Kasih Tercipta 4



Sebaik sahaja aku sampai di rumah, mama dah tercegat dekat depan pintu dengan pakaian tidurnya. Kemudian aku menyalam mama dan terus masuk ke dalam bilik. Aku mendengar mama menjerit memanggil nama aku dari tingkat bawah.

“Hawa!! Mari turun sekejap...”jerit mama. Aku pun setelah mandi baru aku turun dengan pakaian tidur aku.

“Kenapa ini mama?...”tanya aku.



“Mama nak tanya dengan Hawa ini...”jawab mama dengan perasaan ingin tahu.

“Apa?”tanya aku kembali dengan nada mengantuk.

“Kenapa Hawa tak pulang dengan Hafiz?”tanya mama yang langsung membuat mata aku segar kembali.

“Kenapa dengan Hafiz?”tanya aku kembali dengan penasaran.

“Tadi selepas mama pulang dari Mc Donald’s ke rumah aunty Sal, mama dengan aunty Sal tengok Hafiz bukan main marah lagi. Hawa buat apa dengan dia?”tanya mama lagi.

“Hawa tak buat apa-apa pun. Selepas Hawa makan Mc Donald’s dengan dia, kami berjalan-jalan sekejap, selepas itu dia kata, Hawa tak boleh balik dengan dia sebab dia ada kerja nak buat. Itulah yang Tuan Adam hantar Hawa pulang.”jelas aku.

“Tuan Adam?”tanya mama kembali.

“Hafiz tak cerita dekat mama ke masa nak bawa Hawa pergi jalan-jalan?”tanya aku.

“Tak ada pun... Dia cuma cakap yang dia nak bawa Hawa keluar bersiar-siar dekat sini-sini saja...”jelas mama pula.

“Tak apalah, nanti esok Hawa telefon dia, sekarang sudah pukul sepuluh, Hawa mengantuklah mama, nanti besok nak pergi ke rumah kawan mama, Hawa sudah jalan tak tentu arah.”mohon aku kepada mama.

“Mama nak Hawa telefon Hafiz sekarang juga.”tegas mama.

“Baiklah kalau mama sudah kata begitu.”kata aku yang bangun hendak ke bilik.

“Tapi Hawa tak ada no telefon Hafiz, sebab kami tak sempat nak berbual panjang.”kata aku kembali setelah bersiap-sedia hendak masuk ke bilik.

“Sekejap, mama ambil..”kata mama sambil memasuki ke biliknya untuk menulis no telefon Hafiz. Kemudian mama menyerahkan sehelai kertas putih yang tertulis no telefon Hafiz. Aku pun masuk ke bilik aku.

Aku mencapai telefon bimbit aku lalu mendail nombor itu. Aku mendengar suara seorang lelaki yang menyambutnya.

“Assalammualaikum...”lembut suaranya.

“Walaikumsalam, Hafiz ke tu?”tanya aku.

“Ye saye... siapa di sana?”tanya Hafiz.

“Ini Hawa lah...”kata aku yang hampir tergelak dengan nadanya.

“Owh... Hawa, nak apa?”tanya nya kepada aku dengan suara tak puas hati.

“Kenapa dengan Hafiz ni?, kita baru jumpa tadi dah macam ini pula jadinya...”tanya aku dengan nada geram.

“Apa yang terjadi?”tanyanya pula dengan nada serius.

“Tadi mama Hawa cakap Hafiz balik dengan keadaan geram semacam, itu yang mama suruh Hawa telefon.”kata aku.

“Tak ada apa-apalah, Hafiz cuma pening sedikit tadi.”katanya. Aku dengan tak puas hati terus memujuknya.

“Kenapa ini sayang... Hawa cuma nak tanya kenapa Hafiz jadi begini...”kata aku mendengar tawanya berbunyi sejak aku panggilnya sayang.

“Sejak bila panggil Hafiz sayang ni? gelilah... tapi sedap juga hati mendengarnya.”kata Hafiz yang sedikit ketawa.

“Hawa bergurau saja tadi... Kenapa Hafiz cakaplah... Kitakan sudah lama kenal, kawan baik pula tu... Luahkan apa yang terpendam dalam hati tu...”kata aku.

“Tapi kalau betul apa salahnya kan... Betul Hawa nak dengar apa yang Hafiz nak cakapkan ini?”tanyanya kembali kepada aku. Budak ni! Aku yang tanya dia, dia tanya aku balik.

“Iyelah cik abang sayang...”kata aku kembali.

“Hawa, naik bulu roma Hafiz dengar Hawa cakap macam itu!...”dengusnya dengan geram.

“Abis tu, dah dari tadi Hawa cakap, Hafiz tak nak bagitahu...”jawab aku kembali.

“Tadi masa kita jalan-jalan dekat tempat itu, Hawa kan pegang lengan Hafiz, habis tu, Tuan Adam tiba-tiba saja marah Hafiz sebab Hawa buat macam tu dekat Hafiz... Rasanyakan, dia suka dekat Hawa lah...”katanya dengan nada nakal.

“Ke situ pulak dia, orang tanya dia apa hal, dia buat orang macam ni pulak.. nanti ada yang kena cubit kang...”kata aku dengan nada geram.

“Okaylah... Tadi Hafiz tipu saja...”katanya dengan selamba sambil ketawa besar...

“HAFIZ!!!!” jerit aku.

“Okey...okey... Hafiz tengok Tuan Adam tu asyik pandang Hawa saja, itu yang Hafiz nak balik tu, biar Tuan Adam kawan-kawan dengan Hawa dulu. Hafiz pun pujuk punya pujuk si Liana tu, dia pun setuju. Itu yang kami pulang dulu...”jelas Hafiz.

“Habis yang Hafiz marah-marah tu kenapa?”tanya aku kembali.

“Hafiz bukan marah cuma pening dengan masalah kerja...”jelasnya lagi, aku tahu yang dia tipu aku fasal perasaannya itu.

“Kalau macam itu tak apalah, Hawa nak tidur dulu ni... Selamat Malam, Assalammualaikum...”kata aku..

“Selamat malam sayang...”usik Hafiz yang terus mematikan telefon sebelum sempat aku menjawab.

Agaknya, apa lagi kejutan yang akan menanti aku besok..

1 Response to "Kasih Tercipta 4"

  1. cepat l0rh samb0ng...hu3..

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!