Sepiku Disini 2



02

FYRUL meletakkan basikalnya ditempat biasa. Iaitu bersebelahan dengan pokok kayu Ara yang ada betul-betul di hadapan rumah guru berhampiran dengan kawasan sekolah. Selesai mengunci basikal, dicapai beg sandangnya lalu disandang pada bahu. Buku teks Matematik Tambahan yang diberi pinjam oleh pihak sekolah didakap di dada. Dia mula menyusun langkah menuju ke kelasnya.

Keadaan jalan utama sekolah ketika ini agak sesak dek kenderaan ibu, bapa dan penjaga yang menghantar anak jagaan masing-masing untuk ke sekolah ini. Fyrul menoleh ke kiri dan ke kanan sekilas sebelum dia melintasi jalan menuju ke arah perpustakaan. Selepas melepasi perpustakaan dia melintasi kawasan bilik guru pula untuk menuju ke kelasnya yang berada di blok Gigih yang bersebelahan dengan blok kantin.

Sepiku Disini 1



BAB 01

MAK Jumi membawa seteko air teh O panas yang sudah dibancuh di dapur ke meja makan. Memang sudah menjadi kebiasaannya dia akan menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya.


Mak Jumi melangkah semula ke dalam dapur. Nasi goreng yang sedia terhidang harus dibawa ke meja makan. Hari ini giliran suaminya bermalam di rumahnya. Jadi, dia harus menyediakan serapan pagi sedikit awal dek suaminya perlu ke kebun sebelum pukul lapan pagi. Suaminya sekadar megambil upah memetik buah kelapa sawit orang kampung. Itulah sumber rezeki mereka sekeluarga dan keluarga madunya yang tinggal hanya di hadapan rumahnya sahaja.

Seminit kemudian, suaminya Pak Paad muncul dari bilik.

“Bang, mari sarapan dulu,” pelawa Mak Jumi lembut pada suaminya itu.

Pak Paad hanya merengus kasar mengiakan pelawaan itu. Ditarik perlahan kerusi lalu dihenyakkan punggungnya di atas kerusi itu. Hidungnya dapat menangkap keenakan bau nasi goreng kampung yang membangkitkan selera makannya pagi ini.

“Mana Farizal?” Tanya Pak Paad sambil menyenduk nasi goreng yang masih berasap ke atas pinggannya. Matanya melilau memandang ke arah bilik anak bujangnya itu yang telah pun berusia 17 tahun.

“Kejap lagi keluarlah tu,” jawab Mak Jumi sambil menuang air teh O panas ke dalam cawan Pak Paad.

Pak Paad hanya mengangguk akur. Sikit pun dia tidak bertanyakan fasal anak keduanya bersama Mak Jumi.

Bila Harus Memilih 2



RUDY Riskandar bin Azman Chong. Di lahirkan pada 1 April 1986 di sebuah kampung yang terletak di pekan kecil yang diberi nama Pekan Parit Sulong di Batu Pahat Johor. Anak ke lima dari enam beradik yang kesemuanya lelaki ini memiliki wajah persis lelaki Cina. Seiras dengan wajah emaknya yang berketurunan Jawa dan abahnya pula berketurunan Cina.

Kasih Tercipta 4



Sebaik sahaja aku sampai di rumah, mama dah tercegat dekat depan pintu dengan pakaian tidurnya. Kemudian aku menyalam mama dan terus masuk ke dalam bilik. Aku mendengar mama menjerit memanggil nama aku dari tingkat bawah.

“Hawa!! Mari turun sekejap...”jerit mama. Aku pun setelah mandi baru aku turun dengan pakaian tidur aku.

“Kenapa ini mama?...”tanya aku.

Ya Fattah ; Cinta Sakti Bab 1 [ Promosi]



Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Zuleikha..
Happy birthday to you.

Mendengar tepukan gemuruh dari para tetamu yang terdiri daripada sanak saudara dan sahabat handai serta merta dia meniup lilin yang masih menyala. Dengan sekali hembusan Zuleikha berjaya memadamkan 18 batang lilin yang dicucuk di atas kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Kek kegemaran dia dan keluarganya sentiasa menjadi pilihan dirinya selama tiga tahun harijadinya berturut-turut. Sekali lagi tepukan yang agak sumbang dan sorakan dari tetamu itu kedengaran.

