Bila Harus Memilih 2
12:09 AM
Shahir
RUDY Riskandar bin Azman Chong. Di lahirkan pada 1 April 1986 di sebuah kampung yang terletak di pekan kecil yang diberi nama Pekan Parit Sulong di Batu Pahat Johor. Anak ke lima dari enam beradik yang kesemuanya lelaki ini memiliki wajah persis lelaki Cina. Seiras dengan wajah emaknya yang berketurunan Jawa dan abahnya pula berketurunan Cina.
Sungguh pun begitu, sedikit pun Rudy Riskandar tidak reti berbahasa Jawa atau Cina walaupun emak dan abahnya sering menggunakan ke dua bahasa itu dalam perbualan mereka seharian ketika di rumah. Dia lebih selesa berbasa Melayu pasar. Bahasa keturunan keluarganya itu hanya bisa sampai sehingga generasi emak dan abahnya sahaja. Sampai saja padanya, langsung tidak dimahirkan. Malahan dia tidak berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam bahasa ibundanya itu.
Rudy Riskandar dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dia dibesarkan dengan rezeki hasil dari abahnya memetik buah kelapa sawit di sebuah ladang milik seorang Cina di kampungnya. Selain emaknya mengambil upah mencucuk tanam dan menoreh getah. Sungguh pun kehidupan mereka perit. Tapi sedikit pun dia tidak pernah kekurangan kasih sayang dari ahli keluarganya yang lain.
Sejak umur lima tahun lagi dia sudah ditinggal-tinggalkan oleh emaknya. Di tinggalkan untuk mencari pendapatan lebih dengan bekerja di sebuah kilang biskut di Kawasan Perindustrian di Tongkang Pechah, Batu Pahat sehinggalah kini. Abahnya yang telah bersara tetap mencari rezeki untuk menampung keluarganya dengan bekerja di sebuah kilang kelapa sawit sebagai pengawal keselamatan. Bila dikenangkan keperitan emak dan abahnya mencari rezeki untuk membesarkan dia enam beradik, bisa membuatkan air matanya menitis sendiri. Terharu dengan pengorbanan emak dan abahnya menyara mereka berenam.
Antara dia dan abang-abangnya yang lain, hanya dia sahajalah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej. Abang sulung dan keduanya hanya sekadar tamat SPM sahaja. Abangnya yang ketiga, hanya sekadar melepasi SRP. Abangnya yang keempat pula boleh dikatakan bernasib baik juga, kerana berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Perindustrian di Muar dalam bidang kimpalan. Walaupun hanya sekadar Sijil, pekerjaan yang dia lakukan sekarang sudah boleh di anggap lumayan gajinya.
Dan dia pula kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Awam. Tidak terlintas pun sebelun ini untuk menyambung pelajarannya dalam bidang itu. Dia lebih cenderung untuk menyambung pelajarannya dalam bidang rekaan dalaman. Malangnya, rezekinya tidak ke arah itu. Dengan terpaksa dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang yang lebih popular dengan panggilan Civil Engineering dikolejnya kini.
Adik bongsunya pula sudah menemui tuhan sepuluh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Adiknya telah di langgar lari semasa melintas jalan pulang dari sekolah. Kepergian adik bongsunya yang amat dia sayangi itu amat dirasai sehingga kini. Dia terlalu sayang pada adiknya. Sehingga kini, memori bersama adiknya terus segar di dalam mindanya.
Selain aktif dalam sukan olahraga, dia juga aktif dalam sukan bola sepak semasa di sekolah menengah dulu. Dia telah banyak kali mewakili sekolahnya untuk kejohanan bola sepak yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah, MSSD, sukan negeri dan banyak lagi pertandingan seumpamanya. Banyak kali jugalah kumpulannya menyandang gelaran juara. Pelbagai pingat telah diraih melalui sukan itu dan telah di simpan dalam satu almari khas di kampung.
