Sepiku Disini 2



02

FYRUL meletakkan basikalnya ditempat biasa. Iaitu bersebelahan dengan pokok kayu Ara yang ada betul-betul di hadapan rumah guru berhampiran dengan kawasan sekolah. Selesai mengunci basikal, dicapai beg sandangnya lalu disandang pada bahu. Buku teks Matematik Tambahan yang diberi pinjam oleh pihak sekolah didakap di dada. Dia mula menyusun langkah menuju ke kelasnya.

Keadaan jalan utama sekolah ketika ini agak sesak dek kenderaan ibu, bapa dan penjaga yang menghantar anak jagaan masing-masing untuk ke sekolah ini. Fyrul menoleh ke kiri dan ke kanan sekilas sebelum dia melintasi jalan menuju ke arah perpustakaan. Selepas melepasi perpustakaan dia melintasi kawasan bilik guru pula untuk menuju ke kelasnya yang berada di blok Gigih yang bersebelahan dengan blok kantin.

Sepiku Disini 1



BAB 01

MAK Jumi membawa seteko air teh O panas yang sudah dibancuh di dapur ke meja makan. Memang sudah menjadi kebiasaannya dia akan menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya.


Mak Jumi melangkah semula ke dalam dapur. Nasi goreng yang sedia terhidang harus dibawa ke meja makan. Hari ini giliran suaminya bermalam di rumahnya. Jadi, dia harus menyediakan serapan pagi sedikit awal dek suaminya perlu ke kebun sebelum pukul lapan pagi. Suaminya sekadar megambil upah memetik buah kelapa sawit orang kampung. Itulah sumber rezeki mereka sekeluarga dan keluarga madunya yang tinggal hanya di hadapan rumahnya sahaja.

Seminit kemudian, suaminya Pak Paad muncul dari bilik.

“Bang, mari sarapan dulu,” pelawa Mak Jumi lembut pada suaminya itu.

Pak Paad hanya merengus kasar mengiakan pelawaan itu. Ditarik perlahan kerusi lalu dihenyakkan punggungnya di atas kerusi itu. Hidungnya dapat menangkap keenakan bau nasi goreng kampung yang membangkitkan selera makannya pagi ini.

“Mana Farizal?” Tanya Pak Paad sambil menyenduk nasi goreng yang masih berasap ke atas pinggannya. Matanya melilau memandang ke arah bilik anak bujangnya itu yang telah pun berusia 17 tahun.

“Kejap lagi keluarlah tu,” jawab Mak Jumi sambil menuang air teh O panas ke dalam cawan Pak Paad.

Pak Paad hanya mengangguk akur. Sikit pun dia tidak bertanyakan fasal anak keduanya bersama Mak Jumi.

Bila Harus Memilih 2



RUDY Riskandar bin Azman Chong. Di lahirkan pada 1 April 1986 di sebuah kampung yang terletak di pekan kecil yang diberi nama Pekan Parit Sulong di Batu Pahat Johor. Anak ke lima dari enam beradik yang kesemuanya lelaki ini memiliki wajah persis lelaki Cina. Seiras dengan wajah emaknya yang berketurunan Jawa dan abahnya pula berketurunan Cina.

Kasih Tercipta 4



Sebaik sahaja aku sampai di rumah, mama dah tercegat dekat depan pintu dengan pakaian tidurnya. Kemudian aku menyalam mama dan terus masuk ke dalam bilik. Aku mendengar mama menjerit memanggil nama aku dari tingkat bawah.

“Hawa!! Mari turun sekejap...”jerit mama. Aku pun setelah mandi baru aku turun dengan pakaian tidur aku.

“Kenapa ini mama?...”tanya aku.

Ya Fattah ; Cinta Sakti Bab 1 [ Promosi]



Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Zuleikha..
Happy birthday to you.

Mendengar tepukan gemuruh dari para tetamu yang terdiri daripada sanak saudara dan sahabat handai serta merta dia meniup lilin yang masih menyala. Dengan sekali hembusan Zuleikha berjaya memadamkan 18 batang lilin yang dicucuk di atas kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Kek kegemaran dia dan keluarganya sentiasa menjadi pilihan dirinya selama tiga tahun harijadinya berturut-turut. Sekali lagi tepukan yang agak sumbang dan sorakan dari tetamu itu kedengaran.

