hati, kuatkan minda awak. Awak berdua patut sama-sama harungi masalah ini dengan bijak. Mengapa setiap kali perbincangan menjadi perbalahan? Hal itu kerana kamu berdua tidak membuang segala yang keruh. Bukankah sepasang kekasih perlu membuang segala yang keruh dan mengambil yang jernih? Jika keadaan berlarutan begini, nescaya hubungan kalian tidak akan menemui jalan penyelesaian, sebaliknya menemui keretakan.” Azie memberikan kata-kata semangat dengan ikhlas. Seperti berkongsi jiwa, dia turut merasai kesedihan yang melanda benak Asrar tika ini.
“Saya rasa saya akan selesaikan semuanya hari ini. Jika benar dia sayangkan saya, jika benar dia cintakan saya, dia akan merungkaikannya hari ini. Saya tak mahu jadi insan yang bergantung tidak bertali, tertampi-tampi menantikan kasihnya. Kesabaran saya ada batasnya.” Asrar memberitahu, membuat keputusan yang dianggapnya sangat berat. Azie mengangguk setuju. Belum lagi Asrar menghabiskan kata-katanya, telefon bimbitnya berbunyi. Asrar melihat nama pemanggil. Ruslan! Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Azie, Azie menolak.
Azie mahu Asrar sendiri yang menjawab panggilan itu. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal yang semakin meruncing ini. Dia memaksa Asrar menjawab panggilan itu dengan pantas. Dengan terpaksa, Asrar menjawab panggilan dari Ruslan. Suara girang Ruslan kedengaran di corong telefon.
“Kenapa lambat sangat angkat ini sayang! Saya minta maaf, hari ini kita jadi keluar. Saya rasa saya datang rumah awak. Asrar tiada di rumah bukan?” Ruslan melemparkan soalan sejurus panggilannya disambut. Telefon yang sedang dipegang oleh Asrar terhempas jatuh ke atas lantai. Hatinya remuk redam. Air matanya menitis jatuh ke lantai. Azie yang tika itu sedang memerhatikan Asrar tergamam. Dia pasti, sesuatu telah berlaku pada sahabatnya itu.
“Asrar? Mengapa ini? Awak tidak apa-apa?” soal Azie dengan cemas. Dia bimbang dengan keadaan Asrar yang tiba-tiba kaku bagai dihembus dengan angin yang sejuk, keras dan beku. Selajur itu juga, air mata yang sedari tadi mencurah, laju menitis. Asrar duduk terpukur. Bagaikan baru disambar dengan kilat kesedihan.
“Mengapa tika aku sedang indah dibuai selendang kasih, engkau meragutnya? Apakah salahku? Kalau benar engkau mahu meragut kebahagiaan dariku, ucapkanlah kata perpisahan!” kata Asrar dengan sendu. Azie memandang dengan hiba. Dia sendiri tidak dapat menghuraikan apa yang telah terjadi pada sahabatnya setelah menerima panggilan dari Ruslan sebentar tadi.
“Asrar… mengucap. Tenangkan diri awak.” Azie memberi nasihat. Asrar pantas memeluk Azie dengan sedu sedan. Hatinya sakit benar. Seolah-olah ditusuk dengan belati yang tajam menikam. Kata-kata yang didengarinya sebentar tadi umpama racun yang bisanya berbisa.
