Kasih Tercipta 2
2:32 PM
Shahir
Sampai sahaja dirumah....
“Hawa kenapa balik lambat sangat????”tanya mama kepada aku di hadapan pintu rumah.
“Hawa tunggu teksi lambat sangat tadi. Mama juga yang kata suruh Hawa balik naik teksi..”jawab aku dengan spontan.
“Siapa yang hantar Hawa tadi?.”tanya mama melihat aku masuk ke dalam rumah.
“Tuan Adam...”jawab aku sepatah.
“Tuan Adam? Siapa dia, Hawa?”tanya mama lagi sebaik sahaja menutup pintu rumah dan mendekati aku yang duduk di sofa rumah.
“Bos Hawa lah mama, mama jangan fikir yang bukan-bukan tau, Hawa dengan bos Hawa tak ada apa-apa hubungan pun.”jawab aku setelah melihat muka mama berkerut.
“Hawa, cuti bila?”tanya mama kembali senyum mendengar jawapan dari aku.
“Hai mama, cuti anak sendiri pun dah lupa?”jawabku dengan nada hendak menyakat mama.
“Mama tanya ini, kamu cuti bila?”tanya mama dengan sedikit nada marah.
“Sabtu dan Ahad lah mama, itulah asyik kerja saja.. sampai anak sendiri pun lupa.”jawabku dengan nada yang merajuk.
“Bagus, nanti hari Sabtu ikut mama pergi ke rumah kawan lama mama, aunty Sal...”kata mama...
“Aunty Sal?”tanyaku dengan nada kehairanan.
“Takkan lah Hawa sudah lupa?”jawab mama kembali.
“Hawa ingat lagi lah, anaknya Hafiz apa khabar mama?”tanya aku.
“Orang cakap fasal mak, dia tanya fasal anak pula... Kak Leha!!”jerit mama kepada kak Leha yang sedang mengemas di dapur.
“Ya Puan..”jawab Kak Leha dengan senyuman.
“Ini, tuan puteri kita sudah pulang, sediakan makanan ya?”kata mama dengan lembut dan senyuman.
“Baik Puan, Hawa nak minum tak?”tanya Kak Leha sambil senyum.
“Tak apalah, Kak Leha, nanti Hawa ambil sendiri.”jawab aku.
“Mama, Hawa naik atas dulu tukar baju ya?”tanya aku sambil bangun.
“Pergilah, puteri mama ni dah bau macam kambing dah...”usik mama sambil hendak mencubit aku, lalu aku tepis.
“Maaamaa....”rajukku yang langsung naik ke atas. Setelah masuk dalam bilikku saja, aku membersihkan diri dan menukar baju lalu kuturun ke bawah.
“Sedapnya bau masakan kak Leha, Kak Leha masak apa ini?” tanya aku.
“Kak Leha masak makanan kegemaran Hawa lah, Nasi Goreng Padprik..”kata kak Leha.
“Wow, lain macam saja makanan hari ini, mama suruh masak ya? Ini mesti nak bodek Hawa kan?”tanya aku.
“Iye, bagaimana Hawa tahu ni?”sahut mama yang baru masuk ke ruang makan.
“Mama nak Hawa buat apa?”tanya aku yang sedikit kehairanan.
“Mama lupa nak beritahu dekat Hawa, hari Ahad pun Hawa kena ikut mama pergi jumpa kawan lama mama...”kata mama dengan nada memujuk.
“Alah mama, Hawa penat lah kalau macam itu, kawan lama mama yang mana?”tanya aku, aku kenal semua kawan lama mama tapi yang satu ini.....
“Mama jumpa dia dekat Mall tadi, masa mama jumpa client ...”jelas mama.
“Nama dia siapa mama, Hawa tak pernah jumpa pun...”kata aku.
“Nama dia, Datin Suraya, panggil aje aunty Su, mama tak jumpa dia lagi masa mama kahwin dengan arwah papa Hawa..”jelas mama. Papa meninggal semasa aku darjah Enam.
“Ow... kita ini asyik berbual saja, makannya belum lagi, Hawa sudah tak sabar nak menjamu selera...”kata aku sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan aku.
“Jadi ke tak jadi ni?”tanya mama.
“Apa yang jadi ke tak jadi ni?”tanya aku.
“Hawa, kan mama dah cakap fasal hari Sabtu dengan Ahad ini, nak ikut atau tak?”tanya mama.
“Jadi lah...”jawab aku sambil memujuk mama yang mukanya mula masam mencuka. Selepas itu, muka mama kembali senyum.
“Alhamdulillah... kenyang nya, mama sudah pukul 10.00 malam ini, jom kita berbual di beranda.”kata aku kepada mama. Sambil mengangkat pinggan kotor ke dapur.
“Jom, tapi sebelum itu, Hawa kena tolong Kak Leha cuci pinggan baru berbual, lagipun mama nak berehat kejap.”kata mama.
“Tak payah Hawa... Hawa pergi berehat, Hawa pun baru pulang kerja kan...”kata Kak Leha yang melihat aku sedang mengemas meja makan.
“Terima kasih Kak Leha...”kata aku.
“Mama jom...”kata aku sambil menarik lengan mama ke beranda. Kami pun berbual soal kerja, soal hati, soal perasaan dan macam-macam lagilah, tiba-tiba mama tanya soalan cepumas.
“Hawa bila nak kahwin?”tanya mama dengan tiba-tiba. Aku terdiam sebentar. Kemudian aku menjawab.
“Tunggu mama kahwin dulu lah...”kata aku sambil mengusik mama.
“Hawa, mama serius ni...”kata mama.
“Kalau ada jodoh, Hawa kahwinlah..”kata aku.
“Hawa itu semakin lama semakin besar, umur Hawa pun dah 23 tahun, kalau tak mencari, jodoh takkan datang tuan puteri oi...”kata mama.
“Mama, Hawa nak beri perhatian pada kerjaya Hawa dulu, mungkin selepas itu baru Hawa kahwin...”jelas aku kepada mama.
“Tapikan...”kata mama terhenti sebaik sahaja aku memangkas.
“Mama, mama tak perlu risau mengenai hal ini lagi, Hawa tahu macamana hendak menyelesaikannya, macam Hawa katakan tadi, kalau sampai jodoh Hawa, Hawa kahwin..”kata aku memberikan mama kepastian.
“Kalau Hawa sudah kata begitu, mama taklah risau lagi, Hawa... mama tidur dahulu ya, mama mengantuklah, besok mama ada mesyuarat dengan lembaga syarikat, mama tidur dulu ya...”kata mama yang terus bangun menuju ke dalam biliknya. Aku pun mengantuk ni, aku tidur dahulu ya... Selamat malam...
hu3....cpat smb0ng ekk
wahh.. Amirul, peminat cerita ni yep? Cerita ni semakin lama semakin menarik n romantik! :D
hurmmm..menarik....
erm..interesting...