Korban Cinta Suci



Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang.Hati Amir dipagut rasa cemas bukan kepalang.Bukan kerana dia terlewat ke sesuatu tempat atau destinasi,tetapi berlaku satu kejadian menimpa buah hatinya.Siapalah tak sayangkan “kekasih” jika sudah 2 tahun berlalu mengikat kasih dalam rumah tangga yang mereka bina sekian lama dulu walaupun tanpa rela hati.Matanya galak memandang pintu yang ditutup rapat.Dihitung satu-persatu saat yang berlalu.Semakin lama rasanya. “Manalah doktor ni tak keluar-keluar.Apa aje yang dibuat” rungut hatinya yang semakin gelisah.

“Awak nak apa lagi??Pergi lah balik sana.Jangan ikut saya.Saya ada meeting lah” Pantas pula ingatan Amir mengimbau apa yang berlaku sebelum kejadian.Bagai sesaat yang lalu. “Saya cuma nak ajak awak makan.Sekarang dah lunch time kan?” Pujuk nya selaku suami.
“Saya tak ada masa lah.Pergi makan dengan orang lain.Saya ada meeting dengan client kejap lagi.Malam saya balik lambat agaknya.Tak payah tunggu saya.”Bidas Anisa,isteri kepada Amir.Kalau ikutkan hati lelakinya,mahu sahaja di tangankan perempuan begini.Egois menguasai diri.Tetapi fikirannya lebih panjang dan matang.


“Kalau ya pun,keluar lah dengan saya sekejap.Saya ada hal nak cakap dengan awak ni.Bukan lama pun.Lagipun,awakkan..”Belum sempat ayat dihabiskan..
“Sudahlah tu.!!Saya dah lambat.”Dengan bersahaja Anisa memasuki ke dalam perut kereta Gen 2 miliknya.Enjin dihidupkan dan ditinggalkannya sang suami terkulat-kulat disitu.Dia amat terkilan dengan sikap Anisa.Memang dia isterinya,namun perkahwinannya bukan atas dasar nama cinta,tetapi atas dasar terpaksa.Terpaksa menuruti wasiat arwah bapa mertuanya,ayah kepada Anisa.Allahyarham mahukan Amir menjadi pemimpin keluarga dan suami kepada anak daranya,Anisa.Sedangkan masing-masing punya pilihan hati sendiri.Semuanya berlaku tanpa rela hati.Walaupun terpaksa menerima Anisa sebagai permaisuri hidupnya,dia akui hanya Anisa perlu disayangi dalam hidupnya kini.Tiada lagi Qistina yang dahulu cinta berputik di dalam satu nama universiti,satu fakulti.Hanya tinggal kenangan sahaja.Itulah pengubat rindu hatinya.
Amir melangkah meninggalkan tapak parkir kereta itu sambil mengenangkan bekas kekasihnya dahulu sambil dipagut rasa terkilan yang amat sangat.Terbayang-bayang diminda wajah Qistina,mengimbau kembali bibit kenangan manis saat mereka masih bersama,namun hilang begitu sahaja apabila gegendang telinganya dapat menangkap bunyi dentuman yang sangat kuat.Nampak gayanya tidak jauh dari situ.Berderau darah Amir apabila melihatkan kenderaan yang amat dikenalinya itu terperosok dibawah lori kontena yang membawa kad muatan dan diheret kira-kira 100 meter dari tempatnya berdiri.Walaupun jauh namun dicam juga kenderaan yang dipandu isterinya sebentar tadi..Sah!!Parah lah isterinya.Longlai segala kudrat Amir mengenangkan peristiwa hitam itu.
Fikirannya kembali ke alam nyata.Alam yang penuh kesuraman.Hidup mesti diteruskan juga walau bagaimana susah pun.Tiada masalah yang tiada penawar.Detikan jam tangan seakan-akan dapat didengari oleh Amir.Setiap detik yang berlalu mempertaruhkan nyawa isterinya.Bersungguh hatinya berdoa agar isterinya itu selamat.