“Ruslan mempunyai kekasih lain!” itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Asrar tika ini. Azie terkesima dengan kata-kata Azie. Namun dia tidaklah begitu terkejut, apa yang diramalkannya selama ini benar belaka. Dia sudah mengesyaki perkara ini sejak dulu lagi. Namun bagi menjaga hati Asrar, dia mengunci kata-kata itu di dalam hatinya.
“Saya tidak kisah. Sejujurnya saya tidak kisah.” Jawab Asrar menyeka air matanya. Setelah lama berdiam, akhirnya dia bersuara kembali.
“Jika ini yang dia mahukan. Saya juga tidak sangka, akan menemui sahabat yang makan sahabatnya sendiri. Sungguh, tidak saya sangka.” Ucap Asrar dengan nada yang tersekat-sekat. Azie terkejut dengan kata-kata Asrar sebentar tadi. Apa sudah terjadi? Azie bertanya sendiri.
“Azie, izinkan saya tinggal di rumah awak. Saya akan berpindah ke sini.” Asrar menyambung katanya. Azie terdiam. Mengangguk tanda setuju. Lagi pula, dia tinggal berseorangan. Tidak ada masalah buat dirinya.
****
“Ya Allah! Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh tersalah dail ini!” Ruslan menepuk dahinya. Perasaan takut mulai menjalar ke dalam hatinya. Rahsianya kini sudah terbongkar.
“Maafkan aku, setelah lama aku memadu kasih, menabur janji padamu, aku masih belum dapat melupakannya.. Maafkan aku.. Maafkan aku kerana tidak bersikap adil dalam perhubungan ini” ucap Ruslan sendiri, sejujurnya dia sendiri menyesali tindakannya itu. Dia tidak mempunyai pilihan, dia menyayangi kedua-dua insan tersebut. Tidak sanggup dia melepaskan salah satu darinya. Keduanya bagaikan nyawanya. Dia tidak sanggup kehilangan kedua-duanya.
Ruslan mendail nombor telefon Asrar sekali lagi. Tetapi kali ini tidak berbalas. Hanya operator sahaja yang menjawabnya. Minda Ruslan buntu, dia terasa bersalah dengan tiba-tiba. Mungkin inilah bahana dia tidak jujur dalam perhubungan ini. Tidak cukup dengan itu, dia menduakan cinta sejati yang diukirnya bersama Asrar dua purnama lalu. Tetapi! Ini bukan salahnya juga, dia tidak seharusnya dipersalahkan! Nazihah! Nazihahlah puncanya!
****
Sewaktu kirmizi mulai tenggelam melabuh malam, Ruslan menekan loceng rumah Asrar. Hari ini dia akan mengajak kekasihnya itu keluar menonton wayang di samping bertemu dengan sahabatnya yang lain. Lama Ruslan menunggu, setelah itu Ruslan mendapati daun pintu rumah Asrar terbuka. Bukan Asrar yang tampil keluar, sebaliknya Nazihah dengan wajah yang manis sekali.
“Asrar suruh tunggu dia sebentar. Dia keluar berjumpa dengan orang tuanya. Awak masuklah dulu. Ruslankan?” Nazihah memberi penjelasan disamping mempelawa masuk lelaki yang berada di hadapannya. Ruslan mengangguk. Niatnya ingin tunggu diluar, tetapi memandangkan angin mulai kuat berkencang seperti tanda mahu hujan, dia menerima pelawaan Nazihah. Nazihah tersenyum.
Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah Asrar dengan pantas. Nazihah menyuruh Ruslan duduk, pantas sahaja dia melangkah naik ke tingkat atas. Ruslan duduk sambil memandang ke sekeliling rumah. Dalam hatinya dia memuji hiasan dan dekorasi rumah yang begitu cantik tersusun. Sudah pasti Asrar yang menyusunnya, hati Ruslan terdetik.
Nazihah kembali turun dari tingkat atas dengan memakai seluar pendek sahaja. Betisnya yang putih itu kelihatan terserlah. Ruslan memalingkan wajahnya ke arah lain. Dengan tidak semena-mena sahaja, Nazihah memeluk Ruslan dari belakang. Terkejut dengan tindakan Nazihah itu, Ruslan menolak tubuh Nazihah yang kecil itu hingga terjatuh dan terkena bucu tangga. Darah kelihatan mengalir dari kepalanya. Walaupun lukanya kecil, tetapi darah tersebut laju mengalir keluar. Ruslan panik, dia takut dengan perbuatannya sebentar tadi. Nazihah mengaduh kesakitan, pantas air mata keluar dari matanya.
“Tak guna! Aku akan report pada polis! Aku akan membuat tuduhan kau mahu mencabulku!” Ugut Nazihah bengang. Niatnya mahu mengoda lelaki yang kacak di hadapannya ini bertukar menjadi kekecohan. Malah menimbulkan kesan di dahinya yang mulus itu. Ruslan kaku. Takut dengan kenyataan Nazihah sebentar tadi, dia merayu. Semestinya dia tidak dapat mempertahankan dirinya kelak, pasti Nazihah akan memberikan seribu satu alasan pada pihak polis. Sebaiknya dia sahaja yang beralah. Nazihah tersenyum sinis. Akalnya ligat mengatur rancangan untuk memiliki lelaki yang mempunyai kulit yang putih dan kacak ini.
“Baiklah. Aku tidak akan akan mendakwa kau. Melainkan…” Nazihah membiarkan kata-katanya tergantung.
“Melainkan apa?” sampuk Ruslan.
“Melainkan kau jadi kekasih aku.”
“Itu tidak mungkin. Aku tidak akan menduakan Asrar. Aku cintakannya.” Jawab Ruslan dengan jujur.
“Jika begitu, teruskan sisa hidupmu di penjara. Kau tahu apa hukumannya mencabul wanita?” Nazihah kembali mengugut. Ruslan menelan liur, sememangnya dia tidak mempunyai lain melainkan menerima tawaran yang diutarakan oleh Nazihah, meski tampak payah dia perlu menerimanya. Mungkin Asrar boleh memahaminya, fikir Ruslan. Apa yang difikirkannya sekarang ialah menyelamatkan dirinya dari dituduh.
“Baiklah. Tapi rahsiakan hal ini dari pengetahuan Asrar. Kau hanya boleh jadi kekasihku selama dua bulan sahaja.” Ruslan menjawab. Nazihah mengangguk, setuju. Dia pasti, setelah dia memiliki Ruslan, pasti Ruslan tidak dapat meninggalkan dirinya.
****
Azie menemani Asrar berangkat ke Pontian, mengemas segala barangan yang berada di rumahnya. Dia telah memutuskan untuk tinggal bersama Azie, biar apapun yang terjadi, keputusannya itu tidak berubah. Sudah tidak sanggup lagi dia tinggal bersama insan yang bersifat talam dua muka.
Azie telah mengetahui segala cerita mengenai Asrar dan Ruslan. Dia mendesak Asrar memberikan pengajaran pada kedua-dua insan yang melukai hati Asrar itu. Asrar menolak, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan.