Kali ini ibunya, Puan Zubaidah memberikan satu kucupan di pipinya diiringi dengan pelukan ayahnya Profesor Nik Daud.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan




Semilir angin yang kencang membuatkan Asrar terjaga dari lenanya yang panjang. Usai matanya terbuka, dia memandang sekeliling biliknya dengan pandangan yang berat. Matanya tertancap pada jendela yang masih tidak ditutup yang memberikan ruang pada sang angin untuk berhembus mesra memasuki ruang kamarnya.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa melayangkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Pantas sahaja dia bangkit dari kamarnya dan terus meluru ke arah jendela. Bebola matanya menatap dada langit yang indah dihiasi dengan suraya-suraya yang bergemerlapan ditambah dengan buruj-buruj yang beraneka rupa. Terdetik rasa tenang tatkala melihat keindahan alam ciptaan Tuhan pada malam hari begini. Asrar melihat jam yang tergantung di dinding, lazimnya dia tidak akan tidur kembali selepas terjaga pada malam hari. Dia akan membuat perkara yang dia gemar lakukan.
‘Baru jam empat pagi. Sejuk pula angin yang berhembus dari laut ini. Sebaiknya aku tutup tingkap ini.’ Asrar berkata-kata sendiri. Pantas tangannya menarik tingkapnya yang terbuka luas dan menutup kembali dengan rapat. Kawasan rumahnya yang terletak di pinggir laut itu memberikannya ruang  untuk dia merasai angin dari laut dan desiran ombak yang tenang

Kasih Tercipta 3





“Hawa! Cepatlah siap, mama tunggu lama dibawah ni...”jerit mama dari bawah.
“Sekejap mama, Hawa sedang tukar baju..”kata aku sambil menukar baju. Tak sangka pula begitu cepat hari Sabtu... selesai tukar baju, aku pun turun...
“Kenapa Hawa lambat sangat ni... Mama tunggu dah sepuluh minit dekat bawah...”kata mama dengan nada geram sambil melihat aku dari atas hingga ke bawah..

Andai Youtube Jadi Saksi 3


Karya: Wazrul Shah
Semua mata-mata yang berada di pejabat tertancap pada susuk tubuh pengurus kewangan yang tinggi lampai dan dikenali dengan sifatnya yang garang itu. Tiada seorang pun yang berani mengangkat muka, menegur dan mengucapkan selamat pagi.

Suasana pejabat sunyi sepi, seakan baru sahaja di langgar burung garuda. Rayyan diekori oleh pembantunya yang bernama Nur Addin Afifah. Sering di panggil dengan nama gelaran Minah blur. Dia seorang gadis yang lurus bendul, sentiasa memakai tudung yang berwarna kuning setiap hari, memiliki hidung yang mancung. Patuh pada arahan yang diberikan dan tidak pernah membantah kata-kata majikannya itu.

Bunda Pari-Pari



Sejak kecil, mama sering bercerita tentang manusia perempuan bersayap putih di pergunungan Alaska. Ia bertubuh indah dan berparas cantik. Sayapnya besar mencecah ke punggung dan bersepuh serakan perak berkilauan. Ia bernama Bunda Pari-Pari. Parasnya sempurna tak dimamah usia.

Bunda Pari-Pari berhuni di pergunungan tinggi Alaska yang selama hayat alamnya bersalji tebal. Berkeliling laut membiru nan berair jernih yang tidak pernah tercemar. Bunda Pari-Pari sukakan lautan. Ia hidup ditemani sekawan burung merpati yang berbulu tulus putih serta berparuh perak. Mata burung merpati itu tajam bagaikan sang elang serta berwarna abu-abu keemasan, dimana ia mampu meneroka ke seluruh pelosok dunia. Ia burung merpati sakti.

Bukalah Mata Hatimu





DIA baru habis belajar, dia duduk saja, rasa bingung menyelubunginya. Bukan setakat itu sahaja, dia rasa susah hendak dapat kerja. Habis dia hendak buat apa sekarang ini? Dia belek dada akhbar cari kerja kosong kalau ada yang kena dengan kelulusannya Diploma Sains Komputer. Ada kerja ke untuk dia?

Kusyairi termenung sendirian di rumah sewanya di Taman Cahaya Ampang. Sambil dia membelek ruangan iklan di dada akhbar, dia menyisip pula kopi panas yang dibancuh sendiri.

“Bluweekkk!! Pahit!” Kopinya rasa pahit, dia lupa letak gula. Apalah nasib si penganggur terhormat ini, bancuh kopi pun semacam sahaja.

Meja makan ditinggalkan setelah menutup akhbar itu. Dia mula rasa malas selepas kerja yang ditawarkan di dalam akbar itu semuanya jauh-jauh belaka, ada di Melaka, johor dan ada di Terengganu negeri kelahirannya. Malasnya dia hendak balik ke negerinya untuk cari kerja di sana. Sudah dua tahun dia menyewa di sini setelah tamat pengajian bidang Sains Komputer di UiTM Dungun. Selepas itu dia berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat cari kerja yang bersesuaian. Tapi dapat kerja di McDonalds juga jawabnya.

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!