Sepiku Disini 1



BAB 01

MAK Jumi membawa seteko air teh O panas yang sudah dibancuh di dapur ke meja makan. Memang sudah menjadi kebiasaannya dia akan menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya.


Mak Jumi melangkah semula ke dalam dapur. Nasi goreng yang sedia terhidang harus dibawa ke meja makan. Hari ini giliran suaminya bermalam di rumahnya. Jadi, dia harus menyediakan serapan pagi sedikit awal dek suaminya perlu ke kebun sebelum pukul lapan pagi. Suaminya sekadar megambil upah memetik buah kelapa sawit orang kampung. Itulah sumber rezeki mereka sekeluarga dan keluarga madunya yang tinggal hanya di hadapan rumahnya sahaja.

Seminit kemudian, suaminya Pak Paad muncul dari bilik.

“Bang, mari sarapan dulu,” pelawa Mak Jumi lembut pada suaminya itu.

Pak Paad hanya merengus kasar mengiakan pelawaan itu. Ditarik perlahan kerusi lalu dihenyakkan punggungnya di atas kerusi itu. Hidungnya dapat menangkap keenakan bau nasi goreng kampung yang membangkitkan selera makannya pagi ini.

“Mana Farizal?” Tanya Pak Paad sambil menyenduk nasi goreng yang masih berasap ke atas pinggannya. Matanya melilau memandang ke arah bilik anak bujangnya itu yang telah pun berusia 17 tahun.

“Kejap lagi keluarlah tu,” jawab Mak Jumi sambil menuang air teh O panas ke dalam cawan Pak Paad.

Pak Paad hanya mengangguk akur. Sikit pun dia tidak bertanyakan fasal anak keduanya bersama Mak Jumi.



“Assalamualaikum Mak, abah. Selamat pagi.” Tiba-tiba muncul anak kedua mereka dari arah bilik.

“Wa’alaikumusalam Fyrul. Mana abang kamu?” Tanya Mak Jumi lalu dituang pula air teh O panas ke dalam cawan anak bungsunya itu.

“Abang? Kejap lagi dia keluarlah mak. Biasalah tu, abang memang lambat sikit bersiap,” jawab Fyrul lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong yang bertentangan dengan emaknya dan jauh dari abahnya. Dia memang takut dengan abahnya yang sentiasa nampak bengis dan garang. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya, sehinggakan abahnya seolah tidak suka padanya. Sejak dari kecil lagi.

“Abah nak pergi kerja ke?” Tanya Fyrul lembut. Telinga cawan dicapai untuk menghirup air teh O panas yang emaknya tuangkan tadi.

“Tak adalah. Aku nak pergi merompak rumah orang,” jawab Pak Saad bernada sinis. Renungan benci menghinggap pandangan Fyrul. “Mestilah aku nak pergi kerja. Kalau aku tak pergi kerja, siapa nak bagi kau makan? Belanja sekolah kau tu semua siapa nak bayar. Kau ke?” Tiba-tiba sahaja Pak Paad naik angin.

Fyrul yang baru ingin menghirup teh O panasnya terhenti dari berbuat demikian. Terkejut dengan makian abahnya awal pagi begini. Tidak menyangka pula, pertanyaannya tadi mengundang rasa marah pada abahnya. Tertunduk dia ketakutan. Dia dapat melihat, abahnya sedang merenung sinis lagi benci ke arahnya.

“Assalamualaikum abah, mak.” Muncul pula Farizal secara tiba-tiba.

Wajah Pak Paad yang bengis lagi marah tadi tiba-tiba berubah mesra dan terukir senyuman girang di sebalik bibirnya tatkala kelibat Farizal muncul.

“Lambatnya anak abah bersiap?” Tanya Pak Paad pada anak sulungnya itu.

Farizal hanya tersengih sumbing lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kosong di sebelah abahnya.

“Biasalah abang tu, bersiap mengalahkan perempuan.” Fyrul mengusik.

