Pengenalan

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Seperti yang ada pada tajuk blog ini, kami akan menyediakan karya-karya dari penulis muda dan penulis yang berbakat. Tujuan utama blog ini ditubuhkan ialah untuk kita merehatkan minda kita dan menguatkan daya ingatan dan memori kita. Tahukah anda cara untuk mengingat dengan baik ialah dengan membaca novel?
Selain itu, tujuan utama kami ialah untuk mengembangkan bakat penulis-penulis muda. Baiklah, kami amat mengalu-alukan anda menghantar karya pada blog ini. Mana yang baik dikongsi bersama, jika ada kesalahan, bolehlah sama-sama kita perbetulkan untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Disini kami akan memaklumkan cara menghantar karya. Mungkin agak rumit tetapi itulah prosesnya. Anda boleh menghantar novel, cerpen, puisi, sajak dan lain-lain disini. Kami menerima karya dalam dua bahasa sahaja. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perkataan sinkof tidak dibenarkan bagi novel bergenre Islami dan sesetengah novel bergantung pada genrenya. Ayat-ayat sms seperti 'ko','aq' tidak dibenarkan sama sekali. Editor blog akan menyemak terlebih dahulu sebelum menyiarkan karya anda.

Bagi novel dan cerpen:

Nama sebenar:
Nama pena:
Email:
Umur:
Tajuk novel:
Genre:
Cover Novel:

Bagi sajak, puisi dan lain-lain:
Nama sebenar:
Nama pena:
Tajuk:
Genre:
Cover:

Baiklah, itu sahaja. Harap segala maklumat yang diberi tidak mengelirukan dan mudah difahami. Sekian.

Send karya anda disini
Klik Disini!

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!