Walaupun rasa sayang isterinya itu bukan miliknya,tetapi sebagai seorang suami dia sedar yang dia haruslah menunaikan tanggung jawabnya kepada si isteri.Itu yang akan dipersoalkan ketika dalam alam kubur nanti.Tetapi terdetik juga dihatinya,sejauh manakah si isterinya mampu dididik menjadi seorang yang akan taat pada suaminya.Rasa takut mulai mencengkam jiwa Amir.Tidak senang duduk Amir dibuatnya.Ke hulu,ke hilir.Amir tak tentu arah.Kotak fikirannya mula menerawang yang bukan-bukan.Segala-galanya difikirkannya.Namun Amir seakan-akan tersedar dari fantasi duniawi apabila telinga menangkap suara yang amat dikenalinya. “Amir!!”Nun jauh dihujung koridor hospital kelihatan seorang wanita separuh umur terkocoh-kocoh berlari anak.Shamsiah,ibu kepada Anisa jelas kelihatan rona merah pada wajahnya.Tahulah Amir yang ibu mertuanya ini amat penat dan risau tentang keadaan anaknya sekarang. “Macam mana Amir isteri kamu?Sudah keluar?Apa doktor kata?Serius ke?”Satu-persatu soalan ! terpacul keluar dari mulut ibu penyayang ini. “Belum lagi bonda.”Lebih senang Amir membahasakan ibu mentuanya ini sebagai bonda. “Mungkin masih check up lagi.Keadaan dia pun teruk juga rasanya.Kemalangan dengan lori.” Jelas Amir sambil jelas diriak wajahnya terdapat rona kebimbangan walaupun dia merana tidak pernah dihargai oleh isterinya sendiri selama 2 tahun mereka hidup bersama.
“Insyallah,isteri kamu tu tak apa-apa lah.Selagi kamu terus berdoa pada-Nya.Lama kamu disini?” “Tak lama sangat bonda,tapi Mir risau yang buatkan jadi lama ni.”Jelas Amir menampakkan kerisauannya.Dia sedar,lambat laun Amir perlu menerima hakikat bahawa Qistina bukan miliknya.Dia perlu membuat keputusan paling pahit dalam hidupnya.Qistina terpaksa dilupakan.Mujurlah Qistina jenis gadis yang amat memahami.Kalau tidak,kemungkinan Amir dimaki hamunnya.Rugi.Sayang seribu kali sayang.Itulah apa yang Amir fikirkan.
“Sabar mir.Bawa bertenang.Kita serahkan ini pada Allah.Hanya Dia je yang boleh bantu kita sekarang.”Hati wanita itu jauh lebih matang dari Amir.Maklumlah,siapa dulu yang makan garam,dialah yang tahu rasa masinnya dahulu. “Macam mana saya nak tenang bonda,hati saya risau.Risau keadaannya.Takut jadi apa-apa pada Nisa.”Lumrah seorang suami yang risaukan isterinya.
“Insyallah,segala-galanya baik saja ya.”Amir ditenangkan oleh seseorang yang jauh lebih tua darinya.Mungkin sebaya ibunya.Diusapkan tangan dibelakang Amir.Niat hati mahu menenangkan hati menantunya itu sedangkan hakikatnya hati sendiri resah.Namun,usapan itu tidak sedikit pun dirasainya.Fikiran Amir jauh menerawang jauh memikirkan apa yang terjadi 2 tahun lepas.Kenangan yang paling suram telah pun tercatat dalam memorabilia hidupnya.
“Nisa dah cakap mak,Nisa tak nak kahwin dengan dia.Nisa ada pilihan hati Nisa.”Kesal Anisa.
“Bukan ini pilihan mak.Tapi pilihan arwah papa Nisa.Nisa pun tau kan,amir tu satu-satunya yang paling rapat dengan papa.Dia selalu jenguk kita.Bukan kita tak kenal dia.Kalau tak kenal,Nisa mungkin ada alasan yang kukuh untuk menolak.”Bidas Shamsiah selaku bekas peguam bela di mahkamah tinggi suatu ketika dahulu.
