Kasih Tercipta 3





“Hawa! Cepatlah siap, mama tunggu lama dibawah ni...”jerit mama dari bawah.
“Sekejap mama, Hawa sedang tukar baju..”kata aku sambil menukar baju. Tak sangka pula begitu cepat hari Sabtu... selesai tukar baju, aku pun turun...
“Kenapa Hawa lambat sangat ni... Mama tunggu dah sepuluh minit dekat bawah...”kata mama dengan nada geram sambil melihat aku dari atas hingga ke bawah..
“Tak adalah mama, baju Hawa semuanya sudah longgar, Hawa cari tadi, itu yang lama, mama jangan marah nanti mekap mama cair...”usikku ketika melihat mama yang masam kembali tersenyum dengan usikkan aku.
“Ada-ada sajalah Hawa ni... cepat naik, nanti lambat pula kita ke rumah aunty Sal, mama dah tak sabar nak jumpa dia sebab dah lama kita tidak berjumpa.
“Baik mama...”jawab aku sepatah lalu masuk ke dalam perut kereta. Semasa dalam kereta, kami berbual rancak, aku menanya mama, bila mama jumpa aunty Sal, kata mama, sewaktu mama nak beli-belah, mama terjumpa aunty Sal beli baju, itu yang terserempak tu... sedang leka berbual, kami dah sampai dekat rumah aunty Sal.
“Assalammualaikum... Salmah...” mama memberi salam.
“Walaikumsalam...”jawab aunty Sal.
“Hai Sal, awak tak kenal kita lagi ke...”kata mama.
“Apa pula tak kenal, mestilah kenal... lama tak jumpa, yang anak dara manis ni siapa?”tanya aunty Sal dengan gembira ketika aku menyalamnya.
Aunty tak kenal Hawa lagi ke?”tanya aku kepada wanita berumur dalam lingkungan 49 tahun.
Aunty saja tanya, dah besar pun Hawa lama aunty tak nampak, makin cantik...”gurau aunty...
“Tak adelah aunty, macam biasa saja, Hafiz mana aunty?”tanya aku.
“Hafiz ada dia atas, masuklah...”kata aunty dengan gembira menyambut kami.
“Hafiz!!!”jerit aunty Sal dari bawah.
“Ya, Ibu...”jawab Hafiz.
“Tengok siapa datang ni... Bibik, buatkan air...”kata aunty Sal kepada bibiknya di dapur.
“Hafiz turun ni...”kata Hafiz..
“Mama, aunty, Hawa ke dapur sekejap ya, nak tolong bibik buat air..”kata aku.
“Tak payahlah Hawa, nanti bibik buat.”kata bibik.
“Tak elok Hawa duduk saje, baik Hawa tolong apa yang patut...”kata aku kembali.
“Mama, Hawa ke dapur dahulu ya..”kata aku.
“Pergilah..”kata mama dengan senyuman. Aku pun pergi tolong bibik dekat dapur. Siap sahaja air yang bibik buat aku pun bawak ke ruang tamu. Terperanjat aku lihat lelaki yang duduk di tepi aunty Sal.
“Jemput minum...”kata aku sambil meletakkan dulang yang berisi air kopi.
“Awak?”kata lelaki itu dengan nada terkejut.
“Awak, Hafiz?”kata aku dengan nada yang terkejut juga.
“Aik? Takkan lah tak kenal, ini Hawa lah anak aunty, Hafiz tak ingat ke yang dulu-dulu mandi sungai sama-sama?”tegur mama sebaik sahaja kami berdua berpandangan.
“Ingat lagi mama, takkanlah Hawa nak lupa..”kata aku memberikan senyuman kepadanya. Kemudian Hafiz mengajak aku ke beranda rumahnya. Pada mulanya aku tidak mahu tetapi mama suruh pergi juga. Hafiz pun memulakan perbualannya.
“Dah besarkan kita sekarang ni..”kata Hafiz dengan tawa yang kecil.
“Masa semakin cepat, itu yang dah besar.. Awak kerja di mana sekarang ini?” tanya aku.
“Kerja dekat syarikat Adania Berhad sebagai pengurus kewangan awak?”tanya Hafiz kepada aku.