“Jauhi bayangan plastik disebalik sekujur tubuh yang mempamerkan topeng palsu di balik wajah dan bersenandungkan bait-bait kasih yang suci mengemis cinta sejati” ucap Asrar tiba-tiba kala masing-masing melayan perasaan di dalam kereta milik Asrar. Azie diam. Dalam hatinya, dia mengakui kebenaran kata-kata Asrar itu.
Suasana rumah Asrar kelihatan terang benderang dengan lampu yang bergemerlapan. Azie turut sama mengikuti Asrar masuk ke dalam rumahnya. Baru sahaja Asrar ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya, suara seorang lelaki yang amat dikenalinya memanggil dirinya.
“Asrar!” jerit suara itu dengan lantang. Asrar memalingkan wajahnya. Dia memberikan peluang pada lelaki itu mengucapkan kata-kata perpisahan.
“Ada apa?” Tanya Asrar acuh tidak acuh. Azie hanya memerhatikan dejavu yang sedang berlaku di hadapan dua insan yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah lagi. Dia memutuskan untuk diam sahaja.
“Maafkan Lan. Lan tahu Lan salah. Berikan Lan peluang kedua please…” Ruslan merayu, menagih simpati dari Asrar. Asrar tertawa dengan paksa.
“Mudah benar Lan ucapkan kata-kata maaf. Lan tidak tahu perasaan Asrar? Ada pernah Lan hargai perasaan Asrar? Walau sekelumit pun? Asrar bagaikan tunggul dimata Lan, mudah sahaja disakiti, tatkala diri susah baru Asrar dikutip. Tak ubah seperti boneka.” Ujar Asrar.
“Lan tak sanggup nak ceritakan pada Asrar.”
“Tak perlu Lan bercerita. Jelaslah semua sangkaan Asrar selama ini. Bila terbukti di depan mata Asrar sendiri, baru Asrar tahu. Tempat Asrar di kamar hati Lan, kini disinggahi oleh kekasih baru. Sungguh, tidak Asrar sangka. Lan tega berlaku begitu. Asrar mencurahkan segala kasih Asrar hanya untuk Lan, tetapi ini yang Lan balas? Akurlah Asrar pada kenyataan ini, Lan. Tidak perlulah lagi rasanya Asrar menanti bagai digantung tidak bertali. Asrar menyesal kerana bertemu dengan Lan . Mengapa kita perlu bertemu? Mengapa? Pertemuan kita dahululah ang menjeratkan Asrar dengan cinta Lan. Jika Asrar tahu Lan hanya menanam tebu di tepi bibir, berjanji untuk setia, pasti Asrar akan menolak Lan sejak dari dulu lagi.” Ucap Asrar panjang lebar, serentak itu juga air matanya jatuh menitis. Tidak dapat ditahan-tahan lagi. Azie memerhatikan dengan perasaan bengang. Marah dengan Ruslan yang bersikap mengambil mudah setiap perkara yang berlaku.
“Tinggalkan Asrar Lan.” Pinta Asrar dengan paksa. Ruslan terkejut, tidak menyangka dia akan berpisah dengan insan yang disayanginya itu. Dia tidak menyangka dia akan berpisah dengan Asrar sama sekali. Dia menggeleng.
“Setiap kali Lan memandang dada langit, melihat kanvas hitam yang disulami dengan suraya-suraya yang indah bertemaram, Lan teringatkan Asrar. Percayalah, Lan masih mencintai Asrar.” Tutur Ruslan dengan ikhlas. Azie yang memandang sedari tadi naik mual. Dia tahu kata-kata itu hanya untaian kata madah bagi memujuk Asrar yang sedang dilanda gundah.