“Tapi Nisa ada pilihan hati Nisa.Nisa tak cintakan dia.”
“Nisa,cinta ibu bapa lebih berkat.Cinta Allah itu Maha Agung.Cinta manusia fitrah semata.Soal jodoh Nisa tak boleh persoalkan.Lagi pun ini wasiat arwah papa Nisa.”
Diam Anisa apabila terdengar kalimah “wasiat” itu yang terpacul keluar dari mulut bondanya.Dia faham.Wasiat tidak boleh dipermainkan.Perlu ditunaikan.Anisa diam.Diam yang diam.Bungkam.Namun pantas ligat akalnya berfikir,apa yang seharusnya dilakukan oleh dia.Kahwin lari?Oh tidak..Tidak sekali-kali.
“Yalah Nisa.Itukan pesan arwah papa.Tunaikan lah hasratnya.Tak baik tak tunaikan wasiat.Itu hasrat .”Sampuk Ika,kakak sulung daripada 3 orang beradik ini.Seorang lagi Eliana,anak kedua.Sudah berumah tangga dan menetap di Kluang.
“Tapi kak..”Belum sempat pun ayat Anisa disempurnakan,pantas Ika menyelit.
“Sudah..Nisa fikir-fikirkan lah.Yang penting,tak elok bantah wasiat.Nisa pun tau hukum hakam agamakan?Ingat balik..”
“Eeemm..tengoklah.”Jawab Nisa ringkas.Si ibu mulai pening melayan kerenah anak daranya seorang ini.Hanya dia mampu berdoa sahaja memohon petunjuk Ilahi.Solat hajat dan istikharah mengisi ruang malam yang sepi itu.Harapan agar niat hati kesampaian dimakbulkanNya.
……………………………………………………………
Seawal pagi sudah pun Anisa lesap keluar rumah.Jarang baginya keluar rumah selagi tiada perkara penting yang nak diuruskan.Anisa memandu kereta Gen 2 putih miliknya.Dia berhenti di sebuah restoran yang agak mewah lagaknya.Kelihatan seorang lelaki keluar dari restoran itu meninjau-ninjau seakan-akan mencari seseorang.
“Lama dah awak sampai?”Sapa Anisa memulakan bicara apabila Kamarul menarik muka masam.Tahulah dia teman lelakinya ini merajuk.Mengalahkan perempuan saja,desis hati Anisa.
“Alaa,awak ni.Jangan lah buat muka macam tu.Merajuk lah tu.Ish,macam perempuan je.”
“Yela,sapa lah kita ni kan.Kita call banyak kali pun tak angkat-angkat.Mesej tak reply.Busy Buat apa aje lah awak tu.”Nada merajuk Kamarul,kekasih Anisa jelas kedengaran.Sengaja dibuat-buat bagi memancing rasa simpati Anisa.
Lampu merah Kristal berkilau betul-betul diatas meja tempat mereka duduk menunggu hidangan yang dipesan.Kelihatan indah sekali reka bentuknya dan corak ukiran pada dinding-dinding kayu terutama pada pintu kayu dari jenis jati.Caritan silat pada ukiran kayu yang di import itu juga amatlah teliti umpama telitinya hati Anisa menela’ah hati Kamarul.Terfikirkan juga bagaimana mahu menceritakan hal ini padanya.Berat hati kian terasa.Rasa bersalah mula menjala.Bukan kerana mahu menyembunyikan,tetapi mahu berterus-terang.Seiring dengan prinsip mereka,tiada rahsia antara mereka berdua.
“Alaa,janganlah merajuk.Eeemm..Awak..Saya ada benda nak cakap ni.Tapi awak jangan marah ye?”Takut-takut Anisa ingin melancarkan kata-katanya.Setiap bait-bait yang keluar dari mulut Anisa mungkin amat menguris hati kekasihnya itu.Amatlah berat.Bayangkan sekiranya sudah 4 tahun menjalinkan hubungan sejak mendapat segulung ijazah di dalam satu universiti yang sama,satu fakulti yang sama.