Ke mana pun dia berada, gambar keluarganya pasti akan sentiasa tersisip di dalam dompet duitnya. Tika rindu, gambar itulah yang akan ditatap. Tiada yang lebih bermakna di dalam hidupnya selain ahli keluarganya.
“Hai, menung jauh nampak? Rindu mak kat kampung ke?” Tiba-tiba Fhysal menerpa lamunannya.
Rudy Riskandar lekas mengesat air matanya. Tidak mahu kesedihannya disedari oleh Fhysal yang sedang kusyuk mengadap skrin laptop.
“Tak adalah.” Rudy Riskandar menipu. Pada hakikatnya dia memang merindui emaknya dan ahli keluarganya yang lain. Apakah yang sedang mereka buat di rumah ketika ini agaknya?
Ini kali kedua dia berjauhan dengan keluarganya. Kali pertama adalah sebulan lalu bila dia perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Membina Semangat, Sekakap Mersing. Ingat lagi diketika itu, jiwanya sering bersedih bila teringatkan emak di rumah. Maklumlah, sejak kecil dia memang manja dengan emaknya. Jadi, bila berjauhan dengan emaknya dalam jarak masa yang panjang, hatinya sering memberontak kerinduan. Kadang kala dia terpaksa melepaskan tangisan kerinduannya di dalam bilik air sendirian dek malu jika dipandang orang.
Rudy Riskandar tergelak kecil bila mengingatkan memori itu. Dari pengalaman menyertai PLKN itulah dia bisa mengawal rasa rindunya pada keluarga di rumah ketika ini. Kerinduannya tidak sekuat semasa di PLKN dulu.
“Hai, ketawa sorang-sorang pulak? Kau dah tak betul ke? Ingat makwelah tu.” Usik Fhysal sambil tergelak-gelak.
“Hish, ke situ pulak. Aku mana ada makwe.” Lekas Rudy Riskandar menyangkal. Sejak dia dilahirkan, dia belum pernah memiliki pacar. Bukan dia tidak mahu, tapi hatinya belum bersedia untuk berkasih sayang dan saling memberi kasih dan cinta pada sesiapa selain kepada keluarganya sahaja.
“E’leh, sudahlah kau. Budak macho… handsome… dan budak sport macam kau ni tak ada makwe. Tipulah!” Fhysal tidak percaya. Dijeling sinis pada Rudy Riskandar sekilas sambil membentuk-bentukkan bibirnya lalu kembali mengadap skrin laptopnya.
Rudy Riskandar bangun lalu dia merebahkan tubuhnya di atas tilam. “Lantaklah, kau nak percaya atau tak.” Jawabnya nak tak nak. Malas untuk dia mendebatkan hal itu. Apa yang diberi tadi adalah jawapan jujurnya. Malas dia ingin menyakinkan orang yang tidak mahu percayakan jawapannya.
Sudah sebulan dia berada di kolej ini, barulah dia tahu personaliti sebenar Fhysal, rakan sebiliknya itu. Akhirnya, perangai budak ‘lelaki lembut’ Fhysal terserlah juga selepas dia penat berlakon ‘macho’ sepanjang dua minggu pertama di kolej ini. Dia tidak kisah berkawan dengan insan seperti Fhysal. Semasa di sekolah menengah dan di PLKN dulu pun, dia sering dikelilingi oleh rakan-rakannya yang seperti Fhysal.
Padanya, insan-insan ini sama sahaja seperti rakan-rakan lelakinya yang lain. Cuma mereka lebih berpersonaliti lembut, menjaga penampilan dan hanya suka bergaul dengan kumpulan mereka sahaja. Apa yang pasti, bedak asas, lips balm, dan minyak wangi tidak lekang dalam kehidupan mereka.
Tidak dinafikan, dia juga seorang yang prihatin dengan penampilannya. Kadang kala dia memerlukan masa setengah jam untuk memadankan pakaian yang dipakai dengan seluar dan tali leher. Itu tidak termasuk untuk mengayakan rambut. Jika mandi, selagi tidak melepasi 20 minit, jangan harap dia ingin keluar dari bilik air. Kecuali jika sudah lambat, dalam masa 15 minit pun dia bisa siap semuanya.