“Tidak perlu Lan. Lan teruskan hidup Lan bersama dengan Nazihah. Asrar tak mahu jadi insan ketiga.” Setelah Asrar mengucapkan kata-kata itu, Nazihah keluar dari rumah. Dia tampak terkejut dengan kehadiran Ruslan, Asrar dan Azie. Niatnya yang mahu ke kedai terbantut. Dia nampak ketegangan wajah yang hadir pada wajah Asrar dan Ruslan. Pasti sesuatu telah terjadi, fikir Nazihah di dalam hati.
“Ada apa ni? Tanya Nazihah dengan ceria, berpura-pura di hadapan Asrar. Seperti kebiasaannya. Semuanya diam.
“Lan nak bawa Asrar jalan-jalan ke? Dah lama korang tak keluar. Pergilah cepat.” Kata Nazihah lagi, dengan nada gedik yang dibuat-buat. Hati Azie terbakar secara tiba-tiba. Entah bagaimana, tangannya laju menampar pipi mulus milik Nazihah itu. Tidak tahan dengan perangai berpura-pura wanita itu.
“Tak perlulah kau berpura-pura perempuan hipokrit. Sanggup kau sakitkan hati sahabat kau? Aku harapkan kau tidak lahir dari dunia ini!” hambur Azie dengan bengang sekali. Entah bagaimana tangannya boleh tersasar begitu sekali. Mungkin terlalu marah. Nazihah terkejut.
“Apa salah aku?” soal Nazihah, masih berpura-pura. Satu lagi tamparan hinggap di pipi kirinya. Azie hilang pertimbangan. Dia tahu Asrar tidak akan memberi pengajaran pada wanita itu. Justeru dia mahu mengajar wanita itu.
“Azie!” teriak Ruslan. Marah dengan tindakan Azie yang bertubi-tubi melempang wajah Nazihah itu. Asrar tampak terkejut.
“Apa? Kau nak pukul aku? Pukullah! Aku cabar kau Lan! Kalau sebab perempuan ni kau nak pukul aku, perempuan yang dah menghancurkan hati sahabat aku. Kalau ikutkan hati aku, aku dah tikam kau tau?” Ujar Azie dengan berani. Dia hilang sabar. Lama dia memerhatikan, akhirnya tiba masa dia bertindak pula. Asrar menyuruh Azie bertenang.
“Kau tinggalkan Ruslan sekarang!” paksa Azie pada Nazihah. Wajah Nazihah merah menahan marah.
“Dia bukan milik Asrar. Walau harus aku bergadai nyawa, dia tetap milikku! Bukan mengharapkan simpati, aku tidak menagih kasih. Pendirianku tidak akan sesekali bertukar. Biar ribut taufan melanda! Benar kau mahu memiliki Ruslan, Asrar? Boleh! Hanya dalam mimpi!” akhirnya Nazihah mengaku juga. Sekali lagi Azie menampar wajah Nazihah hingga jatuh terduduk wanita itu di atas jalan tar.
“Tidak perlu tinggalkan Ruslan. Biarlah awak bersama dia. Saya akan undur diri. Teruskan perhubungan awak, saya tidak mahu menjadi insan ketiga. Maafkan saya selama ini kerana menganggu hubungan kalian.” Ucap Asrar dengan hiba. Azie terasa sebak mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak menyangka Asrar sanggup beralah.
“Asrar!” panggil Ruslan. Asrar berjalan pantas memasuki rumahnya dan mengemas segala barangan miliknya. Asrar dan Azie meninggalkan Ruslan yang berdiri kaku di luar rumah dan Nazihah yang duduk termangu di jalan bahana tamparan Azie.