“Ai,takkan itu pun awak minta izin?Selalu pakai redah je kan?Hehehe”Itu mungkin hilai tawa Kamarul yang terakhir didengari Anisa.
“Eeemm..macam ni,mak saya dia nak saya..”
“Dia nak awak apa?Sambung belajar?Bagus lah tu..Saya yang support boleh?”Ternyata andaiannya salah sama sekali.Meleset,fikir Anisa.
“Bukan..Eemm..Mak saya..dia dah ada..ada calon suami untuk saya.Bulan depan kami bernikah.”Terketar-ketar Anisa melafazkan ayat itu.Hanya menanti reaksi Kamarul.Namun ternyata benar sangkaannya.Berubah serta-merta air muka Kamarul yang sedikit membujur itu.Tampak tampan walaupun wajahnya sedang murung.Namun kini perasaan Kamarul bukan sahaja murung.Sedih,terkilan,sayu,takut,segala-galanya bercampur baur menjadi satu rasa yang aneh hinggakan terkelu lidahnya membisu mendengarkan kata-kata Anisa yang beru dilafazkan sebentar tadi.
Anisa kelihatannya kini bingung.Benarkah ini tindakan yang benar.Sedangkan bondanya tidak mengizinkan orang luar mengetahui perkara ini.Anisa sudah langgar amanah yang dipikulnya.
“Apa??”Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan Kamarul.
“Iya.Saya tak tipu.Memang betul pun.Mak saya sudah carikan calon untuk saya.Semua ni dah harapan arwah ayah saya.Ini wasiat.Tak boleh dibuat main.”
“Habis macam mana dengan hubungan kita??”Nada Kamarul mula tegang.Dia kelihatannya semacam cacing kepanasan saja.Tak tau duduk diam.Gelisah hati Kamarul.Maklumlah,orang yang kita sayang akan menjadi milik orang lain.Kekal.Sesiapa pun akan kecewa.
“Maafkan saya Rul.Nampaknya saya bukan jodoh awak.Saya tak inginkan perkara ni terjadi tapi ini permintaan arwah ayah sebelum dia pergi dulu.Saya memang terlalu sayangkan awak,Rul.Tapi terimalah hakikat.”Imbauan fikiran Anisa menerawang teringatkan wajah arwah ayahanda nya yang paling disayangi.Ayahnya lah yang paling memanjakannya ketika hayatnya dahulu.Terasa titisan hangat mengalir dipipi Anisa,namun tidak disedari kerana asyik teringatkan arwah.Sayang benar dia dengan arwah ayahandanya.Siapalah tak sayangkan ayah kandung sendiri jika dia lah yang selama ini memanjakan kita.Pasti akan teringat.Kamarul yang melihat situasi Anisa menjadi serba tak kena.Mahu dimarah,tapi melihatkan air mata perawannya menitis,dibatalkan saja niatnya.
“Habis,kita nak buat apa sekarang?Takkan stop macam ni je,Nisa??Dah lebih setahun kita bersama.Macam-macam kita lalui.Susah senang kita hadapi bersama.Saya yang sepatutnya memiliki awak.Bukan sesiapa pun.”Nada Kamarul penuh pengharapan kepada Anisa.Harapan agar bersama.Namun dia sedar,ini adalah wasiat ayahandanya.Berbelah bahagi hati Kamarul.
“Nampaknya kita berhenti setakat ini saja,Rul.Maafkan saya..Maafkan saya sangat-sangat.”Kerana tak mahu hati Kamarul labih luka lagi,Anisa beredar dari restoran itu.Kamarul memanggil Anisa namun tidak sedikit pun menoleh kearahya.Titisan air mata Anisa berguguran.Ketika itu juga,tanpa disedari mereka,ada sepasang mata memerhatikan pertemuan mereka sedari tadi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Jauh ingatan Amir menerawang imbauan kisah lalu.Saat bertentang mata dengan Anisa suatu ketika dahulu.Mungkin ini amat memeritkan untuk menerima orang yang tidak kita relakan bagi kita,namun dia sedar yang dirinya harus menerima keadaan yang telah ditetapkan Ilahi.Anisa isterinya kini.Isteri yang sah.Dia bertanggungjawab atas Anisa.Biarpun tidak dihargai,tidak diambil kisah,Amir tidak peduli akan sakitnya hati diperlaku sebegitu oleh isteri sendiri.Dia faham.Anisa masih belum mampu menerimanya walaupun sudah 2 tahun menjalani alam rumah tangga selaku suami isteri.