Bahang petang menerjah masuk melalui tingkap. Biliknya yang mengadap betul-betul ke arah barat tidak akan pernah tertinggal untuk menerima cahaya terik petang yag sungguh berbahang kecuali pada cuaca hujan atau mendung. Dia lebih gemar berboxer dan bersinglet sahaja jika di asrama.
“Itulah kerja kau, asyik nak membuta saja bila petang-petang ni.” Perli Fhysal dengan suara yang lantang.
“Dah tak ada kelas, bantai tidurlah. Nanti bila dah banyak assignment, tak berpeluang nak membuta. Sementara ada masa ni membutalah puas-puas.” Jawab Rudy Riskandar lalu melelapkan mata. Kipas dinding yang berputar laju tidak terasa dinginnya. Sebaliknya, seolah menghembuskan bahang mentari ke seluruh sudut bilik kecil itu.
Fhysal tidak membidas. Sekadar melewe-lewekan bibirnya sahaja. Malas untuk memanjangkan cerita.
***
TENGKU HASNIA berbaring di atas tilam sambil memeluk teddy bear pemberian ayahnya dua tahun lepas. Pemberian sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 16 tahun. Mindanya jauh menerawang ntah ke mana. Hujung rambut dipintal dan dimain-mainkan dihujung jari. Berfantasi yang bukan-bukan.
“Weh minah, kau berangan ke?” Sergah Natasha yang baru sahaja keluar dari bilik air selepas selesai mencuci muka.
Tengku Hasnia terkejut. Nasib baiklah dia bukan jenis yang melatah. Jika tidak, pasti ntah apa-apa perkataan merapu akan terlontar keluar. Dada di usap perlahan meredakan rasa terkejutnya.
“Woi, kau boleh tak tegur aku baik-baik? Kalau aku ada heart attack tak ke aku dah arwah sekarang ni?” Tengking Tengku Hasnia kasar. Seketul bantal kecil dibaling ke arah Natasha.
Natasha ketawa terbahak-bahak bagai perempuan gila. Bantal dibaling semula kepada Tengku Hasnia. “Kalau kau mati, untunglah aku. Makan free tujuh hari tujuh malam kat majlis kenduri arwah kau.” Seloroh Natasha sambil mengelap wajahnya yang berair-air dengan tuala.
“Tak ada maknanya. Kalau aku mati tadi, aku sms parent aku suruh jangan jemput kau untuk ke majlis kenduri arwah aku.” Bidas Tengku Hasnia sinis.
Natasha tergelak-gelak lagi. “Tak adanya. Masa tu kau dah mati. Tak ada maknanya kau boleh hantar sms. Kalau aku kelentong parent kau yang kau dah wasiatkan semua harta kau pada aku pun, sah-sah diaorang percaya jugak.” Natasha tetap tak mahu kalah. Itulah sikap mereka berdua, masing-masing ingin menang bila bercakap.
Walaupun nada perbualan mereka seolah bertengkar, hakikatnya mereka sekadar bercanda semata-mata. Begitulah perangai Tengku Hasnia dan Natasha sejak di sekolah rendah lagi. Sering bertekak mulut ingin menang dalam bercakap. Natasha adalah rakan baik Tengku Hasnia sejak kecil lagi. Natasha adalah anak Mak Kiah, orang gaji di rumahnya yang telah di anggap seperti anak sendiri oleh kedua orang tua Tengku Hasnia.
Tengku Hasnia pula adalah anak tunggal pada Tengku Iskandar. Sejak kecil Tengku Hasnia telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Sungguh pun dia dilahirkan dalam keluarga yang senang dan berketurunan raja, dia tidak pernah sombong dan bongkak. Padanya manusia ini sama sahaja. Tiada beza di mata ALLAH.
