Sepiku Disini 2
4:17 AM
Shahir
02
FYRUL meletakkan basikalnya ditempat biasa. Iaitu bersebelahan dengan pokok kayu Ara yang ada betul-betul di hadapan rumah guru berhampiran dengan kawasan sekolah. Selesai mengunci basikal, dicapai beg sandangnya lalu disandang pada bahu. Buku teks Matematik Tambahan yang diberi pinjam oleh pihak sekolah didakap di dada. Dia mula menyusun langkah menuju ke kelasnya.
Keadaan jalan utama sekolah ketika ini agak sesak dek kenderaan ibu, bapa dan penjaga yang menghantar anak jagaan masing-masing untuk ke sekolah ini. Fyrul menoleh ke kiri dan ke kanan sekilas sebelum dia melintasi jalan menuju ke arah perpustakaan. Selepas melepasi perpustakaan dia melintasi kawasan bilik guru pula untuk menuju ke kelasnya yang berada di blok Gigih yang bersebelahan dengan blok kantin.
Semasa dia melintasi kawasan Taman Herba, dia terlihat seseorang dibawah pohon jambu air yang bersebelahan dengan pokok kayu manis. Seorang budak lelaki sedang duduk mencangkung di bawah pokok itu. Keadaan Taman Herba itu agak sunyi kerana kawasannya yang agak manjauh dari blok kelas. Fyrul memanjangkan leher cuba mengecam siapa budak lelaki itu.
Fyrul mula rasa ingin tahu. Dia ingin tahu, apa budak lelaki itu sedang lakukan di bawah pokok jambu air yang sedang lebat berbuah itu. Banyak buah-buahnya yang merendang sudah masak dan ada yang sudah membusuk di atas tanah tanpa ada yang memetiknya.
Fyrul memberanikan diri melangkah menghampiri budak lelaki itu. Selepas lima langkah ke depan, dia dapat melihat budak lelaki itu dengan jelas. Dengan pelahap budak lelaki itu memakan buah jambu air yang ada di tangannya. Fyrul berkerut dahi melihat budak lelaki itu. Seolah dia kenal.
“Ya-ALLAH Idham. Apa kau buat kat sini?” Tanya Fyrul bila melihat budak lelaki itu adalah Idham. Rakan sekelasnya.
Idham terkejut bukan kepalang. Lekas dia bangun dan menoleh ke belakang. Terkejut dengan kemunculan Fyrul yang secara tiba-tiba itu. Jambu air masak yang masih penuh dimulutnya diludah ke atas tanah lalu dia tersengih memandang Fyrul.
“Apa kau buat kat sini?” tanya Fyrul mengulangi semula pertanyaannya tadi.
Idham gugup. Apakah dia perlu berterus terang pada Fyrul? Mulutnya yang masih basah dek air dari jambu air tadi dikesat cepat. Dia masih tergaman dan tidak tahu apa yang perlu dia jawab untuk pertanyaan Fyrul tadi. Bingung sama ada perlukah dia berterus terang atau tidak.
“Kau curi jambu ek?” agak Fyrul sambil menaikkan jari telunjuknya dan digoyang-goyang ke depan dan ke belakang pada Idham sambil memandang dan tersenyum melirik.
Idham semakin serba salah. Dia tidak mahu di anggap pencuri kerana dia bukan seorang pencuri. Apakah dia perlu berterus terang pada Fyrul? Dia mula dirusuh dengan persoalan itu. Bingung sama ada perlu atau tidak dia berterus terang apa sebenarnya telah dia buat tadi.
“Mana ada aku mencuri. Aku makan je buah jambu ni. Dari pada busuk tak di makan. Baik aku makan, tak adalah membazir.” Idham cuba berdalih dan mengharap agar Fyrul mempercayai kata-katanya.
“Kau dah mintak kebenaran ke, nak makan buah jambu kat Taman Herba ni dari Cikgu Busro?” Tanya Fyrul inginkan kepastian sama ada Idham sudah meminta kebenaran atau belum untuk memakan buah jambu air yang tertanam di Taman Herba ini yang telah diusahakan oleh Cikgu Busro.