“Amir!!,Amir!!”
Terdetak hati Amir mendengar panggilan bonda mertuanya.Sekilas pandangan Amir jatuh ke muka bondanya itu sebelum beralih kearah seseorang lelaki yang memakai pakaian seakan jubah putih yang labuh.Dilehernya terletaknya stetescop yang sering digunakan untuk mendengar degupan jantung pesakit lebih-lebih lagi Amir.Jantungnya bagai mahu pecah saja.Berdebar kencang jantungnya mengepam darah.Tahulah Amir itu ialah doktor yang merawati isterinya.Sudah hampir 2 jam setengah dia menunggu,kini keputusan dinanti penuh debaran.
“Doktor.!!Isteri saya bagaimana??Dia ok doktor??Parah ke??”Tujahan demi tujahan soalan diajukan oleh Amir.
“Sabar Mir.Bawa bertenang.Bawa mengucap.”Tenang air muka Shamsiah memujuk Amir.Sejuk hatinya seketika.
“Bawa bertenang encik.Saya telah cuba sedaya upaya saya.Pelbagai kaedah rawatan saya jalankan keatas isteri encik bagi menyelamatkan nyawanya.Tapi sekarang hanya keadaan dan masa sahaja yang menentukan.Berdoalah pada Allah.Hanya Dia yang mampu menolong.”Terang doktor Iszam.Jelas tertera namanya di tag nama yang dipakainya.
“Tapi keadaannya stabil tak??”Soal Amir tanda hatinya masih belum puas dengan penjelasan doktor Iszam.
“Buat masa ni,keadaannya stabil.Jangan bimbang.Cuma pada masa-masa akan datang,dia perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan.”
“Baik.Terima kasih doktor”Walau pada hakikatnya hati Amir masih tidak puas dengan jawapan itu,namun dia biarkan doktor yang merawati isterinya itu berlalu pergi.Tidak sanggup pula rasanya ingin mendengar penjelasan doktor Iszam itu lagi.
“Sabar ye Mir.Semua ini dugaan Allah ke atas kamu.Allah tidak akan timpakan ujian yang berat ke atas hambanya sekiranya ia diluar kemampuan hambanya itu.Yakinlah dengan Nya Amir.”Wajah yang tampak tenang terpancar jelas di raut wajah bondanya itu.Terfikir juga Shamsiah,adakah ini namanya pengorbanan seorang suami kepada isterinya yang tidak pernah menghargai jasa lelaki ini.Tabah sungguh hatinya walaupun teruk dilukai sebegitu.Amir menanggung derita ini selama 2 tahun.Kalaulah lelaki lain yang bernikah dengan anaknya dahulu,sudah lama anaknya Anisa itu bergelar janda.Namun hati Amir masih utuh ingin memahatkan nama isterinya didasar hatinya sendiri walaupun tanpa rela.Inilah pengorbanan seorang suami.Hanya masa yang bisa menentukan keadaan.
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sejuk mula menjalar menusuk-nusuk hingga ke tulang.Malam itu dirasakan agak berlainan.Seperti ada sesuatu yang membuatkan hatinya sayu.