“Saya kerja satu syarikat dengan awaklah tapi pengurus pentadbiran tingkat 9, patutlah hari itu bertembung...”kata aku dengan nada ketawa. Sedang aku ketawa, aku lihat lelaki ini sedang merenung aku.
“Hoi!, tengok apa sampai tak berkelip?”tanya aku sambil tersenyum...
“Huish! Hawa ni, kacaulah orang tengah tengok awek cun, dia kacau pulak..”katanya. Aku lihat sekeliling tak ada pun perempuan yang lalu lalang dekat jalan raya.
“Mimpi ea? Mana ada perempuan dekat bawah tu, entah-entah Hafiz tengok bunian kot?”kata aku sambil ketawa.
“Hafiz tengok awek cun tepi Hafiz lah ni, tengah ketawa-ketawa..”usiknya.
Apelah Hafiz ni dari dulu sampai sekarang nak bergurau dengan Hawa..”kata aku lagi yang mula hendak menggeletek Hafiz.
“Betul apa... kata Hafiz, Hawa dah ada teman belum?”tanyanya dengan menunjukkan muka serius. Aku pun tak tahu kenapa kawan baik aku ini asyik berubah angin dari dulu, sampaikan aku pun tak tahu bila masanya angin dia baik. Aku tak jadi nak menggeletek Hafiz.
“Buat masa sekarang ini, memang tak ada tapi tengoklah kalau-kalau ada jodoh, boleh juga dicuba...”kata aku kembali sambil tersenyum kepadanya.
“Hawa dah lama ke kerja dekat Syarikat Adania?”tanya Hafiz.
“Boleh la... lebih kurang tiga bulan lebih, Hafiz jom turun, tengok mama dengan aunty Sal tengah buat apa...” kata aku.
“Jomlah...”katanya menarik lengan aku. Aku biasa-biasa sahaja sebab sudah lama tak berjumpa kawan baik aku yang sorang ni. Kami pun turun melalui tangga, aku lihat mama dengan aunty Sal bukan main rancak berbual. Mereka kalau berjumpa memang tak ingat dunia berbualnya.
“Amboi! Mama dengan aunty  kalau berbual, memang tak ingat dunia, ini cerita fasal apa sampai ketawa dari atas boleh dengar?”kata aku.
“Alah, kami bercerita fasal Hawa dengan Hafiz lah, waktu kamu kecil-kecil dahulu, Hawa ingat tak yang Hawa berebut pampers dengan Hafiz waktu dulu-dulu tu?”tanya aunty Sal kepada aku. Belum sempat aku nak cakap, mama, aunty Sal dan Hafiz sudah ketawa.
“Kenapa ketawa ni...”tanya aku dengan nada merajuk.
“Cuba Hawa lihat muka Hawa dekat cermin, merah macam penyanyi Opera...”kata mama.
“Maaamaa... sudahlah tu ketawakan Hawa..”kata aku mencubit mama.
Iyelah tuan puteri...”kata mereka serentak.
“Dah berbual panjang ni sampai masa pun lupa sudah pukul berapa, kami pulang dulu ya...”kata mama sambil melihat jam pukul 6.00 petang.
“Sekejapnya nak pulang, kita baru jumpa, nak balik dah, makan malam di sini sahajalah..”kata aunty Sal kepada mama sambil menarik lengan mama.
“Tak payah susah-susah, Kak Leha dah masak dekat rumah..”jawab mama.
“Ala, aunty, saya baru nak berbual dengan Hawa, aunty sudah nak balik, makan malam di sini sahajalah ya aunty...” kata Hafiz kepada mama dengan merenungku.
“Hawa macam mana ini, nak makan malam di mana?”tanya mama. Aku menjawab dengan mengangkat bahu.
“Kalau macam itu, apa kata Hafiz belanja Mc Donald’s. Dekat sana nanti boleh kita berbual sambil berjalan-jalan.”kata Hafiz yang melihat aku sambil tersenyum.
“Hawa tak kisah...”kata aku kembali mengalihkan pandangan Hafiz dari muka aku.
“Kalau macam itu, Jah tunggu dulu ya, kami nak tukar baju sebentar..”kata aunty Sal kepada mama.
“Baiklah...”jawab mama sepatah. Selepas itu, Aunty Sal pergi ke biliknya.