“Elleh, nak kata orang, kau tu yang macam perempuan. Lembik, lembut… bluwek.” Ejek Farizal sambil mejelirkan lidah.

“Mak tengoklah abang ni mak. Dia buli Fyrul,” Rengek Fyrul sambil memonyokkan wajah ke arah emaknya.

“Sudahlah tu. Apalah kau orang berdua ni. Pagi-pagi lagi dah bertekak,” balas Mak Jumi dengan nada biasa.

Fyrul menjelirkan lidah pada Farizal tanda mengejek.

“Sudahlah tu!” Bentak Pak Paad pula dengan nada yang tinggi.

“Ha, kau ni Fyrul. Cuba jadi keras sikit. Jangan nak terliuk lentuk macam orang tak cukup tulang. Kau tu lelaki. Cuba buat cara lelaki,” bentak Pak Paad tanpa ada perasaan belas kasihan dan memikirkan perasaan anak bungsunya itu.

“Abang.” Mak Jumi cuba menahan suaminya agar tidak meneruskan kata-katanya. Kata-kata suaminya tadi sudah cukup untuk menguris hati anak bungsunya itu. Dilihat wajah Fyrul mula berubah. Tertunduk tatkala dia diherdik oleh suaminya tadi.

“Fyrul, Farizal. Dah pukul berapa ni? Cepat makan nasi goreng tu, nanti lewat pula kamu berdua sampai ke sekolah.” Mak Jumi menukar topik perbualan.

Fyrul tiba-tiba bangun dari duduk. Ntah mengapa, tiba-tiba seleranya untuk bersarapan pagi, hilang serta merta.

“Kamu nak ke mana pulak ni?” tanya Mak Jumi hairan.

“Nak ke sekolah,” jawab Fyrul lemah. Perasaannya cukup terguris dengan kata-kata abahnya tadi.

“Tak sarapan dulu?”

“Tak apalah mak, Fyrul makan kat sekolah je nanti,” jawab Fyrul hambar lalu disandang begnya kemudian dia melangkah mendapatkan emaknya. Disalam tangan emaknya lalu dikucup mesra. Dia melangkah pula ke arah abahnya.

“Abah, Fyrul pergi sekolah dulu,” pinta Fyrul lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Belum sempat Fyrul ingin mengucup tangan abahnya, lekas-lekas abahnya menarik tangan. Seolah jijik.

Hati Fyrul semakin terguris dengan perlakuan abahnya itu. Bersikap pilih kasih pada anak-anaknya. Di antara empat orang anak-anaknya, dialah yang paling dibenci. Adakah disebabkan dia seorang lelaki yang berperwatakan lembut dia dibenci oleh abah kandungnya sendiri? Persoalan itulah yang masih tidak terjawab sejak dia bisa memahami kata-kata.

Fyrul akur lalu dia melangkah ke muka pintu untuk menyarung kasut sekolahnya.

“Marajuklah tu. Sikit-sikit nak merajuk. Dah macam perempuan,” sindir Pak Paad sengaja dikuatkan nada suaranya.

“Hisy abang ni, tak baik cakap macam tu. Kecik hati budak tu nanti,” tegur Mak Jumi dengan nada berbisik pada suaminya sambil mengerling ke arah anak bungsunya yang sedang menyarung kasut di muka pintu.

“Biarlah dia nak kecik hati ke apa. Biar dia sedar sikit. Dia tu diciptakan sebagai lelaki. Bukannya perempuan. Lelaki buatlah cara lelaki. Ini tidak, jalan berlenggang. Lembut macam sotong. Lelaki apa namanya tu?” Pak Paad sengaja meninggikan nada suaranya. Sengaja menyindir anak bungsunya.

“Apa abang ni. Tak baik cakap macam tu. Sungguh pun dia begitu, dia tu anak kita tau?” Semplak Mak Jumi mengingatkan dan cuba membela anak bungsunya.