****

“Aku menyesal kerana curang dengan dia.” Ujar Ruslan kesal kepada Akim. Akim hanya diam, tidak membalas kata-kata sahabatnya itu.
“Kalaulah aku dapat rewind kembali masa. Aku pasti akan menjaganya.” Ruslan menuturkan dengan kesal. Seribu penyesalan terbit di nubarinya. Menyesal kerana melukakan hati wanita yang begitu suci itu.
“Kau tidak dapat undurkan masa Lan.” Ujar Akim dengan selamba sambil mengunyah kacang parang yang dibelinya sebentar tadi.
“Aku tahu.” Jawab Ruslan sepatah.
“Sabarlah, bukan dia aje yang ada kat dunia ni. Banyak lagi girl lain kat luar sana tuh. Yang kau mengada-ngada nak fikir pasal dia lagi apa hal? Keraskan hati kau tu!” kata Akim memberi semangat. Ruslan diam, tidak berminat.
“Kau masih ada Nazihah, apa kau nak takut?” Akim mencadangkan. Ruslan menggeleng.
“Aku dah tinggalkan dia. Aku tak boleh lagi bersama dia.” Jawab Ruslan.
“Mengapa?”
“Tidak perlulah kau tahu.” Jawab Ruslan lagi. Tiba-tiba sahaja seorang lelaki yang tidak dikenali memperkenalkan dirinya di hadapan Ruslan. Dia menyerahkan sepucuk surat berwarna putih. Setelah itu, lelaki itu berlalu dari bengkel milik Akim. Hairan, bagaimana lelaki itu boleh tahu Ruslan berada disini? Itulah persoalan yang timbul di fikiran Akim tika ini.
Ruslan membuka sampul surat yang diserahkan lelaki itu dengan perlahan. Akim hanya menyorot gerak geri sahabatnya itu. Setelah dibuka sampul surat itu, terserlahlah tulisan tangan yang begitu kemas sekali.
Assalamualaikum Lan, tika awak membaca surat saya ini, saya sudah tiada di Malaysia. Saya akan membawa haluan saya menemui pakcik saya di Mesir. Maka, janganlah awak membalas surat saya ini. Sejujurnya, saya ingin katakan bahawa saya masih mencintai diri awak. Hakikat itu memang tidak dapat ditipu di dalam hati. Oleh sebab itu, saya mahu melupakan awak dan membawa diri ke Mesir.
Tujuan saya memberi surat ini ialah untuk mengucapkan selamat kepada awak. Selamat berbahagia dengan insan yang awak cintai. Dahulu saya pernah menyimpan angan untuk membina bersama-sama rumah tangga bersama awak. Ternyata jodoh kita tiada. Benarlah apa yang dikatakan orang, jodoh itu milik Allah. Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah. Begitulah juga dengan perhubungan kita, mungkin kita tidak serasi bersama, selalu ditimpa dengan ujian.
 Siapa tahu Allah akan memberikan saya jodoh yang lebih baik? Begitu juga dengan awak. Janganlah awak risau kerana saya telah memaafkan segala perbuatan awak, begitu juga dengan Nazihah. Saya pinta awak jangan cari saya lagi selepas ini. Kita tiada keserasian lagi, segala magis cinta telah hilang. Selepas ini tidak perlulah awak mencuba lagi, betulkan kesilapan perhubungan ini. Oleh kerana setiap perbincangan, menjadi perbalahan, saya sendiri sudah tidak mengerti… manakah agaknya cinta kasih.
Jika embun sendiri tidak mampu menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh, apakan pula kita. Bunga yang dahulu mekar disinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur. Seperti cinta kita juga, semakin lama semakin rekah. Saya sendiri tertanya dimanakah salah dan silap saya. Awak tidak pernah mengungkapnya. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Semoga bertemu dengan jodoh awak. Hapuskan segala memori kita bersama… Saya merayu.. Mungkin awak akan menemui kebahagiaan dalam perpisahan ini..
Yang benar..
Asrar…

Setelah tamat membaca surat dari Asrar itu, air mata Ruslan gugur jatuh ke bumi. Betapa sedihnya perasaannya tika membaca warkah dari Asrar itu. Tidak menyangka, begitu lama sekali Asrar bersabar dengannya, dia sahaja tidak  menghargai itu. Kini, setelah semuanya retak, baru dia sadar.
Serentak itu Akim membuka televisyen yang pada ketika itu sedang menyiarkan berita terkini. Ruslan tidak mengambil pusing berita yang disampaikan, dia masih melayan perasaannya. Hatinya masih hiba.
“Ya Allah Lan!” jerit Akim dengan tiba-tiba. Terkejut dengan teriakan Akim sebentar tadi, Ruslan berpaling. Dengan tidak sengaja terpandang kaca televisyen. Wajah insan yang dikenalinya terpampang di televisyen, beserta nama.
‘Wardatul Asrar Afiqah.’ Itulah nama yang tertera di kaca televisyen. Pembaca berita mengulas lagi berita yang disampaikannya.
“Nama-nama dan gambar berikut antara mangsa kapal terbang yang terhempas di Lautan Andaman. Segala proses mencari mayat masih diteruskan. Diharap semua ahli keluarga mangsa dapat bertenang.” Ucap pemberita itu lagi. Akim menutup televisyen. Dia melihat Ruslan sudah hilang kata-kata. Selajur itu juga, pandangan Ruslan menjadi kabur, hitam! Ruslan rebah ke bumi.
Usah titis air mata kau tangiskan, ku dah cukup menampung selautan, begitu lama ku pendam.. tapi hanya berdiam, kerna cuba menafi realiti..
-Tamat-