Natasha menghabiskan sisa tawanya lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi belajarnya sambil mengadap Tengku Hasnia di atas tilam.
“Dari tadi aku intai kau, kau asyik mengelamun sendiri je? Siap tersenyum-senyum kambing sendiri lagi. Apa hal?” Tanya Natasha kembali ke pangkal soalan.
Tengku Hasnia tidak terus menjawab. Dia kembali dibuai dengan fantasinya. Terkedip-kedip matanya memandang Natasha seolah seseorang yang sedang dilamun cinta.
“Heh!” Natasha melibas kaki Tengku Hasnia dengan hujung tualanya. Meluat melihat gedik Tengku Hasnia itu.
“Sakitlah!” Bentak Tengku Hasnia sambil menjeling benci pada Natasha.
“Aku tanya kau dah macam aku tanya pada tugu negara pulak. Tak menjawab. Kau bisu ke?” Rungut Natasha bosan menanti.
“Mana ada aku mengelamun. Aku berangan jelah.” Jawab Tengku Hasnia nak tak nak lalu kembali memeluk erat teddy bearnya.
“Samalah tu. Apa yang kau berangan kan?” Natasha beria ingin tahu.
“Hish, buat apa kau nak tahu?”
“Saja suka-suka.”
“Boleh jalanlah.”
“Owh, dengan aku pun kau nak berahsia ek? Tak apa Nia… kalau aku rampas dia nanti, gigit jari kau nanti.” Rungut Natasha benci lalu dia bangun menuju ke kaki katil. Di sidai tualanya di situ.
Tengku Hasnia terkejut seolah terpukul. Terkejut dengan kata-kata Natasha yang merangkap rakan sebiliknya. ‘Takkanlah Tasha nak rampas dia dari aku kut?’ Tengku Hasnia berandaian.
“Weh, janganlah. Aku baru nak kenal-kenal dengan dia. Janganlah potong ‘Q’. Tak bestlah macam ni.” Rungut Tengku Hasnia benci. Benci bila mendengar kata-kata Natasha tadi.
“Aku dah agak dah, mesti kau tengah berangankan Ris kan? Kau suka dia he?” Perangkap Natasha mengena. Akhirnya Tengku Hasnia pecah lubang juga. Lekas dia duduk di sebelah Tengku Hasnia di atas katil.
Tengku Hasnia malu. Malu kerana terjebak dalam perangkap soalan Natasha tadi. Sering kali dia mengalami situasi begini. Susah benar dia ingin berahsia dengan Natasha yang telah di anggap seperti kakaknya itu walaupun mereka berdua tiada setitik pun pertalian darah. Wajah di tutup dengan bantal.
“Eleh, malu-malu konon. Aku dah agak dah, mesti kau dah syok dengan mamat macho tu. Setiap kali terserempak dengan dia mesti kau tegur dia lebih-lebih. Bila dia tegur kau, mulalah kau tak tentu arah.” Perli Natasha yang perasan akan tingkah laku Tengku Hasnia sejak akhir-akhir ini. Sering mengelamun. Jika di dalam kelas. Sering saja mencuri pandang ke arah Rudy Riskandar di meja belakang.
“Ya ALLAH, malunya aku. Pecah lubang aku aku hari ni.” Jerit Tengku Hasnia dari bawah bantal.
“Dahlah Nia. Dari kecik kita membesar bersama. Dah macam kembar. Aku dah dapat bacalah perasaan kau.” Natasha bersuara lagi.
“Ye ke?” Tanya Tengku Hasnia tidak percaya sambil memandang Natasha.
Natasha mengangguk perlahan.
“Ya ALLAH, malunya aku dengan kau. Rasa macam nak je aku terjun kat tasik depan foodcourt tu.” Jerit Tengku Hasnia lagi dari bawah bantal lagi.