Kali ini ibunya, Puan Zubaidah memberikan satu kucupan di pipinya diiringi dengan pelukan ayahnya Profesor Nik Daud.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan




Semilir angin yang kencang membuatkan Asrar terjaga dari lenanya yang panjang. Usai matanya terbuka, dia memandang sekeliling biliknya dengan pandangan yang berat. Matanya tertancap pada jendela yang masih tidak ditutup yang memberikan ruang pada sang angin untuk berhembus mesra memasuki ruang kamarnya.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa melayangkan rambutnya yang panjang mengurai itu. Pantas sahaja dia bangkit dari kamarnya dan terus meluru ke arah jendela. Bebola matanya menatap dada langit yang indah dihiasi dengan suraya-suraya yang bergemerlapan ditambah dengan buruj-buruj yang beraneka rupa. Terdetik rasa tenang tatkala melihat keindahan alam ciptaan Tuhan pada malam hari begini. Asrar melihat jam yang tergantung di dinding, lazimnya dia tidak akan tidur kembali selepas terjaga pada malam hari. Dia akan membuat perkara yang dia gemar lakukan.
‘Baru jam empat pagi. Sejuk pula angin yang berhembus dari laut ini. Sebaiknya aku tutup tingkap ini.’ Asrar berkata-kata sendiri. Pantas tangannya menarik tingkapnya yang terbuka luas dan menutup kembali dengan rapat. Kawasan rumahnya yang terletak di pinggir laut itu memberikannya ruang  untuk dia merasai angin dari laut dan desiran ombak yang tenang

Kasih Tercipta 3





“Hawa! Cepatlah siap, mama tunggu lama dibawah ni...”jerit mama dari bawah.
“Sekejap mama, Hawa sedang tukar baju..”kata aku sambil menukar baju. Tak sangka pula begitu cepat hari Sabtu... selesai tukar baju, aku pun turun...
“Kenapa Hawa lambat sangat ni... Mama tunggu dah sepuluh minit dekat bawah...”kata mama dengan nada geram sambil melihat aku dari atas hingga ke bawah..

Andai Youtube Jadi Saksi 3


Karya: Wazrul Shah
Semua mata-mata yang berada di pejabat tertancap pada susuk tubuh pengurus kewangan yang tinggi lampai dan dikenali dengan sifatnya yang garang itu. Tiada seorang pun yang berani mengangkat muka, menegur dan mengucapkan selamat pagi.

Suasana pejabat sunyi sepi, seakan baru sahaja di langgar burung garuda. Rayyan diekori oleh pembantunya yang bernama Nur Addin Afifah. Sering di panggil dengan nama gelaran Minah blur. Dia seorang gadis yang lurus bendul, sentiasa memakai tudung yang berwarna kuning setiap hari, memiliki hidung yang mancung. Patuh pada arahan yang diberikan dan tidak pernah membantah kata-kata majikannya itu.

Bunda Pari-Pari



Sejak kecil, mama sering bercerita tentang manusia perempuan bersayap putih di pergunungan Alaska. Ia bertubuh indah dan berparas cantik. Sayapnya besar mencecah ke punggung dan bersepuh serakan perak berkilauan. Ia bernama Bunda Pari-Pari. Parasnya sempurna tak dimamah usia.

Bunda Pari-Pari berhuni di pergunungan tinggi Alaska yang selama hayat alamnya bersalji tebal. Berkeliling laut membiru nan berair jernih yang tidak pernah tercemar. Bunda Pari-Pari sukakan lautan. Ia hidup ditemani sekawan burung merpati yang berbulu tulus putih serta berparuh perak. Mata burung merpati itu tajam bagaikan sang elang serta berwarna abu-abu keemasan, dimana ia mampu meneroka ke seluruh pelosok dunia. Ia burung merpati sakti.

Bukalah Mata Hatimu





DIA baru habis belajar, dia duduk saja, rasa bingung menyelubunginya. Bukan setakat itu sahaja, dia rasa susah hendak dapat kerja. Habis dia hendak buat apa sekarang ini? Dia belek dada akhbar cari kerja kosong kalau ada yang kena dengan kelulusannya Diploma Sains Komputer. Ada kerja ke untuk dia?