“Anak kita? Dia tu anak awak je. Sahlah, spesis budak tu datangnya dari keturunan awak. Bukan keturunan saya.” Pak Paad mula menyalahkan Mak Jumi atas apa yang telah dikurniakan kepada mereka. Kejadian anak bungsunya bersama Mak Jumi yang sudah berada di tingkatan empat itu sedikit pun tidak dihargai. Malah terus dicampak-campakkan perasaan anak bungsunya itu tanpa memikirkan kesannya.

“Apa abang ni? Setiap kali abang balik rumah ni, mesti nak bertekak fasal hal ni. Semua ni tak ada kaitan dengan keturunan tau bang? Ini semua kehendak ALLAH. Kita sepatutnya terima dan redha. Dan yang paling penting kita kena didik dia sebaiknya.” Mak Jumi mula berang bila suaminya mula menyalahkannya atas apa yang telah dianugerahkan pada mereka.

“Dalam keturunan aku, tak ada yang dapat anak lembik macam si Fyrul tu tau?” Pak Paad menyindir lagi.

“Abang ingat dalam keluarga saya ada ke yang macam tu?” Mak Jumi terus mempertahankan maruah diri. Terlupa akan anak bungsunya yang masih di muka pintu rumah dan anaknya itu sedang mendengar pertengkaran antara dia dan suaminya.

“Mana aku tahu. Apa yang pasti, dalam keturunan aku memang tak ada yang lembut macam anak kau tu.” Pak Paad menjuihkan bibirnya ke arah Fyrul di muka pintu.

“Buktinya anak-anak bini nombor dua aku tu, si Timah. Anak sulung dia si Faizul tu tegap, keras dan sasa. Wakil sekolah dalam bola sepak. Adik dia si Fazura tu, betul-betul perempuan. Cantik lagi macam emaknya. Mana ada yang lembut macam anak kau tu?” Pak Paad terus membanding-bandingkan antara anak-anak isteri keduanya dengan anak bungsunya bersama Mak Jumi.

“Alah abang tu, cakap jelah abang nak memuji maknya. Tak perlu nak babitkan anaknya pulak,” sindir Mak Jumi sambil menjeling sinis pada suaminya. Benci bila mendengar kata-kata suaminya. Semenjak berkahwin dengan Timah 18 tahun lalu. Asyik Timah sahaja yang betul baginya. Dia? Semuanya serba tak kena.

“Eh, awak tu sepatutnya berterima kasih dengan si Timah tu tau? Kalau tak kerana aku kahwin dengan dia. Tak beranaklah kau tu sampai sekarang.” Pak Paad terus mempertahankan bini keduanya.

Ya, memang benar kata-kata Pak Paad itu. Hampir lima tahun Mak Jumi dan Pak Paad mendirikan rumah tangga. Tapi masih tidak dikurnikan anak. Pelbagai cara sudah diusahakan. Berurut, bertemu dukun dan membuat pemeriksaan di hospital. Keputusan pemeriksaan di hospital menunjukkan dia tiada mengalami masalah kemandulan. Begitu juga dengan Pak Paad. Keduanya subur. Cuma rezeki masih berlum tiba. Sehinggalah selepas Pak Paad bernikah dengan Mak Timah, barulah Mak Jumi boleh mengandung.

Mak Jumi merengus benci sambil menjeling sinis pada suaminya. Malas untuk bertegang urat dengan suaminya lagi. Takut semakin bertambah dosanya nanti kerana melawan cakap suami. Air teh O panasnya dihirup perlahan-lahan.

“Kamu dah siap Fariz?” Tanya Pak Paad kepada anak sulungnya.

“Dah abah,” jawab Farizal tergetar-getar. Pertengkaran mulut antara emaknya dan abahnya tadi membuatkan dia terdiam sedari tadi. Tidak berani untuk mencelah.

“Kalau macam tu cepat pergi sekolah. Nanti terlambat pulak,” pesan Pak Paad lagi.

Mak Jumi merengus kasar sambil menjeling sinis pada suaminya. Benci melihatkan sikap pilih kasih suaminya itu.