“Baguslah. Kalau kau lemas, boleh aku kebas Rudy Riskandar tu.” Usik Natasha sambil bangun dari duduk lalu dia melangkah menuju ke tepi tingkap.
Lekas Tengku Hasnia memandang Natasha di tepi tingkap. “Janganlan Tasha. Aku memang dah syok dengan Ris tu. Aku dah suka dia dulu. Kau jangan nak kacau dia okey?” Tegas nada suara Tengku Hasnia mengingatkan. Seolah memberi amaran.
“Alah, aku gurau jelah. Lagi pun, aku ni tak secantik kau. Aku ni hanya anak seorang pembantu rumah je. Lainlah macam kau, anak Tengku Iskandar. Anak orang kaya.” Luah Natasha rendah diri. Malangnya, kata-katanya itu langsung tidak di dengari oleh Tengku Hasnia. Dapat di lihat, Tengku Hasnia sedang asyik melayan lamunannya. Dia sedar akan hakikat itu. Dia hanya sekadar anak pembantu rumah, dan bukannya seorang yang kaya raya seperti Tengku Hasnia.
Tiba-tiba Natasha terpandang Rudy Riskandar yang memakai t shirt, berseluar pendek, dan berselipar sambil memegang kasut bola sedang melangkah bersama rakan-rakannya yang lain menuju ke arah padang kolej. Pasti mereka ingin bermain bola. Natasha berandaian. Sekejap kemudian dia mengukir senyuman sinis sambil memandang sekilas ke arah Tengku Hasnia yang semakin meleret fantasinya di atas tilam.
***
PINTU asrama diketuk kasar semahunya dari luar. Fakhran yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tersentak. Rasa terganggu dengan ketukkan bertalu-talu itu.
“Siapalah yang ketuk pintu rumah ni macam nak roboh.” Rungut Fakhran lalu bangun dari duduk dan melangkah menuju ke pintu.
Daun pintu dikuak. Tercegat Kushairi di luar asrama yang lebih kepada apartmen itu. Dalam satu asrama ada tiga bilik dan setiap bilik didiami oleh dua pelajar. Jadi, setiap asrama hanya ada enam orang penghuninya sahaja. Dalam satu blok atau bangunan hanya ada enam aras termasuk aras bawah. Dan setiap aras ada empat asrama.
“Aku dah agak dah, mesti kau yang datang. Kalau kau datang mesti nak terkopak pintu rumah ni kau tumbuk.” Perli Fakhran menyampah lalu kembali ke dalam rumah. Pintu di biar terbuka untuk Kushairi masuk. Masak benar dia dengan perangai Kushairi itu. Mengada-ngada mengalahkan perempuan. Semenjak dia berkawan baik dengan Fhysal, asrama ini seolah asrama keduanya. Sedangkan dia tinggal di asrama aras atas.
“Fhysal ada?” Tanya Kushairi kasar.
“Fhysal! Kawan kau datang ni. Cepat ambik dia masuk bilik kau.” Pekik Fakhran yang kurang senang dengan kehadiran Kushiri itu. Nampaknya Kushairi tidak datang sendiri. Dia bawa pula kawan baru ke asramanya. Bertambak kecohlah asramanya tidak lama lagi.
Kushairi terus masuk ke dalam bilik Fhysal, sedangkan kawannya tadi terus sahaja meluru ke ruang tamu.
“Assalamualaikum.” Nasrul Aliff memberi salam hormat.
Fakhran memandang lalu dijawab salam itu.
“Aku Nasrul, kawan baru Kushairi.” Nasrul memperkenalkan diri kepada Fakhran. Tidak sopan pula bertandang ke rumah orang sedangkan isi rumahnya yang lain tidak dihormati. Terlalu biadap berperlakuan sebegitu.
“Aku Fakhran. Panggil je Fakhran.” Jawab Fakhran sambil menyambut salaman Nasrul Aliff.
“Maaflah kalau kedatangan aku ni mengganggu kau.” Pohon Nasrul Aliff serba salah. Melihatkan sikap Kushairi yang agak biadap tadi membuatkan dia malu.