Anisa mengagahkan diri untuk turun ke tingkat bawah.Langkah diatur menuruni katilnya dengan perlahan.Bisa kesan kemalangan tempoh hari masih terasa walaupun sudah beberapa bulan berlalu.Dikuak daun pintu yang tertutup rapat.Terdengar suara televisyen di tingkat bawah.Tahulah suaminya masih belum tidur.Memang sudah tabiat Amir yang amat gila bola sanggup menunggu hingga jam3 pagi.Namun pelik bagi Anisa.Suaminya tiada di situ.Hanya siaran televisyen yang disiarkan,namun tiada siapa yang menontonnya.Kemana suaminya hilang?Takkan masuk tidur macam tu je.Berbisik sendirian hati kecil Anisa.
Rumah tangga mereka masih seperti dulu.Anisa tetap dingin dengan Amir.Kemalangan dulu mengubah serba sedikit fizikal Anisa,namun tidak langsung mengubah atau menyentuh hatinya untuk menerima Amir walaupun jauh dilubuk hatinya sudah mula menyayangi lelaki itu.Kadang-kadang rasa menyampah pula melihatkan Amir.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Mungkin kerana dia lah punca Anisa hilang kebebasan memilih jodoh,duga hati Anisa sendirian.Sedang dia mengelamun sendirian,dia tetap mencari Amir di pelosok ruang di rumah itu.Entah kenapa hatinya tergerak untuk meninjau bilik ibadat yang disediakan khas untuk solat.Langkah kaki Anisa menuju kearah bilik itu seakan-akan ada sesuatu yang menarik minatnya untuk menuju ke situ.Belum sempat Anisa menguakkan pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu,telinga Anisa menangkap satu suara dari bilik itu.Amat biasa didengarinya.Sah!!Amir berada di dalam,tapi apa yang dia buat??Tak pernah-pernah dia macam ni.Solat apa??duga hati Anisa ingin lebih tahu.!
Anisa memasang telinga.Doa Amir panjatkan kepada Ilahi amat jelas kedengaran dan waras untuk ditafsirkan oleh Anisa.
“Ya Allah,ini kah ujian yang Kau timpakan keatas ku?Atau ini sekadar balasan dosa kesilapan yang aku lakukan dahulu.Jika inilah balasannya,aku redha,ya Allah.Bukakan lah pintu hati isteriku agar dia menjadi seorang isteri yang mithali.Biarlah hanya aku yang menderita,jangan biarkan dia sengsara.Biar aku yang hilang nyawa,asal dia terus ketawa.
Ya Allah,jika pengakhirnya hubungan kami perpisahan,aku relakannya jika ini untuk kebaikan kami,ya Allah.Kau berikan lah kami keredhaan mu.Walaupun hatiku ini cukup derita kerananya,namun tidak pernah pula aku ungkitkan.Berilah dia petunjuk ya Allah.Sesungguhnya Engkaulah satu-satunya tempat kami memohon pelindungan dan kami mengadu.Amin,ya rabbalalamin.”
Anisa bagaikan baru tersedar dari koma yang panjang.Hatinya amat tersentak apabila mendengar perkataan “perpisahan” dalam doa Amir itu.Dia kini sedar,bahawa hatinya amat menyayangi lelaki itu.Tanpa sedar juga,hatinya kini milik Amir.Sempat juga Anisa mengimbau ketika Amir sanggup meredah hujan semata-mata mahu menghantarkan bekalan makanan ke pejabatnya hingga membuatkan Amir jatuh sakit.Dan ketika itu pula pantas ingatan Anisa mengingatkan peristiwa ketika dia membiarkan Amir diluar rumah ketika hujan.Hanya kerana Amir terlewat menghantarkan dokumen ke pejabatnya siang tadi.Jelas kelihatan di matanya Amir menggigil menahan kesejukan serta angin yang kencang membuatkan badan Amir semakin lemah tak bermaya.Amir jatuh terjelepok ke lantai hadapan rumahnya sendiri akibat menahan sejuknya selama hampir satu jam.