13 Response to "Kebahagiaan Dalam Perpisahan"

  1. naz rawkzzzzz says:

    wow.....fantastic....firstly..naz ucapkan tahniah pd shahir bab dpt siapkn kdp nie dgn sempurna....kedua naz nak ucapkan trime kasih bab watak naz ade dlm cerpen nie....terharu..hahahha..jahat sungguh watak ku...hahahah....n kemuncaknyer amat menyayat aty....cian asrar....hehehehe,....tahniah skali lagi shahir....

    memey says:

    urmm . tahniah jgakk shahir dr mmey .. yrm ..yup3 .. cete nih best ssgt.. n ayt dya p0wn best gakk !! nty lau mi nk clsh ,, leh r amik cikit ayt dr cete shahir nih ekk ?? h0ho ~~ truskn lg usaha anda ~ yg e-class = memey =)

    Shahmi says:

    Wah! hasil karya yang begitu menonjol. dari segi penggunaan ayat yang gramatis. Padan lah seorang penulis yang terkenal... Hurm... sepatutnya kan generasi zaman sekarang perlu menerapkan nila-nilai sebegini dalam diri. Dengan menulis segala isi hati yang terbuku boleh di muntahkan ke atas tinta yang sudi menahannya.. =)

    -Shahmi-

    nurAddin says:

    amboi naz..jahat sungguh kamu ye..hehe..waa..sedih2..asrar my twin..!!

    CZB says:

    salam shahir...tahniah...asrar sori..i muda lg time tu,bkn i x setia aww...hehe..
    tenks shahir coz sudi letakkan nme lan sbgai watak..lawak lak bile bygkan lan camtu...
    papepon lan akan terus sokong shahir..

    Anonymous says:

    . macm kish ak jew :(
    . sadnyew . nie apsal gune lgu shahir nie ?
    . hha :) nice w0rk br0 .
    . ble na bt kn watak ak plak ?

    izatie3794 says:

    WELL DONE!!

    asrar says:

    assalamu'alaikum...
    wah shahir..huhu
    terharu dgn azie...dia bntu asrar..^_^

    ada smbgn kan..?
    asrar tggu hehe...
    macam thu2 je asrar suka nm wardatul..^_^

    haha lan..kecik ke?lalala~
    asrar tggu PAM pulak...
    mabruk Shahir..wat yg terbaik...

    Shahir says:

    @Naz, thx very much kerana sudi membaca dan hulurkan komen. :)
    @Memey,hehe. Terima kasih. ;) Eh, nak amik? Amiklah. haha
    @Shahmu, tidaklah. Saya masih baru juga, tidaklah terlalu gramatis. Masih belajar, anyway terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang tidak seberapa ini.
    @Kak Addin, hoho. Dia mmg. hehe. ;)
    @Lan, Terima kasih. ;) Sama2 gak. haha. Yep! Teruskan! hehe
    @Anonymous, hehe. Saje.. ambil ilham. :)
    @Izatie, tqq.=D
    @Kak Asrar, wassalam. Terharu? hehe. =D. InsyaALLAH ade. Tajuk sementara = Kusut Tak Terlerai. Insya-ALLAH akan buat. huhu... Tahulah.. Tengok kat blog. Hoho! Sila-sila, tunggu PAM. ;) Erk, mabuk? hahaha.. hoi hoi hoi. hahahaha

    azie.... says:

    hehe....
    bezzz....
    sambung shah...

    Asrar says:

    Shahir...
    bila nk sambung KDP???
    rindu la huhu...^_^

    even byk cerpen lain,tp still setia kat cerpen ni hehe...

    Wardatul Asrar Afiqah huhu

    p/s:xkisahlah watak asrar dh xmnonjol pun hee~

    comiez says:

    kejam cam bwg mrh si naz ni.geram tau,wat malu kaum jer.yg lelaki cm ketam 2-2 nk sepit.membako drh jewwww...cian tul kt heroin 2..isk..iskkkk

    wahida,, says:

    Assalamualaikum,,emm cerita yg menarik,,

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!