Idham mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia semakin dihimpit rasa serba salah. Apakah dia perlu berterus terang pada Fyrul? Jika dia tidak memberi tahu Fyrul, takut pula Fyrul akan mengadu pada Cikgu Busro. Apa perlu dia lakukan sekarang? Idham semakin bingung.
“Sah-sah kau tak minta inzin dari Cikgu Busro kan? Kira mencurilah tu. Aku bagi tahu dia nanti.” Fyrul cuba menakut-nakutkan Idham.
“Janganlah!” lekas Idham menahan.
“Kenapa pulak?” Tanya Fyrul beria.
“Aku lapar, sebab tu aku makan jambu ni,” jawab Idham sedih. Disebabkan perutnya betul-betul laparlah dia terpaksa mengisi perutnya dengan memakan jambu air yang tengah masak ranum di Taman Herba ini.
“Kalau lapar kenapa tak makan nasi? Nanti sakit perut baru tahu. Kau tak breakfast ke pagi tadi?” tanya Fyrul ingin tahu. Dia mula perasan wajah sedih mula meyeliti wajah Idham yang putih melepak itu.
Idham gugup lagi. Apakah perlu dia berterus terang?
“Aku tak sempat nak sarapan pagi tadi. Aku kena hantar adik aku ke sekolah dulu. Kalau aku lambat keluar rumah, aku takut lambat sampai ke sekolah. Sebab tu aku tak sempat nak breakfast,” jawab Idham tersekat-sekat. Dia memilih untuk menipu dari berterus-terang.
“Alah, kalau kau tak ambik breakfast pun tak apa. Kan hari ni ada jamuan majlis perpisahan Cikgu Fauziah waktu rehat nanti kan? Kau boleh makan kat majlis tu?” Jelas Fyrul.
Idham tertunduk. Wajahnya mula mendung. Ada sesuatu yang sedang berselirat dibenaknya ketika ini. Sesuatu yang berat untuk dirungkaikan pada sesiapa.
Idham tiba-tiba tersengih sumbing. Tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku lupalah tentang perkara tu,” jawab Idham buat-buat lupa sambil tersengih sumbing.
“Hisy, orang lain fasal makan susah nak lupa. Kau fasal makan boleh lupa? Peliknya aku dengan kau ni?” kata Fyrul sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Idham memetik lagi sebiji jambu air masak yang berhampiran dengannya lalu digigit rakus buah itu seolah menggigit sebiji buah epal merah.
“Kau tak nak cuba makan jambu ni ke? Manis tau?” Pelawa Idham sambil tersengih-sengih.
“Hisy, tak kuasalah aku nak makan benda-benda yang tak ada permission ni. Haram,” getik Fyrul sambil membentuk-bentukkan bibirnya dan dijeling Idham sinis.
“Rugi tau kalau kau tak makan jambu ni. Nanti kau kempunan.” Idham terus mengusik.
“Ah, sudahlah. Aku nak masuk kelas. Kejap lagi loceng dah nak berbunyi. Yang kau tu tak reti-reti nak masuk kelas ke?” Fyrul menukar topik perbualan.
“Kejap lagi aku masuklah,” jawab Idham sambil menghabiskan saki baki jambu airnya.
“Apa-apa ajelah,” balas Fyrul sambil menjeling pada Idham lalu melangkah menuju ke kelasnya.
“Fyrul nanti!” Idham menahan langkah Fyrul.
Langkah Fyrul terhenti lalu dipalingkan wajahnya memandang Idham.
“Kenapa?” tanya Fyrul sepatah.
“Jangan bagi tahu sesiapa ya tentang aku makan jambu ni?”
“Kenapa pulak?”
“Please…” rayu Idham sayu dan penuh pengharapan. Dia memang tidak mahu orang lain tahu fasal dia telah memakan jambu air di Taman Herba ini.
“Aku perlukan reason…” Fyrul mendesak.
“Please…” rayu Idham lagi penuh sayu di wajahnya.
Fyrul tidak sampai hati melihat wajah Idham yang betul-betul sayu dan merayu agar dia merahsiakan apa yang telah dia lihat tadi. Dia akhirnya akur.
“Okeylah,” getik Fyrul lalu menyambung langkahnya yang tergendala tadi.