Pilu tak terhingga mengingatkan kesilapan itu.Sanggup dia perlakukan sebegitu pada suaminya sendiri.Layakkah syurga baginya??Berbaloikah neraka tempatnya??Persoalan itu tidak perlu dipertikai kerana itu bukan urusannya.Seribu satu penyesalan timbul dibenak hati Anisa.Penyesalan yang tiada penghujungnya.Dia buta.Buta kerana tidak nampak kasih sayang yang tiada tolok bandingnya dicurahkan padanya,namun dibalas sebegitu teruk.Dia tahu,hati Amir remuk hancur luluh akibat perbuatannya yang tidak tahu menghargai pengorbanan tulus suami sendiri.
Sedu sedan tangisan Anisa semakin rancak.Rancak sehingga terganggu konsentrasi Amir.Amir bangun menghampiri pintu lalu dikuakkan.Terlihat Anisa menangis tersedu-sedu dihadapannya.Amir bingung. “Dia dengar apa yang doakan ke??”Persoalan itu muncul difikiran Amir secara tiba-tiba.
Dengan tidak semena-mena,Anisa rebah melutut dikaki Amir.Amir bungkam.Tersentak dengan apa yang dilakukan oleh Anisa. Pantas juga tangan Amir menahan tindakan Anisa.Anisa kini bermandikan air mata.Titisan penyesalan itu mengalir seakan-akan tiada penghujungnya.
“Nisa,awak kenapa ni??Kenapa tak tidur lagi??Kenapa awak menangis??”Bimbang semakin menjalar dalam jiwa Amir.Takut terjadi sesuatu keatas isterinya itu.Walaupun hatinya sudah amat menderita kerana perempuan ini,namun rasa sayang dan kasihnya tetap utuh.Amir berjaya memahatkan nama Anisa didalam hatinya walaupun diukir menggunakan bilah sembilu.Pedih yang amat.
“Abang,maafkan Nisa.Maafkan Nisa.Nisa tak layak untuk abang.Abang terlalu baik.Nisa tak tahu hargai apa yang abang korbankan untuk Nisa selama ini.Nisa buta selama ini.”Tersekat-sekat nafas Anisa dalam tangisan.
“Kenapa cakap macam tu Nisa??”Dalam diam hati Amir melonjak kegembiraan.Selama 2 tahun lebih Amir menghabiskan masa dengan Anisa,inilah kali pertama Anisa lafazkan perkataan “abang” padanya.Bahagia seketika hatinya.
“Nisa berdosa pada abang.Syurga tak layak untuk Nisa.Nisa isteri yang curang.Nisa rela terima hukuman,abang.Kalau abang nak ceraikan Nisa,Nisa redha.Abang dah cukup lama menderita kerana Nisa.Maafkan Nisa,abang..Nisa ni terlalu..”Belum habis sempuna ayat Anisa dilafazkan,Amir pantas memintas.
“Sudah Nisa.Abang tak ambil hati semua tu.Memang salah abang menghalang jodoh Nisa dengan Kamarul dulu.Tapi abang redha.Abang tak pernah letakkan kesalahan ni pada Nisa.Ni bukan kehendak Nisa kan..”Hati Amir kini berbunga bahagia.Ternyata Allah kabulkan doanya.Doa seorang suami pada isterinya.Mujarab.Besar sungguh kebesaran-Nya.Sekelip mata hati isterinya berubah hati.Inilah berkat kesabaran dan ganjaran Amir selama ini.Tidak sia-sia dia berkorban untuk isterinya.
“Nisa bersalah pada abang.Nisa tak guna.”Sedu Anisa belum tamat.Namun dia lega,kerana inilah dakapan terhangat dari seorang bergelar suami yang pernah Anisa rasai.Anisa bersyukur sangat kerana dijodohkan dengan lelaki sebaik Amir.Kalau lelaki lain,sudah lama dia bergelar janda berhias,fikirnya.
“Tak apa Nisa.Yang lepas,biar lepas.Sekarang kita naik atas tidur ye.Kita lupakan yang dah berlalu.Kita buka buku baru ye sayang?”Nada bahagia kedengaran.Amir menitiskan air mata kegembiraan.Tidak dia sangka,malam itu merupakan malam bersejarah bagi mereka,kerana pada malam itu jugalah hari ulang tahun perkahwinan mereka kali ke-3 dan ini kali pertama mereka menyambutnya.