Fyrul yang sedang mengikat tali kasut di muka pintu terus menahan sebak. Sebak bila dirinya terus disisih oleh abah kandungnya sendiri. Air matanya ditahan-tahan dari terus mengalir. Apakah kelahirannya di dunia ini telah menyusahkan abahnya? Bukan dipinta dilahirkan sebegini. Hati Fyrul semakin dirundum rasa sedih dan pilu yang teramat sangat.

“Hai pakai kasut dari tadi tak siap-siap? Kau ni memang dasar lembablah. Ingatkan lembut je. Rupanya lembab jugak?” tiba-tiba suara Pak Paad datang menyergah. Terkejut Fyrul dibuatnya.

“Tepilah,” bentak Pak Paad sambil menolak anak bungsunya itu dengan kaki. Hampir tergolek Fyrul ke lantai anjung.

“Abang!” Bentak Mak Jumi dari dalam rumah. Lekas dia melangkah mendapatkan anak bungsunya yang telah terduduk di atas lantai.

“Huh, baru tolak sikit dah nak tergolek. Tak ada daya kekuatan langsung,” sindir Pak Paad sinis lalu menunggang motor kapcainya. Dijeling sinis pada Fyrul benci. Ntah mengapa, hatinya terasa meluat setiap kali melihat anak bungsu bersama isteri pertamanya itu.

“Sabar jelah Fyrul. Abah kau tu memang macam tu.” Mak Jumi cuba menenangkan perasaan anak bungsunya yang jelas sedih di dalam pelukannya.

Motor Pak Paad mula bergerak meninggalkan kawasan rumah. Mak Jumi dapat melihat, suaminya itu menyinggah ke rumah madunya terlebih dahulu sebelum ke kebun.

“Mak, Fariz pergi dulu,” pinta Farizal lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan emaknya. Kemudian, tangan emaknya dikucup perlahan.

“Fariz, tunggulah adik kamu ni. Kamu sebagai abang, jagalah adik kamu ni?” Pesan Mak Jumi pada Farizal.

“Alah mak ni, Fyrul tu kan dah besar. Tahulah dia jaga diri,” rungut Farizal sambil mencapai basikal BMXnya. Wajahnya jelas bersungut.

“Apa salahnya kamu pergi sekolah sama-sama. Sekurang-kurangnya kamu boleh tengok-tengokkan adik kamu ni sekali.” Mak Jumi memesan lagi.

“Tak naklah, nanti budak-budak sekolah Fariz nampak, semua mengata Fariz sebab jalan dengan budak lembut,” sungut Farizal lagi.

“Fariz!” Tengking Mak Jumi. Kata-kata Farizal itu di anggap melampau. Sikit pun tidak menjaga hati Fyrul.

“Dahlah mak. Fyrul boleh pergi sekolah sendiri.” Fyrul menahan emaknya dari terus memarahi abangnya. Dia tidak mahu disebabkan dia, hubungan keluarga mereka berpecah-belah. Dia sedar dia tidak sempurna seperti anak-anak abahnya yang lain.

Farizal terus mengayuh basikalnya laju. Pesanan emaknya tadi sikit pun tidak di endahkan.

“Fariz!” Panggil Mak Jumi kuat. “Betuah punya anak. Aku suruh dia jaga adik dia ni, dia boleh tinggalkan pulak?” Rungut Mak Jumi sambil memandang Farizal yang kian manjauh.

“Tak apalah mak, Fyrul boleh pergi sekolah sendiri. Hari-hari Fyrul pergi sekolah sendiri, tak ada apa-apa pun yang jadi?” Pujuk Fyrul cuba meyakinkan ibunya bahawa dia boleh menjaga dirinya sendiri.

Mak Jumi memandang anak bungsunya itu sayu. Sedih melihatkan nasib yang telah menimpa anak bungsunya itu. Sejak kecil lagi, suaminya sedikit pun tidak pernah suka padanya.

“Sabarlah Fyrul. Abah dengan abang kau tu sama je.” Mak Jumi cuba memujuk.