“Kenapa Hawa diam saja dari tadi?”tanya mama kepada aku.
“Tak ada apa-apalah...”kata aku kembali. Aku lihat Hafiz memakai jeans dengan t-shirt biasa manakala aunty Sal memakai baju kurung yang warnanya seakan sama dengan baju kurung mama.
“Hafiz bawa kereta Hafiz, Ibu bawa kereta Ibu tau..”kata Hafiz sambil tersenyum nakal kepada aku.
“Kenapa pula?”tanya aku.
“Tak apalah, Hawa, Hawa naik dengan Hafiz, mama naik dengan aunty Sal..”kata mama.
“Maaammaaa...”kata aku tanda tak setuju.
“Naik sahajalah, Hafiz takkan buat apa-apa pun pada Hawa..”kata Hafiz yang mendengar perbualan aku dengan mama.
“Kalau macam itu tak apalah...”kata aku kepada Hafiz sambil hendak membuka pintu keretanya. Belum sempat aku nak buka, dia lari lalu membukakan pintu untukku.
“Terima kasih..”kata aku.
“Terima kasih saja? Kiss tak ade...”kata Hafiz sambil ketawa melihat muka aku merah.
“Mengada-ngadalah tu..”kata aku lalu masuk tanpa menghiraukannya tersenyum seorang diri di luar kereta.
Kami pun berjalan menuju ke Mc Donald’s yang berdekatan. Sepanjang perjalanan, mulut aku yang becok, Hafiz cuma tergelak dengan telatah aku. Dia tanya aku, kenapa tadi aku berkeras nak naik kereta dia, aku jawab, tak elok aku naik satu kereta dengan dia. Aku sendiri yang termalu-malu dengan pertanyaannya itu. Iyelah mana taknya, tadi bukan main malu, naik kereta mulut dah macam murai. Mulut aku ni kalau dah jumpa kawan lama memang petah bercakap, macam burung belatuk. Sampai pun tempat yang kami nak tuju. Mama dengan aunty Sal mengambil tempat dekat sebelah dalam Mc Donald’s, aku dengan Hafiz ambil tempat dekat luar Mc Donald’s.
“Sekejap ya, saya nak pergi order makanan... Hawa nak makan apa?”tanya nya dengan selamba.
“Big Mac dengan air Pepsi..”kata aku. Aku pelik kenapa pula mamat ini ketawa bila aku cakap apa yang aku nak makan.
“Hawa ni, nampak aja kecik tapi makan... selera besar betul.”sindirnya sambil menghabiskan tawa yang tadi.
“Hafiz ini, nanti Hawa cubit kang..”kata aku.
“Nak cubit, sekejap lagi, Hafiz nak pergi order dulu.”kata Hafiz sambil berlalu pergi sementara aku, duduk diam tengok keadaan sekeliling. Tiba-tiba ada seorang lelaki menegur aku. Macam aku kenal mamat ni...
“Assalammualaikum... Cik Hawa buat apa disini?”tanya lelaki itu.
“Walaikumsalam... Eh! Tuan Adam, buat apa disini?”tanya aku. Baru aku kenal setelah aku melihat mukanya. Bila aku tengok muka dia, serta merta bulu roma aku naik. Mana taknya, kalau perempuan tengok dia tersenyum, tak tidurlah gamaknya. Tapi aku boleh tidur...
“Saya tanya awak, awak tanya saya pula... saya baru sampai.. lapar pula perut, itulah yang saya singgah sini.. Awak pula?”tanya Tuan Adam kembali.
“Saya datang dengan mama dan kawan saya... kami saja singgah sini..”jelas aku sambil melihat Hafiz membawa Big Mac aku.
“Eh!, Tuan Adam buat apa disini?”tanya Hafiz yang sedikit kehairanan.
“Saya lapar, itu yang saya singgah sini.. Mind if i join you?”tanya Tuan Adam. Belum sempat aku nak cakap, si Hafiz ni dah cakap. Mamat ni suka sangat ambil keputusan sebelum tanya aku.
Of course... kan Hawa?”tanyanya yang tersenyum kepada aku. Aku cuma terdiam. Tuan Adam pula menarik kerusi duduk di sebelah aku dan terus membuat selera aku terbantut. Big Mac tu beb! Kami pun berbual. Opss... bukan kami tapi mereka yang berbual. Sesekali mereka membuatkan aku ketawa. Aku melihat Hafiz menelefon sesorang.