Idham lega dan mengangguk perlahan. Sengihannya mula pudar. Lega rasa hatinya. Kalaulah Fyrul tahu hal yang sebenar sudah pasti dia tidak akan melarangnya untuk memakan jambu air yang ada di Taman Herba sekolah ini. Kalaulah dia tahu… Keluh Idham sendirian.
“Woi!” kedengeran suara Cikgu Busro mejerit dari jauh.
Lintang-pukang Idham melarikan diri. Dia tidak mahu tertangkap sebagai pencuri jambu air.
***
FAIZUL dan tiga rakan baiknya sama-sama menukar baju sekolah kepada baju sukan. Subjek pertama mereka hari ini adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Jadi, sudah menjadi kebiasaan, setiap kali subjek itu, budak lelaki kelasnya akan berlawan bola sepak dengan pelajar lelaki kelas sebelah. Walaupun subjek itu hanya memakan masa 45 minit, ianya sudah cukup untuk mencergaskan badan masing-masing untuk pagi itu. Mereka harus menukar pakaian sekolah kepada pakaian sukan seawalnya sebelum subjek itu di mulakan.
Faizul membuka baju sekolahnya di depan cermin yang ada di singki. Sebelum menyarung pakaian sukannya, dilihat sekilas badannya yang mula kekar dihadapan cermin. Walaupun baru berusia 17 tahun, tapi otot badannya sudah memejal dan terbentuk cantik seperti seorang lelaki dewasa yang kerap ke gymnasium untuk membentuk otot. Mungkin disebabkan latihan bola sepak yang kerap setiap petang membuatkan ototnya cepat terbentuk di usianya yang masih muda.
Baru sahaja Faizul ingin menyarung baju sukan ke tubuhnya, tiba-tiba cuping telinganya menangkap bunyi riuh suara budak-budak lelaki dari luar tandas. Dengarnya soalah ada seseorang yang sedang dibuli. Dahinya berkerut dan cuba mengamati bunyi riuh suara budak-budak lelaki itu.
“Woi pondan. Kenapa kau pondan ek?” Kedengaran suara seorang budak lelaki menyebut kata-kata itu lalu kawan-kawannya yang lain terburai ketawa.
Faizul melangkah keluar dari tandas. Dia dapat melihat, adik tirinya sedang dibuli oleh sekumpulan budak lelaki yang ntah dari kelas mana.
“Woi!” jerit Faizul lalu melangkah menghampiri sekumpulan budak lelaki tadi yang sedang galak menbuli adik tirinya.
“Woi budak, apa kau buat ha?” tanya Faizul dengan nada menengking.
“Weh, abang dialah. Weh blah… blah….” Arah salah seorang dari mereka yang yang bertubuh agak gempal. Sudah pasti budak itu adalah ketua kumpulan itu. Faizul beranggapan.
Lintang-pukang budak-budak lelaki itu melarikan diri. Faizul melangkah mendapatkan adik tirinya.
“Kau tak apa-apa ke?” tanya Faizul risau.
Fyrul membetul-betulkan bajunya. Di antara adik beradiknya, yang paling dihormatinya adalah abangnya tirinya itu. Sehinggakan dia terpaksa menundukkan wajahnya tanda hormat.
“Lain kali janganlah lalu jalan ni, sunyi. Nanti kalau kau kena paw, sia-sia je mak bagi duit belanja kat kau. Bagi free-free je pada budak-budak kaki paw tu,” pesan Faizul risau.
“Tadi jumpa kawan kejap kat Taman Herba, alang-alang dah dekat sebab tu lalu jalan ni,” jawab Fyrul sambil menundukkan wajahnya. Dia memang tidak berani ingin bertentang mata dengan abang tirinya itu. Wajahnya seiras wajah ayahnya yang di anggap bengis dan garang. Selain itu, abang tirinya juga seorang yang tegas. Melihatkan Faizul yang masih tidak berbaju membuatkan Fyrul bertambah malu untuk melihat terus pada abang tirinya itu.
“Dah, masuk kelas kau. Lain kali jangan lalu jalan ni sorang-sorang, Bahaya,” pesan Faizul sebelum melangkah kembali ke dalam tandas.
