10 Petua Untuk Siapkan Novel
1:58 PM
Shahir
1. Tentukan masa utk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tnggjwb bila masa solat tiba. Begitulah tnggjwb memenuhi waktu menulis. Masa yg sesuai yg dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (mcm yg saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yg anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dgn kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan utk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sgt cinta...?
2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dgn sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.
3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) ttp sama.
4. Jgn tergugat melihat skrin computer anda yg kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir ttg salah ejaan, salah tata bahasa dll lain2, krn itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yg penting ceritanya dulu, biar mengalir mcm sungai. Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dgn imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.
5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yg anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dlm tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jgn ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.
6. Jgn berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ked lm jiwa watak-watak utama yg menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak2 tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak2 utama anda dgn mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dlm proses penciptaan kreatif anda nanti.
7. Berkaryalah tentang sesuatu yg anda suka, ini utk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.
8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat2 anda. Mana yg tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda.
9.Jangan ragu2 meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku2 secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dgn si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan? Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?
10. Hanya anda yg boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yg memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yg paling baik, adalah dgn menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir...
Kredit: Blog Sastera
when it happen... it just happen!
bergunakan tips ni? hehe