Kusyairi termenung sendirian di rumah sewanya di Taman Cahaya Ampang. Sambil dia membelek ruangan iklan di dada akhbar, dia menyisip pula kopi panas yang dibancuh sendiri.

“Bluweekkk!! Pahit!” Kopinya rasa pahit, dia lupa letak gula. Apalah nasib si penganggur terhormat ini, bancuh kopi pun semacam sahaja.

Meja makan ditinggalkan setelah menutup akhbar itu. Dia mula rasa malas selepas kerja yang ditawarkan di dalam akbar itu semuanya jauh-jauh belaka, ada di Melaka, johor dan ada di Terengganu negeri kelahirannya. Malasnya dia hendak balik ke negerinya untuk cari kerja di sana. Sudah dua tahun dia menyewa di sini setelah tamat pengajian bidang Sains Komputer di UiTM Dungun. Selepas itu dia berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat cari kerja yang bersesuaian. Tapi dapat kerja di McDonalds juga jawabnya.

Kemilau Karya Kasih 1



DENGAN perasaan yang berbunga kembang Sofea Emilia sempat melemparkan senyuman untuk lelaki yang berusia 50 tahun itu. Lelaki yang bertubuh tinggi dengan berat badan yang berlebihan. Rambutnya tumbuh lebat memutih. Garis kedut bertingkat pada dahi lelaki itu jelas menunjukkan dia seorang yang suka berkerut-fikir-amati. Mungkin bidang kerjanya yang adalah salah satu faktor. Sering mempamer wajah serius ketika di dalam kelas. Menyembunyikan sebaris gigi putih yang tersusun rapi. Suka memakai baju benang bulu sebagai vest dipadankan dengan kameja lengan panjang. Lelaki itu mirip dengan kebanyakan lelaki Inggeris yang sebaya.

Buat Hati-Hati Yang Pernah Melukai 1



Selama ini, dia tidak pernah sekalipun menebak. Apatah pula hendak mengecam pada kewujudan sebuah kehidupan sebenar yang baru bermula buatnya. Biarpun terkadang benak pernah tertanya-tanya akan munculnya waktu tersebut. Yang mana telah merubah seluruh hidup yang sedang dikecap. Tanpa sekelumit pun disedari.

Liang akal sering teracah-acah menerka. Berteka-teki pada sebuah ketentuan takdir yang telah dimaktud baginya. Justeru mengelam pada rentetan hikmah yang diyakini sudah terhampar luas dihadapan. Bersela perasaan redha yang tidak pernah putus mengairi nalurinya. Sebagai seorang insan nan tawadduk.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran : Ayat 139)

Ungkapan suci titipan seiring pada setiap ceramah Ustazah Ummu Hanni yang sering diikutinya saban waktu dulu, kembali bergema di perdu ingatan.

Korban Cinta Suci



Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang.Hati Amir dipagut rasa cemas bukan kepalang.Bukan kerana dia terlewat ke sesuatu tempat atau destinasi,tetapi berlaku satu kejadian menimpa buah hatinya.Siapalah tak sayangkan “kekasih” jika sudah 2 tahun berlalu mengikat kasih dalam rumah tangga yang mereka bina sekian lama dulu walaupun tanpa rela hati.Matanya galak memandang pintu yang ditutup rapat.Dihitung satu-persatu saat yang berlalu.Semakin lama rasanya. “Manalah doktor ni tak keluar-keluar.Apa aje yang dibuat” rungut hatinya yang semakin gelisah.

“Awak nak apa lagi??Pergi lah balik sana.Jangan ikut saya.Saya ada meeting lah” Pantas pula ingatan Amir mengimbau apa yang berlaku sebelum kejadian.Bagai sesaat yang lalu. “Saya cuma nak ajak awak makan.Sekarang dah lunch time kan?” Pujuk nya selaku suami.
“Saya tak ada masa lah.Pergi makan dengan orang lain.Saya ada meeting dengan client kejap lagi.Malam saya balik lambat agaknya.Tak payah tunggu saya.”Bidas Anisa,isteri kepada Amir.Kalau ikutkan hati lelakinya,mahu sahaja di tangankan perempuan begini.Egois menguasai diri.Tetapi fikirannya lebih panjang dan matang.