“Fyrul tak ambil hati mak. Mungkin dah nasib hidup Fyrul terus dicaci, dihina dan dibenci oleh abah dan abang kandung sendiri,” jelas Fyrul bernada hampa. Dia pasrah dengan ketentuan hidupnya.

“Sabar ya nak. Mak selalu sayang kamu. Mak tak akan sesekali membenci kamu. Percayalah nak,” pujuk Mak Jumi hiba lalu memeluk Fyrul. Air mata seorang ibu menitis juga bila melihatkan nasib anak bungsunya itu.

Buat seketika mereka berdua berpelukkan.

“Okeylah mak, Fyrul nak pergi sekolah dulu,” pinta Fhyrul tiba-tiba.

Mak Jumi akur. Pelukkan dileraikan. Tersenyum memandang Fyrul. Perlahan dahi anak bungsunya itu dikucup.

“Mak, Fyrul bertolak dulu,” pinta Fyrul lagi lalu bersalaman dengan emaknya. Tangan emaknya dikucup lembut. Sopan perlakuannya.

“Kamu tak bawa bekal ke hari ni? Mak tengok, kamu dah masak sambal sotong pagi tadi. Biasanya kamu akan bawa nasi lemak dengan sambal sotong tu kan? Kenapa tak buat nasi lemak pagi ni?” tanya Mak Jumi kehairanan. Kebiasannya, anak bungsunya itu pasti akan membawa bekal ke sekolah. Nasi lemak dan sambal sotong yang dimasaknya sendiri. Hari ini tidak pula. Dia menjadi hairan.

“Hari ni kat sekolah ada jamuan perpisah cikgu Fauziah. Kalau Fyrul bawak bekal, tak termakan pulak bekal Fyrul tu nanti,” jawab Fyrul jujur.

“La, ye ke?” Akur Mak Jumi sambil tersenyum.

“Fyrul pergi dulu ya mak?” pinta Fyrul lalu memasukkan beg sandangnya ke dalam bakul basikal. Dengan perlahan dia mula mengayuh basikal menyusur keluar dari perkarangan rumah. Sempat dia melambaikan tangan pada emaknya tanda selamat jalan.

Mak Jumi memandang sayu ke arah anaknya sehingga kelibat anaknya hilang dari pandangan mata. Sedih bila memikirkan nasib yang telah menimpa anak bungsunya itu. Kasihan melihatkan keadaan Fyrul yang selalu sahaja disindir oleh suaminya sendiri disebabkan kekurangannya.

Mak Jumi mengeluh berat. Pasrah dengan kehendak ALLAH. Mungkin apa yang berlaku salahnya juga. Semasa mengandungkan Fyrul dulu, dia mengharap sangat agar bayi yang di dalam kandungannya itu adalah bayi perempuan. Bila bayinya dilahirnya, dugaannya jauh meleset. Bayinya adalah seorang bayi lelaki. Mungkin disebebkan itu agaknya, anak bungsunya itu berperlakuan lembut. Sekejap kemudian dia melangkah semula ke dalam rumah.





Bersambung...

6 Response to "Sepiku Disini 1"

  1. dAiEnG says:

    nih ada sambungan x? kalu ada info2 k...coz guyna bab2 nih..mestiu ada kan?
    kalu ada pasti menarik sangat! waahhhh...

    Shahir says:

    Memang ada sambungan Daieng. ;D

    dAiEnG says:

    besh gilew....cerita cm nih lah baru menyetap jiwa ku...
    rudy ko memang hebat lah!
    citer ala2 sutun giteww hahahhaha...
    dah lama aku x jumpa "adik" ntah apa khabar dier agaknyer..huhuuuh...
    tetibe rindu pulak!

    dAiEnG says:

    thanz shahir..paksa2 ckit si rudy tuh so bagi entry cepat2 kekekekekeke...
    besh shahir....bakal terkenal lah blog kamu nih nanti... :)

    liena jasni says:

    bez la citer n rudy...title citer pun dah wat liena terpikat

    best gitu.... seperti biasa... karya seorang diva
    caiyokkk

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!