Fyrul mengangguk akur lalu melangkah laju menuju ke kelasnya.
“Apa hal Zul?” Tanya Azri salah seorang kawan baiknya yang turut menukar pakaian di dalam tandas itu.
“Ntah budak mana ntah membuli adik aku tadi,” jawab Faizul lalu di sarung baju sukan tadi ke tubuhnya.
“Adik kau? Fazura ke?” tanya Hafiz pula beria.
Faizul menggeleng sambil membetul-betulkan bajunya.
“Dah tu siapa?” Izwan pula mencelah.
“Adik tiri aku,” jawab Faizul tenang. Kali ini, rambutnya pula dibetul-betulkan agar sentiasa rapi dan kemas.
“Si lembut tu?” agak Azri sambil tergelak seolah memperlekehkan Fyrul.
Faizul merenung sinis pada Azri dibelakangnya melalui cermin.
Azri mengelabah bila melihat dia di renung sinis oleh Faizul di depannya. Jika Faizul merenung sinis, sudah pasti dia tidak suka dengan apa yang telah dia katakan tadi.
“Okey-okey. Aku minta maaf, Adik kau Fyrul ek?” Lekas Azri membetulkan ayatnya tadi sambil memadang wajah Izwan dan Hafiz yang kelihatan sudah mula cuak selepas mendengar kata-kata Azri tadi. Mereka tahu, sesiapa yang mengutuk adik tiri Faizul di hadapannya, pasti Faizul akan naik angin. Jika Faizul sudah naik angin, jangan menyesal jika mendapat tumbukkan padu percuma darinya.
“Cakap tu baik sikit okey? Dia tu adik aku. Walau macam mana pun dia, dia tetap adik aku. Korang jangan nak kutuk-kutuk dia depan aku.” Faizul memang cukup pantang jika ada yang mengutuk adik tirinya di depannya. Sungguh pun adik tirinya itu lembut dan tidak segagah dia. Tiada sesiapa yang berhak untuk mencemuh, mengkeji, mencaci, membuli dan menghina kelemahan adik tirinya itu yang jelas nyata.
“Alah relakslah bro. Abang kadung dia sendiri si Farizal tu pun duk kutuk-kutuk adik dia sendiri depan kawan-kawan dia. Takkan kau yang setakat abang tiri dia sibuk nak pertahankan adik dia kut?” Izwan cuba berseloroh.
“Eh Izwan.” Faizul merenung wajah Izwan sinis. “Kau jangan nak samakan aku dengan si Farizal tu okey? Dia tu tak sedar diri. Adik sendiri tak pandai nak jaga. Walaupun Fyrul tu lembut, dia tetap adik aku walaupun berlainan emak. Aku ada hak untuk melindungi dia.” Faizul memberi amaran dengan nada yang tegas seolah ingin bergaduh dengan kawan baiknya itu.
“Relakslah bro, aku cuma cakap je.” Izwan terus mempertahankan diri.
“Tapi, jangan sesekali kau nak bandingkan aku dengan Farizal okey?” tengking Faizul bengis.
“Dahlah tu. Takkan pasal hal kecik macam ni pun kita kawan-kawan nak bergaduh?” celah Hafiz cuba menenangkan keadaan yang mula tegang.
Faizul mejeling sinis pada Izwan. Terbakar hatinya bila Izwan cuba membanding-bandingkan dia dengan abang tirinya, Farizal yang di anggap sebagai seorang abang yang tidak bemaruah kerana sanggup memburuk-burukkan adik kandungnya sendiri dikalangan rakan-rakannya.
Faizul meregus benci lalu berpaling semula mengadap cermin di singki. Dadanya berombak kencang dek menahan kemarahan yang memuncak. Kata-kata Izwan tadi telah menaikan kemarahannya. Terasa panas mukanya tiba-tiba. Tanpa disedari oleh mereka, segala pebualan mereka tadi telah dicuri dengar oleh Sabrina dari luar yang secara kebetulan melintas dihadapan tandas itu.
Bersambung....
0 Response to "Sepiku Disini 2"
Post a Comment
Jemput komen. Takkan baca je?