“Tak adalah. Sekurang-kurangnya kau tak macam kawan kau tu. Datang rumah orang tak reti nak bagi salam. Masuk pun tak nak menyapa bebudak dalam rumah ni. Menonong je. Apa dia ingat bebudak dalam rumah ni tunggul ke?” Diluahkan juga apa yang terpendam di dalam lubuk hatinya selama ini.
Nasrul Aliff hilang kata-kata. Ingin di tidakkan jelas terang-terangan Kushiari berperangai sedemikian. Dia hanya mampu mengeluh sambil menjengkitkan bahu sahaja.
“Eh, kau budak mana ek? Ambik course apa kat sini?” Tanya Fakhran sekadar ingin beramah. Melihatkan budi pekerti Nasrul Aliff, dia berandaian, perangainya jauh berbeza dengan perangai Kushairi walaupun perwatakkan mereka hampir sama.
Mendengarkan pertanyaan Fakhran itu, membuatkan Nasrul Aliff ingin duduk di sebelah lelaki itu. Syukurlah Fakhran bisa menerima kehadirannya di asrama ini.
“Aku dari Jahor Baharu. Ambik course civil engineering kat sini.” Jawab Nasrul Aliff ramah selepas duduk bersila di sebelah Fakhran sambil memandang ke kaca televisyen. Siaran Tv3 menjadi pilihan Fakhran ketika ini.
“Fuh-yo, ambil civil. Subjek berat tu.” Bangga Fakhran pada Nasrul Aliff. Padanya, jurusan kejuruteraan awam itu satu kos berat. Banyak kira-kira dan banyak kena ingat rumus pengiraan.
“Kau pulak ambik course apa?” Nasrul Aliff pula betanya.
“Aku ambik bussines je.”
“Nak jadi bussinesmen lah ni ek?” Usik Nasrul Aliff sambil tergelak-gelak. Buat seketika mereka berdua tergelak bersama. Ternyata dia senang berbual dengan Fakhran.
“Nasrul, cepatlah masuk bilik ni. Kau buat apa kat luar tu?!” Pekik Kushairi dari dalam bilik Fhysal.
Naik bingit telinga Nasrul Aliff dan Fakhran dibuatnya. Menyampah pun ada juga bila suara garau Kushairi yang dingada-ngadakan itu berdengung satu rumah.
“Kawan baik kau dah panggil tu. Baik kau masuk, kang tak pasal-pasal dia jadi Incredible Hulk pulak nanti.” Fakhran bersuara.
Nasrul Aliff tergelak-gelak. Kelakar mendengarkan kata-kata kawan barunya itu.
“Okeylah aku masuk dulu.” Pinta Nasrul Aliff sopan lalu melangkah menuju ke bilik dua yang menjadi bilik Fhysal.
“Kau buat apa kat luar tu?” Jerkah Kushairi sebelum sempat Nasrul Aliff memberi salam.
“Assalamualaikum.” Nasrul Aliff memberi salam dengan sopan. Dia perlu hormat bila bertandang ke bilik orang. Tidak manis rasanya main terjah saja. Lagi pun dia masih belum kenal dengan Fhysal.
“Dah, tak payah nak sopan selembut sutera kat bilik ni. Kawan aku ni pun sama je macam kita, sotong.” Bidas Kushairi sambil meliuk lentukkan tangan sambil sebelah tangannya lagi bercekik pinggang.
“Hello, kau sorang je sotong okey? Aku bukan sotong, aku obor-obor.” Celah Fhysal yang kurang setuju dengan gelaran yang telah diberi oleh Kushairi tadi.
Kushairi hanya membentuk-bentukkan bibirnya sahaja. Meluat dengan kata-kata Fhysal itu.
“Aku Nasrul Aliff. Panggil je Nasrul.” Nasrul Aliff menghulurkan tangan tanda perkenalan pada Fhysal.