Anisa bertuah dimanjakan sebegitu oleh Amir.Amir adalah putera hatinya sekarang.Perlahan mereka mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke kamar.Amir mendukung Anisa ketika itu.Terkejut bukan kepalang hati Anisa.Dia hanya melihat si suami mendukung isterinya begini dalam filem korea yang amat diminatinya sekian lama dahulu sahaja.Tapi kini,dalam filem arahannya sendiri.Pengalamannya sendiri dirasai.
Kebahagiaan kini milik mereka.Berkat kesabaran Amir kini terbalas.Syukur kehadrat Ilahi dipanjatkan setinggi-tingginya.
“Mama!!,Mama!!”Lincah si comel bermain sambil memanggil-manggil nama ibunya.Amir hanya memandang dari jauh sambil tersenyum.Inilah kehidupan yang diidamkannya selama ini.
“Qis,mari sini kat mama kejap!!”Laung Anisa.Terkedek-kedek Balqis berlari menuju ke arah ibunya.Kini Anisa bergelar ibu,anak kepada Amir.Balqis namanya.Senyuman bahagia terkuntum dibibir pasangan bahagia itu.Kini,sudah 6 tahun mereka menjalani kehidupan selaku suami isteri.Balqis genap berusia 3 tahun hari ini.Mereka bercadang menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka ini dengan pergi melancong ke Langkawi.Perancangan sudah disiapkan.Hanya tunggu masa bertolak sahaja.
“Sayang,jom.Kita dah lambat ni.”Pelawa Amir diajukan pada isterinya.Mereka merancang ingin bermalam di rumah ibu Anisa kerana itu yang paling dekat lokasi rumah mereka.Kemudiannya barulah mereka bertolak ke Langkawi keesokan harinya.
Hanya mereka sahaja yang tahu betapa berharganya keluarga itu setelah pelbagai cabaran dan peritnya suatu ketika dahulu terutama bagi Amir.Anisa dan Balqis adalah segala-galanya bagi Amir.Menitis juga air mata Amir kebahagiaan.Melihat isterinya berubah hati.Menerima dirinya sebagai teman hidup buat selama-lamanya.Dia amat hargai saat-saat begini.Moga kekal selamanya,bisik hatinya.Pantas Amir menghidupkan enjin kereta Perdana V6 miliknya sekian lama dahulu.Kenderaan itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah mereka tanpa sedari Kamarul melihat dari jauh kebahagiaan yang tersirat seribu makna itu.
“Nisa,sekarang awak dah bahagia.Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga awak.Saya relakan.”Bisik hati nurani Kamarul mendoakan kebahagian insan yang paling disayangi suatu ketika dahulu.
Kamarul berlalu pergi dengan pasrah bahawa Anisa pasti bukan miliknya lagi tetapi milik Amir selamanya.Sebenarnya dia tahu apa yang berlaku pada rumah tangga Anisa dulu.Tapi kini keadaan berubah.Anisa memiliki lelaki yang mempunyai cinta suci dan sanggup berkorban terhadap diri Anisa.Janganlah persiakan begitu saja.Kerana cinta itu anugerah Allah yang paling hebat.Bisa melukakan dan menyembuhkan.Hanya hati yang layak benar memilikinya.Pengajaran bagi kehidupan suami isteri yang paling besar hikmahnya.Berani menempuhinya bukan bermakna berani mati kerana cinta,tetapi berani menyahut cabaran terbesar dalam kehidupan alam percintaan.Jangan takut kecewa kerana itulah yang mematangkan fikiran dalam memilih pasangan.Moga-moga Allah memberkati hubungannya.

TAMAT..

1 Response to "Korban Cinta Suci"

  1. wahida,, says:

    sesungguhnya kesabaran terhadap ujian Allah,,amat lah beharga,,kerna setiap kesabaran yg dpt hambaNYA kecapi akn memperolehi kebahagiaan,,yg xdpt sowg hamba menduga,,,

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!