Ayyu Zarra



Hemm... ngantuknya! Janganlah siang lagi, aku masih belum cukup tidur. Semalam punya penat tak hilang lagi, ini hari masuk kerja, benda yang sama juga kena buat! Berpinau mata aku nak key-in data tengok komputer, bank ni asyik tukar sistem tak berhenti. Pening kepala arghh...

Tepat pukul 6.30 pagi, jam telefon bimbit aku berbunyi. Nak tak nak kena bangun juga, nanti lewat ke pejabat pula, aku kena maki dengan bos. Isk! Sudahlah tinggal seorang dekat rumah, kalau ada kucing kan bagus! Tak dapat kucing, anjng pun okay juga... Bodoh betul aku ni la! Aku menepuk dahi sendiri, kalau mak aku tahu aku berperangai macam ni, nescayanya dia flying kick aku dari bangunan tingkat 19 sampai ke bawah! Tu dia... punya jauh! Itulah kau Badzlin, aku suruh kau cari boyfriend, kau tak mahu! Umur dah 28 tahun, duk membujang sampai bila? Ada ke nak kucing, baik cari laki! Aku mengeleng kepala mendengar kata hati aku yang mengarut! Apa daaa...

Ya Fattah ; Cinta Sakti Prolog [ Promosi]



Hujan lebat merembes kasar membasahi hutan rimba itu tanpa memberi belas ehsan ke atas tumbuhan muka bumi dan hidupan liar. Angin rakus terus bertiup kencang membelah alam dan kegelapan pada waktu itu. Sesekali kilat dan guruh mengambil alih alam semesta menunjukkan taringnya hanya dengan kuasa ALLAH Swt. Bunyi dentumannya benar-benar menggerunkan umat manusia yang berjiwa lembut mendengarnya. Pohon-pohon gergasi yang tumbuh liar bersiulan dengan sumbang ketika angin kencang saling berselisihan. Tumbuh-tumbuhan liar di atas muka bumi terus melambai-lambai seiring dengan kerakusan angin malam.

Selamat Ulang Tahun



Aku kira - aku seorang sahabat yang salah
kerana tidak pernah memberikanmu apa-apa.
Aku kira - aku seorang sahabat yang salah
kerana selalu tidak ada disaat kau lagi berduka
mahupun sedang bersenang tawa.

Penipuan Yang Kau Cipta Untukku Epilog



Karya: Noraz Ikha

“Assalamualaikum. Fasha, aku minta maaf. Aku harus tunaikan janji pada diri aku sendiri.”
-Dilah-

Dilah merenung lama ke arah skrin telefon bimbit yang digenggamnya sejak tadi. Berkali-kali Dilah membaca pesanan ringkas yang baru sahaja ditaipnya itu. Dengan penuh perasaan, Dilah menekan punat send. Kini Dilah tidak punya pilihan lain. Dilah sudah puas berusaha menghubungi Fasha melalui telefon bimbit. Namun tetap tidak berjaya. Barangkali Fasha sudah menanggalkan sim card dari telefon bimbitnya. Hanya SMS ini sahaja yang mampu dihantar kepada Fasha. Dilah amat berharap agar Fasha membaca SMS ini. Tekad Dilah sudah bulat. Tiada siapa boleh mengubahnya lagi. ‘Aku harus jujur pada diri sendiri!’ Desis Dilah penuh keazaman di dalam hati.

10 Petua Untuk Siapkan Novel


1. Tentukan masa utk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tnggjwb bila masa solat tiba. Begitulah tnggjwb memenuhi waktu menulis. Masa yg sesuai yg dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (mcm yg saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yg anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dgn kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan utk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sgt cinta...?

Datanglah Pujuk Diriku



 Selautan ilmu terbentang di hadapan
Beronak ranjau lagi berduri
Sekelip alpa musnah semuanya
Tiada berguna usaha lalu

Dikuasakan oleh Karya Terhebat Masakini!