Hello dear... you boleh datang Mc Donald’s sekejap tak?”kata Hafiz melalui telefon. Nampak macam seseorang yang teristimewa.
Okay...”jawabnya kembali setelah itu ganggang diletakkan.
“Hawa, Hafiz ada jemput kawan Hafiz datang makan sekali, sekejap lagi kita pergi jalan sama-sama boleh tak?”tanya Hafiz. Budak ini, tadi bukan main beriya-iya nak ajak aku makan, alih-alih dia nak ajak aku berjalan pulak.. yang mamat sebelah aku ni, asyik tengok aku saja dari tadi, tak ada benda lain ke dia nak tengok!
“Hawa tak tahu lagilah Hafiz, Hawa tak tanya mama lagi..”jawab aku untuk menolak permintaannya.
“Sekejap ya, Hafiz pergi tanya mama Hawa...”kata Hafiz langsung pergi meninggalkan kami berdua. Dalam situasi ini yang aku tak suka. Tuan Adam memulakan perbicaraan. Cewah! Macam dalam mahkamah pulak!
“Hawa, nak pergi mana dengan Hafiz?”tanya Tuan Adam kepada aku. Kenapa dia panggil aku Hawa? Bukankah selama ini dia membahasakan diri aku dengan panggilan ‘CIK’.
“Entahlah tuan, saya tak tahu pulak..”kata aku sambil menyedut air Pepsi yang dah tinggal setengah, Big Mac pula aku tak sentuh langsung. Aku melihat mama macam setuju sahaja.
“Mama Hawa dah bagi lampu hijau, tunggu kawan Hafiz datang dahulu.”kata Hafiz sambil melihat sebuah kereta yang bewarna merah jambu.
“Itu  pun dia...”kata Hafiz sambil menunjuk ke arah seorang wanita yang berpakaian seluar jeans dan t-shirt. Rambutnya yang panjang menambahkan lagi kecantikannya.
“Hello guys, Adam pun ada, sebelah Adam siapa?”tanyanya dengan nada sinis.
“Dia kawan lama I, Hawa perkenalkan ini Liana... Liana ini Hawa.”jelas Hafiz sambil memperkenalkan aku kepadanya. Liana menyuakan tangannya kepada aku dan aku menyambutnya. Aku lihat Liana tersenyum sinis kepada aku. Macam tak ikhlas saja.
“Adam... kenapa duduk sebelah minah kampung tu.. mari duduk sebelah I...”katanya sambil menarik tangan Adam.
Sorry, Hafiz... Hawa tak jadi nak ikut Hafiz dengan Tuan Adam, Hawa nak pergi join mama dengan aunty Sal dekat dalam ya?”kata aku kepada Hafiz lalu hendak meninggalkan mereka. Tiba-tiba Tuan Adam menarik lengan aku, dan aku terduduk kembali.
“Hawa, bukankah tadi kita nak keluar sama?”tanya nya kepada aku. Aku hanya terdiam membisu disitu manakala Hafiz begitu rancak berbual dengan Cik Liana!.
You all kata nak keluar tadi, jomlah...”kata Liana setelah melihat aku dan Tuan Adam duduk terdiam. Sekali-sekala Tuan Adam mencuba untuk memegang tangan aku tapi aku elak. Gatal!
“Jomlah...”belum sempat Hafiz nak habiskan kata-kata. Tuan Adam memangkas.
“Hafiz, Hawa naik dengan saya, awak bawa kereta sendiri ya?”tanya Tuan Adam kepada Hafiz. Hafiz pula cuma mengangguk-angguk saja.
“Ala, Adam, Liana baru nak naik dengan Adam..”pujuk Liana sambil memaut lengan Tuan Adam.