Salam bersambut dari Fhysal. “Aku Fhysal. F.H.Y.S.A.L. Fhysal. Bukan Pejal okey?” Arah Fhysal bersungguh. Dia kurang suka bila ada dikalangan kawan-kawannya memanggilnya dengan panggilan ‘Pejal’. Pada dia, itu bukan namanya.
Nasrul angguk akur sambil tertawa.
“Eh Kusha, kau jangan nak duduk atas tilam tu ek?” Marah Fhysal tiba-tiba bila melihat Kushairi mula melabuhkan punggung di atas katil rakan sebiliknya.
“Apasal pulak?”
“Itu tilam roommate aku. Tak fasal-fasal tilam dia bau tengit badan kau, aku jugak yang kena marah nanti sebab benarkan kau duduk atas tilam dia.”
“Suka hati akulah.” Kushairi tetap berdegil. Malahan, dibaringkan pula tubuhnya di atas tilam itu.
“Argh!!!” Fhysal menjerit dengan mengepit suaranya. Persis suara seorang perempuan. “Bangun, jangan kau baring di atas tilam bercorak jalur biru muda ini. Bangun cepat!” Pekik Fhysal memberi arahan supaya Kushairi bangun dari terus berbaring di atas tilam itu.
“Apasal pulak?” Kushiri masih tidak mahu bangun.
“Bangun aku kata!” Bentak Fhysal keras. Bengis lagi serius wajahnya memandang Kushairi. Bila di dapati Kushairi masih berdegil tidak mahu bangun dari baring, lekas tangan Kushairi ditariknya. Nak tak nak, Kushairi terpaksa akur.
“Ni apa hal ni? Berebuat katil? Katil kau sebenarnya mana Fhysal?” Tanya Nasrul Aliff pula yang semakin hairan bila melihat gelagat dua kawan barunya itu berebut tilam yang bercadar bercorak jalur biru muda itu.
“Katil aku yang atas. Ni katil rommate kau. Minggu lepas, Kusha bergolek-golek atas tilam ni macam anak badak main lumpur. Rommate aku merungut pada aku sebab tilam dia bau badak Kusha ni.” Jewab Fhysal sambil membetul-betulkan cadar rakan sebiliknya yang sedikit kusut.
“Wah-wah… sedapnya mulut kau mengata aku kan?” Kushairi bengang bila dia di gelar ‘badak’ sewenang-wenangnya oleh Fhysal.
Nasrul Aliff tergelak-gelak kecil melihat gelagat Fhysal dan Kushairi itu. Mulut masing-masing kepoh macam mak nenek.
“Mana rommate kau?” Tanya Nasrul Aliff lalu dia melangkah ke tepi tingkap. Berdiri bersandar mengadap meja belajar Fhysal. Kushairi pula sedang duduk di meja itu sambil mengadap laptop Fhysal.
“Eh, kau tu duduk atas tilam dia tak apa?” Kushairi mempertikai bila melihat Fhysal pula duduk di atas tilam romatenya itu.
“Aku tak apa. Aku romate dia. Lagi pun aku bau wangi. Tak macam kau, bau kepam.” Perli Fhysal sambil menjeling sinis. Meluatnya dengan sikap mengada-ngada Kushairi. Seolah anak manja yang terlalu dimanjakan. Sampai cakap pun nak mengada-ngada.
“Romate aku main bola kat padang.” Soalan Nasrul Aliff tadi baru dijawab oleh Fhysal.
Nasrul Aliff angguk akur. Dikerling jam meja di atas meja belajar rakan sebilik Fhysal. Sudah menunjukkan pukul 7 malam.
“Kusha, dah pukul tujuhlah, jom balik.” Ajak Nasrul Aliff selepas menyedari waktu senja sudah mula membentangkan tikarnya.
“Korang satu rumah ke?” Tanya Fhysal seolah tidak percaya.