“Liana, awak kan ada kereta sendiri, Hawa tak ada...”katanya sambil cuba memberi senyuman yang terbaik pada aku walaupun sikap Liana membuatkan dia tak senang duduk. Akhirnya Liana akur dan aku pula cuma mengikut kata Tuan Adam. Dalam kereta aku cuma mendiamkan diri sahaja. Sampai ke destinasi, aku memaut lengan Hafiz dan Liana memaut lengan Tuan Adam. Semasa kami berjalan-jalan, tiba-tiba Hafiz memohon diri untuk pulang dan Liana pun sama. Aku nak balik dengan Hafiz tapi katanya, dia nak singgah sebuah tempat yang agak istimewa sikit, itu yang tak jadi nak tumpangkan tu... akhirnya aku putuskan nak balik naik teksi. Sedang aku mengatur langkah untuk ke tempat teksi...
“Hawa, naik saya sahajalah...”kata Tuan Adam kepada aku. Entah bila dia muncul, aku pun tak tahu.
“Tak apalah, Tuan Adam..”kata aku kembali. Tiba-tiba Tuan Adam menarik lengan aku.
“Apa ni Tuan Adam tarik-tarik?”kata aku dengan nada geram. Dan cuba hendak melepaskan genggaman tangannya. Makin kuat aku tarik, makin kuat dia pegang.
“Saya hantar awak balik...”katanya kembali. Aku pun hanya menuruti kemahuannya. Iyalah nanti dia tak lepas tangan aku macam mana. Aku pun mengikutinya sambil cuba hendak melepaskan genggaman tangannya itu. Tapi macam itulah.. Budak degil nak buat macam mana.. dalam kereta...
“Awak ini degil juga ya!”marah Tuan Adam. Siapa yang degil, dia atau aku?. Aku hanya mendiamkan diri.
“Saya bergurau saja tadi, Hawa jangan ambil hati ya?”kata Tuan Adam dengan lembut. Aku pelik pulak dengan mamat ni, tadi bukan main marah selepas itu bukan main lembut tutur bicaranya.
“Tak adalah Tuan Adam, Hawa cuma pikirkan hal kerja sahaja..”jawab aku kemudian memberikan senyuman yang tak seberapa manis kalau dilihat.
“Awak ini rajinlah... Saya suka kalau semua pekerja saya macam awak, sampai balik rumah pun masih fikirkan hal kerja..”katanya sambil tersenyum kepada aku dan terus menumpukan perhatiannya pada jalan.
“Tuan Adam... soal pengambilan pekerja baru dalam unit kewangan masih tercari-cari... semua kerja telah ditunda sejak berhentinya staff lama. Halimah ada juga bertanyakan saya tentang hal itu tapi saya kata saya tak tahu. Jadi dia suruh saya tanya Tuan Adam mengenai hal ini... Apa pendapat Tuan Adam sekiranya saya serahkan tugas ini pada pembantu Halimah..”jelas aku kepada Tuan Adam yang sibuk memerhatikan keadaan jalan raya yang agak sibuk ketika itu.
“Maaflah Hawa, soal kerja saya tak suka dibincangkan selepas waktu kerja jadi kalau nak bincang, bincanglah pada hari Isnin ini, ya?”katanya sambil melihat gelagat aku seperti batu... BATU????
“Saya minta maaf, Tuan...”pinta aku setelah dia melihat aku semacam.
“Awak ini dah macam dalam cerita P.Ramlee, yang tajuknya Tiga Abdul tu... kelakar...”katanya sambil ketawa selepas mendengar permintaan maaf dari aku. Kelakar ke???
“Saya rasa tak ada yang kelakar Tuan...”kata aku dengan nada serius. Dia kata aku kelakar, dia ingat aku badut ke hape!!! Alih-alih sedang syok dia ketawakan aku, dia terus berhenti setelah mendengar ape yang aku perkatakan tadi.
“Maaf...”itu sahaja yang dia keluarkan daripada mulutnya sambil tersenyum. Aku pun diam sahaja sampailah aku nampak rumah aku. Ini dah kali kedua dia hantar aku pulang. Semenjak aku tunjuk jalan pergi ke rumah aku itu, dia semakin beriya-iya nak hantar aku pulang, tapi aku tolak. Alasan aku, ‘mama Hawa ambil’. Dia pula akur dengan jawapan aku.

2 Response to "Kasih Tercipta 3"

  1. fuad says:

    best laa jln cerita ni...

    menarik...tr0skan.hu3

Post a Comment

Jemput komen. Takkan baca je?

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!