“Hish, tak lah. Asrama aku depan asrama Kusha kat tingkat atas.” Lekas Nasrul Aliff menjawab. Dia tidak mahu Fhysal tersalah anggap.
“Eh, kau ambik course apa ek?” Tanya Fhysal lagi sekadar ingin tahu.
“Civil.” Jawab Nasrul Aliff sepatah.
“Kalau macam tu, samalah dengan romate aku. Dia pun ambik civil jugak.”
“Kau ambik course apa pulak?”
“Aku ambik Quantity Surveyor.”
“Samalah dengan Kusha ek?”
Dengan wajah yang meluat, Fhysal mengangguk lemah. Meluat bila dapat tahu dia sama jurusan dengan Kushairi. Dia sedikit tidak senang dengan perangai Kushairi yang gemar tergedik-gedik seolah ingin meraih perhatian semua orang bila berada di tempat awam. Perangainya itu mambuatkan dia yang malu tika berjalan dengan kawannya itu.
“Dahlah, kata nak balik?” Pintas Kushairi lalu meluru keluar dari bilik. Di tinggalnya Nasrul Aliff di situ.
“Dah lama ke kau kenal dengan Kusha tu?” Tanya Nasrul Aliff selepas melihat kelibat Kushairi telah pun keluar dari asrama itu.
“Baru dua minggu, kenapa?” Tanya Fhysal hairan.
“Aku baru kenal dia semalam kat food court. Perangai dia memang tergedik-gedik macam tu ke? Kalau nak tahu? Semalam, boleh tak, dia terpekik-pekik macam orang gila kat food court? Kalau aku, malu siot.”
“Dia memang macam tu, aku pun tak tahulah kenapa dia macam tu. Kekadang, aku malu nak jalan dengan dia tau?”
Mereka berdua sama-sama tergelak. Ternyata mereka berdua kurang senang dengan sikap Kushairi.
“Okeylah, aku nak balik dulu. Nak mandi. Lepas tu nak dinner kat food court.”
“Kau dinner dengan siapa?” Tanya Fhysal.
“Biasanya sorang-sorang. Tak tahulah kalau si Kusha tu nak ikut malam ni.”
“Pergi saing ek? Ada kau best sikit. Taklah asyik dengan Kusha tu aje. Malu siot jalan dengan dia. Suka pekik sana, pekik sini.”
“Okey set. Malam ni pukul 8.30 aku ketuk pintu bilik kau ek?”
“Ala, sms ler. Kan sekarang ni dah canggih.”
“Ops, lupa pulak.” Nasrul Aliff mengeluarkan telefon bimbitnya lalu meminta nombor telefon Fhysal.
“Okey, aku balik dulu okey? Apa-apa hal aku mesej kau nanti ek?”
Fhysal mengangguk akur.
Nasrul Aliff meminta diri lalu melangkah menuju ke muka pintu untuk pulang ke asramanya. Sempat dia menegur Fakhran yang masih mengadap televisyen di ruang tamu sebelum melangkah keluar dari asrama itu. Baru sahaja tombol pintu ingin dicapai, daun pintu itu tiba-tiba terlebih dulu di kuak dari luar. Terkejut Nasrul Aliff dibuatnya.
Muncul seorang lelaki dari luar. “Sorry, sorry. Tak perasan tadi.” Pohon lelaki itu serba salah.
“Tak apa.” Jawab Nasrul Aliff tersipu-sipu. Dia seolah-olah mengenali lelaki itu. Tapi dia terlupa di mana. Langkah terus mendaki anak tangga ke aras atas. Sempat dia mengerling sekilas ke maka pintu asrama Fhysal. Lelaki itu masih berdiri memandangnya di muka pintu. ‘Siapa lelaki tu ek? Macam kenal je.’ Nasrul Aliff tertanya sendirian. Beberapa saat kemudian diabaikan persoalan itu. Malas untuk difikirkan.
0 Response to "Bila Harus Memilih 2"
Post a Comment
Jemput komen. Takkan baca je?